Bunga Kering Pun Cantik Buat Hiasan

Dah lama tak cerita deko-deko rumah bersama Fiza dalam blog ni. Tuan blog takde idea dah nak buat dekorasi rumah sebab rasanya dah cukup lah kot. Bila mood kau tengah malas memang kau cakap cakap takde idea. Cuba mood rajin datang, terus kau punggah sana sini buat dekorasi baru. Kan?

Sekarang kan tengah musim konvokesyen. Kebetulan dua orang anak buah Fiza konvo, sorang konvo UTP sorang lagi konvo UiTM. Ucu dia pula terlebih rajin DIY flower bouquet untuk dia orang. Jadi, adalah lebihan bunga-bunga segar yang dibeli tak di pakai tu. Tak kan nak buat flower bouquet untuk diri sendiri pula kan.

bunga-kering-pun-cantik-buat-hiasan
Nampak berseri sikitlh kot ada bunuga kering sebelah frame tu. Pewangi tu acah-acah macam bunga tu yang bau wangi

Disebabkan tak nak membazir buang bunga-bunga tu, kita buat hiasan dalam rumah je lah. Letak dalam pasu tanpa air. Awal-awal beli hari tu memang letak air sebab nak bagi kekal segar. Tapi lama-lama layu juga dan air pun jadi busuk. Bila dah hampir kering, Fiza pun buang je air dan biarkan balang kaca kosong je tanpa air. Letak air pun tak berguna dah sebab dah layu.

bunga-kering-pun-cantik-buat-hiasan
Satu lagi Fiza letakkan pada sudut yang ada cermin.

Biarkan bunga kering pun elok juga. Jadilah hiasan bunga kering pun cantik juga. Sekarang pun trend buat dried flower bouquet tau. Harga pun boleh tahan mahal sedangkan bunga kering je pun. Jangan disangka bunga kering tiada nilai. Macam menarik juga bagi bunga kering ni walaupun tak segar tapi cantik! Tak perlu bersusah payah nak simpan dalam air.

Ini dia dried flower bouquet yang super cantik. In case kalau kau orang nak buat macam ni boleh beli bunga segar awal-awal pastu biarkan kering. Tak perlu risau bunga layu atau kering sebab kau orang nak buat dried flower kan. Nampak cantik dan bertemakan rustic gitu. Fiza memang suka tema rustic-rustic ni.

dried-flower-bouquet
Kredit foto : google

rustic-dried-flower-bouquet
Kredit foto : google

Bagus juga idea buat dried flower bouquet ni sebab in case kalau bunga layu, tak rugi buang terus. Lepas tu simpan je dalam balang kaca macam Fiza buat untuk hiasan dalam rumah. Pastikan rajin lap jangan berhabuk. Kalau dah berhabuk nanti mesti kau orang akan buang pula.
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. betul tue anum pun suka keringkan kalau dapat bunga

    ReplyDelete
  2. cantik! kalau sha mesti dah buang dah haha

    ReplyDelete
  3. Salam singgah pagi...
    terima kasih ya kak fiza..
    smlm komen² fb kita....
    Baca psl deco rumah ni kan..
    dah lama juga nieyl tak mendeko rumah...hihihi..

    ReplyDelete
  4. Rajin berhias, kalau kat rumah saya dah gugur daun satu2 kena tarik dengan anak.. hihi..

    ReplyDelete
  5. qaseh lebih suka tengok bunga kering tuk hiasan rumah sebab tak perlu nak jaga sangat , macam vintage sangat ..

    ReplyDelete
  6. rumah ekin ada bunga telur masa kahwin dulu.. siap buat hiasan kat rumah.. kotor basuh.. hahahhaha 3 tahun masih boleh guna lagi

    ReplyDelete
  7. Dulu kakak suka sangat simpan bunga kering, buat kenangan katanya

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.