Cucur Nasi Rangup Diluar Lembut Didalam

Selamat pagi! Menu apa breakfast pagi ni? Disebabkan ada kerajinan pagi ni Fiza cuba buat cucur nasi yang pernah jadi viral di media sosial sebelum ni. Kebetulan singgah di blog Zaza Iman dan ada pula resepi cucur nasi viral. Itu yang rasa membuak-buak nak mencuba sebab tergoda tengok gambar cucur nasi viral yang nampak macam sedap je tu. Nampak rangup di luar lembut di dalam gitu.

Kalau tak nak kecur air liur, memang kena rajinlah nak mencubanya. Kalau tak, telan air liurlah jawabnya! Tengok bahan-bahan pun tak banyak dan senang je nak membuatnya. Cuma Fiza derhaka sikit lah pada resepi asal sebab daun sup tak ada stok kat rumah ni. Tapi rasanya masih sedap walaupun tak cukup bahan yang satu tu. Takpe, next time boleh cuba letak daun sup dan rasa dia sedap lebih ke atau sama je macam tak letak daun sup. Atau mungkin rasa dia lebih ummmpphh sedap!

Kejadian cucur nasi viral yang betul-betul rangup di luar lembut di dalam.
Fiza masak agak banyak juga ni untuk makan berdua. Sekali hadap je kamiorang habiskan. Betul-betul sedap weiii. Rugilah kalau kau orang sendiri tak cuba.


Nah, ini dia resepi asal daripada haja saleh, tapi Fiza tak letak daun sup tu sebab takde.

Bahan-bahan Cucur Nasi Viral
Nasi 2 cawan
Air  2 cawan
Tepung gandum  2 cawan
Daun sup 
Ikan bilis 1 mangkuk
Bawang besar 1 biji
Bawang putih  3 biji
Cili merah  1 biji

Cara Penyediaan Cucur Nasi Viral
1. Kesemua bahan di atas di kisar. Kisar nasi, air, ikan bilis dan cili merah dahulu. Kemudian barulah masukkan tepung gandum, bawang dan dan daun sup. 
2. Masukkan garam secukup rasa
3. Panaskan minyak dan goreng cucur sehingga masak kekuningan.

Sedia untuk dihindangkan bersama air kopi panas dan sos cili sebagai pencincah. Mudah dan sedap di makan untuk sarapan ataupun minum petang. Cubalah! Baru tahu sedap ke tidak.
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. selalu jugak tengok orang update pasal cucur nasi ni. skrg baru tau resepi hehe

    - https://shafyqahazahar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Jemput singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/mengapa-sistem-saps-ibu-bapa-sangat.html

    ReplyDelete
  3. sedap jugak ni. kalau malas nak makan nasik, buat cucur nasik pun okeh kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.