Baru Nak Belajar Berenang

Aquaphobia-Takut terhadap air. Secara spesifiknya takut lemas! Manusia mana yang tidak takut lemas. Lagi-lagi bila pernah terjadi kejadian lemas dalam pengalaman yang lepas. Jadi, rasa takut itu berlebih-lebihan bila nampak air yang terbentang luas depan mata. Ye, itu pernah terjadi pada Fiza.


Seingat Fiza masa kecil dulu hampir lemas. Terbayang lagi keadaan bawah air tu sampai sekarang. Tapi dulu kecil lagi belum sekolah lagi kot. Tapi pelik sampai sekarang boleh ingat. Lepas tu pernah juga hampir lemas gelabah ayam lepas main slides di satu tempat air panas ni. Masa tu air paras pinggang Fiza. Tapi bila slides of courselah kita akan jatuh terlentang ke belakang. Disebabkan pertama kali, jadi Fiza tak pandai manage badan terus jatuh dalam air secara terlentang. Gelabah ayam dalam air tu macam nak lemas dah. Syukur masa tu slides sekali dia husband. Husband capai terus tangan dia. Barulah boleh bernafas.


Satu lagi kejadian di Gambang Waterpark. Di tempat air dalam, kaki memang tak jejak kat lantai kolam pun hanya bergantung pada pelampung je la. Tengah elok pelampung layan wave buatan tu, husband pula berlebih-lebihan buat ombak. Jadi double ombak lansung terus terbalik pelampung. Apa lagi, gelabah terus masuk dalam air. Sekali lagi husband penyelamat peluk Fiza terus capai pelampung. Fuhhhh..hanya Allah saja yang tahu betapa takutnya masa semua kejadian yang pernah berlaku. 

Jadi rasa takut nak main air dah. Kalau masuk dalam air pun husband wajib ada sekali. Walaupun dia tak pandai berenang. At least, dia lebih tinggi daripada Fiza kalau dalam air dalam tu masih boleh dikatakan selamat sebab kaki dia boleh jejak bawah.

Nak kata serik main air tu tak jugak. Mungkin lebih kepada takut lemas. Nak belajar berenang, entah bila masa la nak pergi kelas. Perlu sediakan suit renang, bayar yuran dan pergi kelas. Kena tunggu bajet dan masa yang sesuai baru lah bersedia. Buat masa sekarang husband dulu belajar berenang. Lelaki tak susah nak belajar sebab boleh belajar kat mana-mana kolam renang. Yang kita ni perlu  menjaga bab aurat. Fiza lebih suka belajar tempat tertutup dan of courselah cikgu perempuan.


Hari pertama husband belajar berenang, Fiza perati duduk tepi je lah. Nak join, tak boleh pula. Esok esok dah pandai berenang, barulah sampai masanya untuk Fiza belajar pula. Nampak je berenang ni macam perkara remeh je tapi sebenarnya penting ada asas berenang sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku masa mandi manda di kolam, laut atau tempat-tempat lain. Seeloknya belajar dari kecil lagi sebab badan masih mudah dilentur dan cepat kuasai skill berenang.

Yuran belajar berenang Fiza tak pasti lah berapa kalau kat luar atau pun private class. Yang ni husband belajar dengan kawan je dan masuk kolam kat UKM pun murah RM3. Okaylah tu kan untuk aktiviti renang. 
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. mrs pip pun dulu takut air, semua org pi berenang, mrs pip duduk tepi pantai ...
    tapi one day tu, mrs pip tekad beranikan diri jejak kolam renang, nak cabar diri sendiri ... akhirnya, berjaya lawan ketakutan :))

    ReplyDelete
  2. memang wajibkan belajar...bagus tu fiza..akak pun tak pandai berenang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fiza pun belum belajar lagi kak. kasik chance kat husband dulu.hihi

      Delete
  3. Lisa reti emnyelam
    je . swimming tk reti ahaha

    ReplyDelete
  4. Akak ni sampai sekarnag x reti berenang...scary...

    ReplyDelete
  5. aida x pandai berenang.
    anak-anak aida da anta blaja berenang. diorang boleh berenang, fiza.
    kalu holiday, mandi pool, aida kurang la risau. diorang boleh survive dlm kolam in shaa Allah.
    izzat ni pon, tunggu mood dia ok memang nak anta gi kelas berenang.
    rugi la aida tak blaja dari kecik :( if not, boleh join anak-anak enjoy dlm pool.
    dah tua gini nak belaja, segan ler plak ha ha ha ha :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.