Pulut Nangka Sedap ke?

Sunday, October 08, 2017

Selepas pulut mangga, pulut durian dan terkini pulut nangka pula bakal jadi perhatian ramai lepas ni sebagai pemanis mulut @ pencuci mulut. Mungkinkah bakal viral satu hari nanti? Kita tunggu dan tengok je lah nanti. Siapalah yang mencetuskan idea membuat menu  nangka pulut ni. Terperasan seseorang kongsikan di facebook. Tak pasti siapa pemilik sebenar tuan punya gambar dan tuan punya idea ni.

Pulut nangka satu idea yang menarik juga yang boleh diketengahkan. Boleh mempromosikan buah nangka dan jangan tak percaya kalau nanti harga nangka melambung tinggi. Sedangkan sekarang pun buah-buahan tempatan dah mahal, apatah lagi bila jadi viral dan permintaan pun tinggi. Lagi tinggi lah level harga dia.  Setuju tak?

Pulut Nangka sebenarnya dah lama wujud di Thailand cuma baru je Fiza nampak di Malaysia. Mungkin belum viral atau tak mendapat sambutan dan tidak jadi viral. Mungkin antara kau orang dah tahu lama wujudnya Pulut ni.

Kredit foto : pemilik gambar

Bila tengok pulut nangka ni nampak macam sedap je. Kombinasi buah nangka yang rangup, manis dan pulut yang berlemak santan tu memang power. Tapi awas! Dua-dua jenis makanan ni adalah jenis makanan berangin. Nanti angin satu badan pula. Yang tak boleh makan benda berangin tu, sila elakkan makan sebelum badan masuk angin dan kena membuang angin.

Lepas ni buah apa lagi yang nak digabungkan dengan pulut? Mungkinkah buah cempedak? pisang? Cubalah buat ekperimen sendiri gunakan pelbagai buah dengan pulut. Rasa sedap ke tidak. Teringin juga rasa pulut nangka ni. Kalau nak cuba rasa, buat sendiri je sudah.


RESEPI PULUT NANGKA

Bahan-bahan

Beras pulut (cuci dan rendam semalaman)
Santan
Garam
1 sudu besar minyak masak
2 helai daun pandan
Nangka (terpulang nak buat banyak mana)

Cara Penyediaan

1. Rendam beras pulut selama 8 jam atau boleh direndam semalaman kalau tak nak menunggu.
2. Toskan dan masukkan beras pulut ke dalam loyang.
3. Masukkan santan separas beras pulut. Tambah garam, minyak masak dan daun pandan di ikat
4. Kukus selama 30 minit dan untuk memastikan pulut masak sekata, gaul rata pada setiap 10 minit.
5. Sekiranya beras pulut belum masa sepenuhnya, tambahkan sedikit air panas, gaul rata dan tambah masa mengukus sehingga masak.
6. Ambil buah nangka, buang bijinya terlebih dahulu. Gumpal-gumpal kan pulut dan sumbat penuh-penuh dalam nangka tu seperti dalam gambar di atas.

Bahan SOS

Nangka
Santan
Garam
Gula

Cara Penyediaan

1. Blender nangka yang telah dibuang biji bersama santan hingga hancur.
2. Tuang dalam periuk, masak atas api sederhana sambil dikacau-kacau sehingga agak pekat.
3. Kemudian masukkan garam dan gula.

kredit resepi : Facebook KISAH Resepi,masak & MAKAN
With Love,
image

9 comments

  1. yum yum sedapnya nampak wlupun berangin tp tetap nak makan...

    ReplyDelete
  2. tak pernah makan pulut nangka ni.nampak menarik.biasa makan buah nangka gitu je.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  3. Ada orang bagi tips kalau tak nak badan berangin lepas makan makanan berangin macam ni. Kena isi perut dulu dengan makanan lain, lepas tu baru makan makanan jenis berangin ni... pernah try, menjadi la untuk saya...

    ReplyDelete
  4. saya hanya makan pulut mangga sahaja. hahah :P

    ReplyDelete
  5. Ala-ala.. Sedapnya tapi boleh tengok je.. hehehe

    ReplyDelete

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu