KFC Spicy Sawadee Crunch. Pedas dan Rangup!

Thursday, October 12, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Inilah dia penangan godaan iklan televisyen. Pantang nampak makanan yang nampak sedap. Masa iklan tu juga rasa nak pergi beli. Kan? Kuat betul pengaruh iklan. Lain kali kalau ada slot iklan tu, pergi lah buat kerja lain. Kalau dah terpengaruh agak payah nak tepis.

Well, kalau kau orang perasan baru-baru ni ada keluar iklan KFC Spicy Sawadee Crunch Chicken tu. Fiza pun baru perasan tengok iklan tu semalam. Sejenis yang jarang tengok televisyen agak ketinggalan zaman sikit bab-bab iklan baru ni. Tak sure lah iklan dah lama atau masih baru. Apa apa pun iklan tu dah berjaya menggoda Fiza dan husband untuk membelinya.

Sedang elok pula iklan keluar masa tengah plan dengan husband nak makan apa untuk dinner semalam. Bila keluar iklan tu, tak payah fikir dah terus decide makan KFC Spicy Sawadee Crunch untuk dinner. Kebetulan menu tu macam menarik untuk di cuba. Why not try sebab Fiza memang suka menu yang ada Thai Thai ni. 

3-pc Spicy Sawadee Crunch Combo

Disebabkan tergoda lebih, terus beli 3 pcs ayam Spicy Sawadee Crunch. Pakej Combo ni sekali dengan ais lemon tea lipton, coleslaw dan mashed potato. 

Harga RM16.90 untuk satu set 3-pc Spicy Sawadee Crunch Combo

Harga agak berbaloi ke tidak? Berbaloi atau tak kalau dah teringin tu tolak tepi tentang harganya. Betul tak?

Rasa Rempah Ala-Ala Tom Yam

Negara Thailand kan sangat terkenal dengan rasa keseimbangan lima rasa asas dalam setiap hidangan atau makanan secara keseluruhannya iaitu rasa pedas, masam, manis, masin, dan pahit. Spicy Sawadee Crunch dihasilkan daripada gabungan cili, limau, bawang dan seafood spices. Jadi, bila semua bahan tu bergabung, Fiza rasa macam rasa tom yam. Pedas rempah tu memang sedap dan ada kalanya rasa macam masam limau tu. Memang terbaik lah! Plus, rangup! Sekali hadap, habis 3 ketul.

Gambar kurang menarik dan kurang menggoda sebab lighting malam tak cantik
Gambar Fiza ambil tu tak mungkin akan membuatkan kau orang kecur tapi sebaliknya kalau tengok gambar iklan daripada KFC ni sure kecur air liur! 

Saja nak uji tahap godaan kau orang terhadap makanan. Ini salah satu pengaruh iklan yang bahaya juga. Gambar cantik memainkan peranan. Hehe. Siapa dah kecur tu silalah beli nanti.
11 comments on "KFC Spicy Sawadee Crunch. Pedas dan Rangup!"
  1. wah, menarik.... harga pun rasanya reasonable ...
    cuma sob sob,kita dah menyekat KFC dari masuk ke mulut :(( ....
    I is diet la kononnya...

    ReplyDelete
  2. Tak cuba lagi.. tapi gambar memang main peranan nak nampakkan makanan tu sedap.

    ReplyDelete
  3. baru tadi borak dgn ayah syafi nak rasa perisa baru ni.. confirm sedapkan

    ReplyDelete
  4. Kecur air tengok kena langgar pantang ni hahahaha

    ReplyDelete
  5. Adoi.. Baru cadang nak beli ahad nie.. macam best je..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature