Selamat tengahari semua orang! Dah lunch ke belum? Kalau belum dan takde idea nak makan apa? Sesekali menu lunch boleh cuba makan Cheesy Bites Pizza hut dengan menggunakan perkhidmatan PHD (Pizza hut Delivery) je lebih senang kalau kau orang sejenis yang malas keluar. Boleh jimat tenaga sikit.

Kebetulan tekak tiba-tiba rasa macam nak makan something yang bercheese. Muncul lah idea nak makan Cheesy Bites yang selalu keluar iklan kat TV tu. Kuat betul pengaruh iklan! Kalau iklan makanan yang kau orang suka berlegar-legar kat TV tu macam susah nak tahan godaan selagi tak dapat rasa. Betul tak?

cheesy-bites-betul-betul-cheesy
roti yang lembut dan cheese super nyummy

Rasa Cheesy Bites Betul-Betul Cheesy

Topping cheese yang di letakkan atas pizza tak banyak mana pun cuma paling nikmati makan cheese yang kat tepi-tepi tu. Roti lembut dan memang betul-betul cheesy sebab dalam tu diletakkan cheese. Cuma topping tengah tu agak kurang cheese lah pada Fiza. Ikut nasib lah kalau tukang masak nak terbagi topping cheese lebih untunglah kan.

Tapi bila kau orang dah mula makan yang bahagian tepi bercheese tu macam kau lupa nak makan bahagian tengah tu. Rasa macam bukan makan pizza pula. Macam makan breadstick cheese yang super sedap! Sesuai kot kalau budak-budak macam. Mesti dia orang makan bahagian tepi tu je.

Topped delicious chicken pepperoni, shredded chicken, chicken meatballs. Every bite is filled with cheddar and mozzarella-Pizza Hut

Saiz Cheesy Bites

Didatangkan dalam saiz regular. Kalau kau orang hantu cheese, rasanya cukup-cukup untuk kau orang seorang je. Ada baiknya kau orang beli lebih kalau nak makan beramai-ramai. Tapi kalau sekadar nak merasa, beli 1 je dah mencukupi lah kot. 

cheesy-bites-betul-betul-cheesy
makan sorang tak cukup!

Harga Cheesy Bites

Fiza beli yang promo 1 Cheesy bites + 2 mushroom soup dengan harga RM36. Kalau beli ala carte Pizza Hut Cheesy Bites sahaja, harganya RM35.50. Lebih berbaloi kalau kau orang beli yang set promo tu. Lagi jimat dan tambah RM.50 sen boleh dapat 2 mangkuk mushroom soup. Of courselah lebih berbaloi.

cheesy-bites-betul-betul-cheesy
Terliur tengok gambar!
Di zaman era teknologi yang semakin canggih ini, ibu bapa pelajar sekolah boleh semak keputusan peperiksaan pelajar secara online dengan wujudnya SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah). Tiada lagi terjadi kes pelajar menyorokkan buku rekod keputusan peperiksaan mereka daripada diketahui ibu bapa mereka disebabkan prestasi merosot ataupun keputusan peperiksaan yang teruk kerana takut akan dimarahi oleh ibu bapa. 

Selain itu, ada juga pelajar yang gigih meniru tandatangan ibu bapa mereka di dalam buku rekod peperiksaan sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. 

Untuk mengelakan perkara-perkara sebegini berlaku lagi, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan satu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang berfungsi sebagai medium pengumpulan, penyimpanan serta menganalisis data-data keputusan peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Dimana sistem ini melibatkan semua pelajar sekolah di Malaysia, iaitu:

  • Sekolah Rendah: Tahun 1 hingga Tahun 6
  • Sekolah Menengah: Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

Dengan adanya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini dapat memudahkan ibu bapa dan pelajar membuat semakan serta memantau prestasi dan markah keputusan peperiksaan secara online. Sistem ini juga untuk lebih memudahkan para guru untuk memasukkan markah peperiksaan pelajar secara online. Selain itu, ibu bapa juga boleh memuat turun slip keputusan peperiksaan anak mereka untuk simpanan. Namun, sistem ini hanya untuk keputusan peperiksaan dalaman sekolah sahaja, iaitu:

  • Ujian 1 dan 2 
  • Peperiksaan pertengahan tahun
  • Peperiksaan akhir tahun
  • Peperiksaan percubaan

