Istiadat Konvokesyen UiTM Segamat ke-87

Kononnya balik dari Majlis Konvokesyen anak buah di UTP nak terus gerak balik segamat sebab esoknya anak buah lagi sorang konvo di UiTM Segamat. Tapi disebabkan kepenatan, balik Seremban dulu rehat-rehat. Awal pagi nak gerak balik, kereta terpaksa hantar workshop sebab hose coolant leak. Petang baru siap katanya. 

So, tak sempat lah nak pergi istiadat konvokesyen anak buah pagi tu. Ye lah, kita hanya merancang Allah yang menentukan. Mungkin ada hikmahnya kan. Kalau terus jalan tak perasan coolant bocor, mungkin kereta rosak akan jadi lebih teruk.

Lepas kereta siap terus gerak balik kampung. Nasiblah rumah kakak Fiza dekat Segamat dan dekat UiTM Segamat juga. Jadinya petang tu bawa anak buah datang semula UiTM nak ambil gambar dan hantar jubah katanya. Then, nak datang konvo kawan dia juga petang tu. Teruslah pergi UiTM Segamat. Paling penting Fiza nak bagi bunga Fiza buat ni. Rasa bersalah pula kalau tak datang hantar.


Disebabkan tak sempat nak menghadirkan diri ke istiadat konvokesyen yang sepatutnya Fiza kena teman kakak Fiza masuk dewan. Jadi, bila datang petang tu sekadar teman anak buah bergambar dan hantar jubah konvo je lah. Kecewa kot tak dapat datang awal pagi konvo tu. Tapi nak buat macamana kan. Benda dah jadi kenalah redha.

Tag dan bunga hasil keras tangan Fiza dan husband
Layankan saja dia orang sibuk bergambar. Zaman Fiza dah berlalu, jadi beri laluan pada mereka enjoy masa konvo ni. Bila lagi kan nak berkumpul dan bersuka ria dengan kawan-kawan. Mungkin ada yang sambung study sama-sama dan mungkin ada yang dah bekerja yang mana lepas ni payah nak jumpa.


Walaupun penat belum hilang. But, let it go kejap kepenatan tu. Bila lagi nak meraikan dan mengabadikan kenangan macam ni kan. Lagipun Fiza sayang UiTM lebih. UiTM di hatiku lah katakan.



Lepas ni konvo degree dia pula setahun lagi dan tahun depan ada 2 konvo anak buah. Kena get ready bunga-bungaan lagi lepas ni. Semua dah request nak bunga je ni. 
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. lama sgt da aida x gi majlis konvo U.
    pesta konvo pun in shaa Allah this year baru nak ajak mr.asben.
    aim utk gi UKM dan UIA nanti...
    imbau zaman belajo dulu kala :)

    ReplyDelete
  2. musim konvo kan sekarang..cantik..pndai fiza buat

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.