Ibu bapa dan pelajar tidak boleh menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini untuk menyemak keputusan peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM. Untuk berbuat demikian bolehlah terus merujuk kepada pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Lembaga Peperiksaan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Secara Online


Langkah 1
Pergi ke website https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/ untuk masuk ke laman utama Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk semakan ibu bapa:

Langkah 2
Carian Murid, Masukkan maklumat no. sijil lahir (bagi anak yang bersekolah rendah) atau kad pengenalan (bagi anak bersekolah menengah) tanpa simbol“-” atau SPACE. Sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul.
>>Tekan butang cari

semak-keputusan-peperiksaan-pelajar-online

Langkah 3
Setelah masukkan no.sijil lahir ataupun kad pengenalan, seterusnya pilih negeri Sekolah.
>> Masukkan negeri sekolah pelajar 
>> Tekan butang Cari Disini
semak-keputusan-peperiksaan-pelajar-online
Langkah 4
Kemudian senarai semua sekolah di negeri yang dimasukkan akan dipaparkan. Untuk memudahkan pencariaan, terus taip nama sekolah, kemudian klik nama sekolah.

semak-keputusan-peperiksaan-pelajar-online

Langkah 5
Setelah nama sekolah dipilih. 
>> Tekan butang semak.


Langkah 6
Maklumat pelajar akan dipaparkan dan pilih tahun keputusan peperiksaan yang ingin di semak oleh ibu bapa. 
semak-keputusan-peperiksaan-pelajar-online

Langkah 7
Pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak sama ada ujian, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun atau peperiksaan percubaan UPSR/PT3/SPM.

semak-keputusan-peperiksaan-pelajar-online
Langkah 8
Tekan butang Papar Slip Keputusan bagi menyemak keputusan terperinci ujian/peperiksaan yang dipilih bagi mengetahui maklumat lebih lanjut seperti markah, gred, kedudukan dalam kelas/darjah/tingkatan, peratusan dan sebagainya.

Tekan butang Papar Markah Peperiksaan bagi menyemak analisa keputusan bagi semua ujian dan peperiksaan bagi tahun yang dipilih.

semak-keputusan-peperiksaan-pelajar-online

Bagaimana sekiranya nombor kad pengenalan pelajar tidak dapat disemak?

Sekiranya nombor kad pengenalan pelajar tidak dapat disemak, ibu bapa harus menghubungi dan memaklum kepada guru kelas pelajar berkenaan bagi menyemak kembali Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) jika terdapat kesilapan teknikal. Biasanya kejadian seperti in berlaku disebabkan oleh kesalahan pengisian nombor kad pengenalan di APDM.

Semoga kemudahan yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ini boleh memberi manfaat buat semua pihak dan dapat membantu para ibu bapa dalam memantau serta meningkatkan lagi tahap prestasi akademik anak-anak mereka di sekolah. Semoga anak-anak mendapat kejayaan seperti yang diharapkan dan diusahakan. Semoga berjaya!!
Ada yang perasan tak widget follower blog bermasalah tak? Tak muncul macam biasa tapi keluar error 502. Kenapa ya? Kalau sebelum ni ada masalah follow blog tapi rasanya dah mudah nak follow blog-blog. Fiza perasan widget follower ni tak selalu terjadi. Cuma kadangkala je Fiza perasan error ni muncul. Kalau kau orang refresh semula mungkin ada widget follower tu macam biasa. ataupun kadangkala masih bermasalah.


Well, kau orang tak perlu risau sebab kejap dia okay kejap dia tak okay. Tak payah pening-pening fikir masalah widget ni. Mungkin server google tengah pening. Lagipun widget follower ni blogger tak pandang dah tak macam dulu-dulu "you follow me, I follow you back". Ye ke tak pandang?

Pada Fiza widget follower ni ikut suka kau orang nak letak ke tidak. Blog kau orang sendiri kan. Tujuan letak widget tu ikut niat masing-masing. Ada yang letak untuk kumpul follower dan kawan-kawan. Ada juga yang letak untuk menghargai mereka yang sentiasa support blog mereka dan bermacam-macam tujuan dan niat masing-masing. Fikir positif je sudah lah ye. Tak penat ke nak fikir negatif je lalu pening.
Selamat pagi! Menu apa breakfast pagi ni? Disebabkan ada kerajinan pagi ni Fiza cuba buat cucur nasi yang pernah jadi viral di media sosial sebelum ni. Kebetulan singgah di blog Zaza Iman dan ada pula resepi cucur nasi viral. Itu yang rasa membuak-buak nak mencuba sebab tergoda tengok gambar cucur nasi viral yang nampak macam sedap je tu. Nampak rangup di luar lembut di dalam gitu.

Kalau tak nak kecur air liur, memang kena rajinlah nak mencubanya. Kalau tak, telan air liurlah jawabnya! Tengok bahan-bahan pun tak banyak dan senang je nak membuatnya. Cuma Fiza derhaka sikit lah pada resepi asal sebab daun sup tak ada stok kat rumah ni. Tapi rasanya masih sedap walaupun tak cukup bahan yang satu tu. Takpe, next time boleh cuba letak daun sup dan rasa dia sedap lebih ke atau sama je macam tak letak daun sup. Atau mungkin rasa dia lebih ummmpphh sedap!

Kejadian cucur nasi viral yang betul-betul rangup di luar lembut di dalam.
Fiza masak agak banyak juga ni untuk makan berdua. Sekali hadap je kamiorang habiskan. Betul-betul sedap weiii. Rugilah kalau kau orang sendiri tak cuba.


Nah, ini dia resepi asal daripada haja saleh, tapi Fiza tak letak daun sup tu sebab takde.

Bahan-bahan Cucur Nasi Viral
Nasi 2 cawan
Air  2 cawan
Tepung gandum  2 cawan
Daun sup 
Ikan bilis 1 mangkuk
Bawang besar 1 biji
Bawang putih  3 biji
Cili merah  1 biji

Cara Penyediaan Cucur Nasi Viral
1. Kesemua bahan di atas di kisar. Kisar nasi, air, ikan bilis dan cili merah dahulu. Kemudian barulah masukkan tepung gandum, bawang dan dan daun sup. 
2. Masukkan garam secukup rasa
3. Panaskan minyak dan goreng cucur sehingga masak kekuningan.

Sedia untuk dihindangkan bersama air kopi panas dan sos cili sebagai pencincah. Mudah dan sedap di makan untuk sarapan ataupun minum petang. Cubalah! Baru tahu sedap ke tidak.
Ramai yang menantikan pembentangan Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada hari ini bermula pukul 3:30 petang di Dewan Rakyat. Bajet 2018 kali ini dijangka memberikan banyak berita baik untuk rakyat dan menyediakan banyak inisiatif-inisiatif baru buat rakyat. Mesti ramai yang nak tahu apakah intipati Bajet 2018 ni. Sekurang-kurangnya masih ada berita gembira daripada berita mengecewakan.

bajet-2018

Walaupun bukan kakitangan kerajaan, tetap nak tahu juga tentang bajet 2018 ni. Sama-sama kita nantikan dan hadam semua intipati Bajet 2018
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembentangan Bajet 2018 akan menjanjikan berita gembira khususnya kepada golongan penjawat awam.
Perdana Menteri berkata, beliau akan mengumumkan peruntukan-peruntukan terbaik kepada golo­ngan berkenaan pada Jumaat ini bermula 3.30 petang.
“Seperti yang dijanjikan, saya akan umum berita gembira untuk penjawat awam, 27 Oktober ini pada 3.30 petang #Bajet2018,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.
Selepas Perdana Menteri memuat naik status menggembirakan rakyat itu, laman sosial beliau dihujani komen-komen daripada pengguna yang meletakkan harapan tinggi selain berterima kasih di atas keprihatinan beliau.
Antaranya, seorang rakan Facebook beliau, Mohd. Haniff Nif mengharapkan pengumuman bonus untuk penjawat awam kali ini dinaikkan sebanyak dua bulan gaji berbanding hanya RM500 sebagaimana dalam peruntukan bajet sebelum ini sejak tujuh tahun lalu.
Perkara sama turut dibangkitkan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sebelum ini yang menuntut kerajaan mempertimbangkan pemberi­an bonus sekurang-kurangnya satu bulan setengah gaji kepada 1.6 juta penjawat awam bagi mengurangkan beban golongan itu yang bergaji rendah untuk menyara kehidupan dengan kenaikan kos sara hidup.
Kesatuan berkenaan juga menuntut kerajaan membina rumah mampu milik untuk penjawat awam berpendapatan rendah pada kadar harga serendah RM80,000 sebuah memandang­kan kebanyakan projek perumahan kerajaan seperti Perumahan Pen­jawat Awam 1Malaysia (PPA1M), skim Perumahan Mam­pu Milik Swasta (MyHome) dan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dijual pada harga RM150,000 yang disifatkan masih tinggi bagi segelintir golongan tersebut.
Menerusi tinjauan cadangan di laman web khas untuk Bajet 2018, antara cadangan yang paling disukai orang ramai ialah meningkatkan elaun kakitangan perkhidmatan awam sebagaimana yang dicadangkan oleh Ravidasan berikutan kos sara hidup rakyat kini telah meningkat.
Richard Samie pula mencadangkan kadar gaji dinaikkan sebanyak 4 peratus mengikut kadar inflasi semasa manakala elaun perumahan ditambah sebanyak RM100.
- Utusan Online

Berikut adalah senarai intipati Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat petang tadi.

Bajet 2018 kali ini bertemakan Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50 berdasarkan lapan teras utama iaitu:
  1. merancak pelaburan perdagangan dan industri
  2. menuju Aspirasi TN50
  3. mengungguli pembangunan pendidikan, latihan dan kemahiran serta bakat
  4. memacu pembangunan inklusif
  5. mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan
  6. mempersiaga Revolusi Perindustrian Keempat dan ekonomi digital
  7. meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC dan perkhidmatan awam
  8. mengimbangi Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi.
  • Bajet 2018 memperuntukkan RM280.25 bilion, menyaksikan pertambahan peruntukan berbanding RM260.8 bilion peruntukan Bajet 2017 yang dibentangkan.
  • RM234.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, tidak termasuk simpanan luar jangka 2 bilion

INTIPATI BAJET 2018-2

Hasil Kerajaan Persekutuan 2018 dijangka mencecah RM239.86 bilion.
  • Peruntukan sebanyak RM200 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), menjadikan jumlah pembiayaan keseluruhan AIM mencecah RM2.7 bilion yang memanfaatkan hampir 400,000 peminjam.
  • Peruntukan RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan.
  • Tahun 2020 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah antaranya kepada APEC, WCIT dan CHOGM.
  • RM2 bilion diperuntukkan kepada Tabung Pelancongan PKS sebagai pinjaman kepada pengusaha pelancongan dengan memberi insentif subsidi kadar faedah dua peratus.
  • Menambah RM1 bilion kepada Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan sebagai pinjaman mudah.
  • Peruntukan RM30 juta disediakan kepada Malaysian Healthcare Travel Council untuk melaksanakan beberapa perkara termasuk mempromosi Malaysia sebagai Hab Rawatan Kesuburan, termasuk IVF dan Kardiologi Asia dan memperkenalkan program Flagship Medical Tourism Hospital.
  • Pembinaan projek East Coast Rail Link (ECRL) yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor, Kelantan bermula Januari 2018.
  • Mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027.
  • Pulau Pangkor, Perak diisytiharkan Pulau Bebas Cukai, tetapi tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor.
  • Membangunkan Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam untuk merancakkan ekonomi di bahagian Utara.
  • Peruntukan RM1bilion diperuntukkan kepada Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi.
  • RM45 juta peruntukan untuk mewujudkan satu sistem kawalan biometrik bagi memantau pemanduan perkhidmatan bas ekspres.
  • Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
  • Pembinaan baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan Terbang Kota BhINTIPATI BAJET 2018 - 4
  • Membangunkan Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam untuk merancakkan ekonomi di bahagian Utara.
  • Peruntukan RM1bilion diperuntukkan kepada Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi.
  • RM45 juta peruntukan untuk mewujudkan satu sistem kawalan biometrik bagi memantau pemanduan perkhidmatan bas ekspres.
  • Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
  • Pembinaan baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan Terbang Kota Bharu dan Sandakan.
  • Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) diperkenalkan dengan memberi Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham PNB kepada anak Malaysia yang lahir mulai 1 Jan 2018 sehingga 2022.
  • Sebanyak RM250 juta diperuntukkan untuk pendidikan generasi TN50, termasuk menubuhkan pusat Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dan Matematik (STEM), mempertingkatkan modul Computer Science termasuk program Coding dan menaik taraf 2,000 kelas menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad ke-21.
  • Peruntukan RM2.2 bilion bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan.
  • Membina 14 kompleks sukan baharu di seluruh negara dengan kos RM112 juta.
  • Peruntukan RM61.6 bilion disediakan untuk sektor pendidikan termasuk RM654 juta bagi membina empat pra sekolah, sembilan pusat PERMATA termasuk dua pusat baharu untuk kanak-kanak autisme, 48 sekolah rendah, menengah dan kolej vokasional serta sebuah pusat matrikulasi.*Pelanjutan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Dis 2018.
  • Peruntukan RM4.9 bilion untuk melaksanakan Pelan Induk TVET Malaysia.
  • Peruntukan RM6.5 bilion untuk penyediaan infrastruktur asas terutama di luar bandar.
  • Peruntukan RM1 bilion melalui SKMM bagi membangunkan infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak.
  • Peruntukan RM300 juta untuk program NBOS termasuk pembinaan UTC baharu, Blue Ocean Entrepreneur Township dan Mobile CTC.*Mengembalikan wang ses yang telah dibayar peneroka getah yang membuat tanaman semula kelapa sawit, dari 2010 hingga 2016.
  • Peruntukan RM14 bilion untuk Angkatan Tentera Malaysia , hampir RM9 bilion untuk Polis Diraja Malaysia dan lebih RM900 juta kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
  • Peruntukan RM3 bilion untuk pembelian dan penyelenggaraan aset pertahanan.
  • Peruntukan RM720 juta bagi pembinaan 11,000 ibu pejabat dan enam balai polis serta pembelian kelengkapan senjata api dan kenderaan operasi.
  • Pembinaan 10,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM (PPA1M-PDRM).
  • Peruntukan RM250 juta kepada ESSCOM bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan Sabah dan Sarawak.
  • Peruntukan RM2.5 bilion, iaitu yang tertinggi pernah diberikan untuk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA.
  • PNB membuat pengagihan khas sejumlah RM1.5 bilion unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia untuk masyarakat India, terhad kepada 30,000 unit setiap pelabur.
  • Bantuan sebanyak RM3,000 kepada ibu bapa masyarakat Orang Asli sebagai perbelanjaan persediaan anak-anak mereka memasuki institusi pengajian tinggi.
  • Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000.
  • Peruntukan RM3.9 bilion subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol.
  • 50 Kedai Rakyat 1Malaysia akan distruktur semula sebagai Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 dan diperluaskan kepada 3,000 KR1M 2.0 dalam tempoh tiga tahun.
  • Mulai 1 Jan 2018, kutipan tol di Batu Tiga Shah Alam dan Sungai Rasau, Selangor, tol di Bukit Kayu Hitam,Kedah dan tol di Eastern Dispersal Link, Johor dimansuhkan.
  • Kerajaan akan mengkaji semula kos pengambilan pembantu rumah asing supaya dapat dikurangkan pada masa hadapan, memberi pilihan kepada majikan mengambil pembantu rumah asing secara langsung daripada sembilan negara sumber, tanpa melalui ejen.
  • Peruntukan RM2.2 bilion untuk merancakkan usaha pemilikan rumah untuk rakyat termasuk membina Projek Perumahan Rakyat, Rumah Mesra Rakyat dan program PR1MA yang berharga RM250,000 ke bawah.
  • Peruntukan RM27 bilion untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.
  • Peruntukan geran sepadan RM245 juta di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan Smart Manufacturing.
  • Peruntukan RM5 bilion dibawah Skim PembiayaanTeknologi Hijau bagi menggalakkan pelaburan industri teknologi hijau.
  • Melaksanakan Program Non-Revenue Water untuk mengurangkan kadar purata kehilangan air dengan kos RM1.4 bilion.
  • Peruntukan RM1.7 bilion kepada warga emas, OKU dan kanak-kanak.
  • Untuk penjawat awam, kenaikan pangkat time-based kali kedua untuk kumpulan pelaksana bagi tempoh 13 tahun selepas kenaikan kali pertama.
  • Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas dibenarkan pulang awal sejam, manakala suami yang bekerja kerajaan juga dibenarkan berbuat demikian dengan syarat suami dan isteri bekerja di lokasi berdekatan.
  • Bayaran khas one-off RM1,500 kepada 9,800 ketua kampung dan Tok Batin dengan RM1,000 dibayar pada Jan 2018 dan selebihnya sebelum Hari Raya Aidilfitri.
  • Lebih 65,000 imam, bilal, guru KAFA, guru takmir dan tok siak mendapat bayaran khas RM1,500 dengan RM1,000 dibayar pada Jan 2018 dan selebihnya menjelang Hari Raya Aidilfitri.
  • Bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam iaitu RM1,000 pada awal Jan 2018 dan RM500 menjelang Hari Raya Aidilfitri.
  • Pesara kerajaan menerima bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada Jan 2018 dan RM250 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.
- Bernama
Zaman sekarang dah berkurang orang beli kain pasang dan hantar jahit pada Tailor. Ramai lebih suka memilih untuk beli baju yang dah siap. Tapi tak semua orang suka beli yang dah siap sebab adakalanya tak betul-betul muat pada badan sendiri. Baju-baju yang biasa dijual mengikut saiz standard. Kalau kau orang sejenis yang bersaiz tak standard terpaksalah juga tempah baju pada tailor kan.

Selain saiz tak standard memang ada yang suka tempah baju berbanding beli siap. Boleh pilih kain yang ikut citarasa dan boleh tempah mengikut fesyen apa yang kita nak lebih puas hati. Takdelah baju sama dengan orang lain. Semua itu terpulang pada citarasa dan bajet masing-masing.

Memandangkan zaman sekarang semuanya mahal, semua benda mesti nak cari yang murah dulu kan. Harga tempah jahit baju pun bukan main mahal lagi. Itu sebabnya ramai yang lebih suka beli baju siap-siap je. Kalau beli kain dan upah jahit lagi dah berganda pula kos nya kan. 

Tapi tak semua upah jahit mahal-mahal. Masih ada yang murah, kena pandai cari lah. Kalau kau orang duduk Seremban, kau orang boleh tempah jahit baju murah dengan sitihuzaimahtailor. Gerenti harga murah. Upah jahit blouse RM20 sahaja. Murah ke tidak tu? Murah lah tu kan. Lagipun jahitan kemas.

Jahitan kemas
Bergaya dengan kaftan blouse
Baju kebaya yang dijahit pun cantik dan kemas.
Kredit foto sitihuzaimahtailor

Nampak kurus pula pakai kebaya ni. Saja buat ukuran besar sikit. Tak payah nak ketat sangat kan.
Model kebaya
Bukan 2 helai ni je Fiza pernah tempah. Setakat ni dah tempah 2 helai blouse, set kebaya, sehelai kain dan sepasang baju kurung pahang. Setakat ni sangat puas hati dengan hasil jahitan dan harga. Berbaloi lah kalau tempah banyak tu. Cakap je nak jahit baju fesyen apa, boleh je buat. Dinasihatkan kau orang hantar tempahan awal kalau nak siap awal ye. Kalau last minit, memang tak dapat tolong lah.

Instagram 


Dah lama tak cerita deko-deko rumah bersama Fiza dalam blog ni. Tuan blog takde idea dah nak buat dekorasi rumah sebab rasanya dah cukup lah kot. Bila mood kau tengah malas memang kau cakap cakap takde idea. Cuba mood rajin datang, terus kau punggah sana sini buat dekorasi baru. Kan?

Sekarang kan tengah musim konvokesyen. Kebetulan dua orang anak buah Fiza konvo, sorang konvo UTP sorang lagi konvo UiTM. Ucu dia pula terlebih rajin DIY flower bouquet untuk dia orang. Jadi, adalah lebihan bunga-bunga segar yang dibeli tak di pakai tu. Tak kan nak buat flower bouquet untuk diri sendiri pula kan.

bunga-kering-pun-cantik-buat-hiasan
Nampak berseri sikitlh kot ada bunuga kering sebelah frame tu. Pewangi tu acah-acah macam bunga tu yang bau wangi

Disebabkan tak nak membazir buang bunga-bunga tu, kita buat hiasan dalam rumah je lah. Letak dalam pasu tanpa air. Awal-awal beli hari tu memang letak air sebab nak bagi kekal segar. Tapi lama-lama layu juga dan air pun jadi busuk. Bila dah hampir kering, Fiza pun buang je air dan biarkan balang kaca kosong je tanpa air. Letak air pun tak berguna dah sebab dah layu.

bunga-kering-pun-cantik-buat-hiasan
Satu lagi Fiza letakkan pada sudut yang ada cermin.

Biarkan bunga kering pun elok juga. Jadilah hiasan bunga kering pun cantik juga. Sekarang pun trend buat dried flower bouquet tau. Harga pun boleh tahan mahal sedangkan bunga kering je pun. Jangan disangka bunga kering tiada nilai. Macam menarik juga bagi bunga kering ni walaupun tak segar tapi cantik! Tak perlu bersusah payah nak simpan dalam air.

Ini dia dried flower bouquet yang super cantik. In case kalau kau orang nak buat macam ni boleh beli bunga segar awal-awal pastu biarkan kering. Tak perlu risau bunga layu atau kering sebab kau orang nak buat dried flower kan. Nampak cantik dan bertemakan rustic gitu. Fiza memang suka tema rustic-rustic ni.

dried-flower-bouquet
Kredit foto : google

rustic-dried-flower-bouquet
Kredit foto : google

Bagus juga idea buat dried flower bouquet ni sebab in case kalau bunga layu, tak rugi buang terus. Lepas tu simpan je dalam balang kaca macam Fiza buat untuk hiasan dalam rumah. Pastikan rajin lap jangan berhabuk. Kalau dah berhabuk nanti mesti kau orang akan buang pula.
Hai pencinta kopi! Dah cuba ke belum Nescafe Baharu? Yang paling biasa dengar kat iklan radio Nescafe Black Ice tu. Sejuk katanya. Disebabkan Fiza ni seorang pencinta kopi, haruslah cuba rasa kopi yang baru ni. Lagipun dah lama tak minum kopi nesface sejak adanya pelbagai jenis kopi yang lagi sedap. Terus lupakan nescafe.

Nescafe ni sejenis kopi yang mempunyai ramai peminatnya. Kalau kau orang perasan dekat shopping mall, pack nescafe yang classic dijual di tempat berasingan dan di kunci. Kenapa ya? Nak kawal penjualan nescafe atau untuk mengelakkan nescafe tiruan? Entahlah, Fiza pun tak pasti kenapa.

Nescafé adalah satu jenama kopi yang dihasilkan oleh syarikat Nestlé. Nama Nescafé juga di cipta dari gabungan "Nestlé" dan "café".

Dulu-dulu memang suka minum nescafe tapi sejak munculnya pelbagai jenis kopi memang tak pandang kopi nescafe ni tapi bila ada nescafe perisa baharu ni rasa macam nak mencuba pula. Mana tahu macam sedap! Fiza cuba yang jenis dalam tin ni. Biasanya akan beli Kopi Tarik Wonda tu sebab sedap dia mana-mana kopi tak boleh lawan. Macamana dengan nescafe perisa baharu ni?

Nescafe Kopi Latte, Nescafe Tarik Kaw, Nescafe Black Ice, Nescafe Creamy Roast

Nescafe Black Ice



Rasa Nescafe Black Ice ni tak terlalu kaw pada Fiza. Rasa dingin tu kau orang akan rasa selepas kau orang telan air tu. Memang rasa sejuk sikit dalam mulut. Lagi best kalau kau orang minum sejuk-sejuk letak dalam peti ais dulu.

Nescafe Tarik Kaw


Nescafe Tarik Kaw seriously kopi susu yang sedap. Satu tin tak cukup wei! Lagi sedap minum sejuk-sejuk. Sekali teguk tak sedar dah habis.

Nescafe Creamy Roast


Rasa creamy roast pula memang rasa creamy tu ada. Kopi yang tak terlalu pekat rasanya. Kalau tak suka jenis kopi kaw boleh cuba rasa yang ini.

Nescafe Kopi Latte


Nescafe Kopi Latte ni ni sesuailah orang yang jenis tak berapa suka kopi sebabrasa kopi dia tak pekat sangat. Sangat creamy dan of course sedap! Pada yang diet tu boleh minum kopi latte ni sebab rendah lemak katanya. Tak tahulah kan.

Antara ke empat-empat perisa baharu ni Fiza paling suka tarik kaw tu. Memang sedap! Yang rasa dingin tu macam tak berapa suka sebab tak suka rasa dingin ala mint tu. Hilang rasa kopi. Hihi.. Kalau kau orang pernah rasa, kau orang suka yang mana satu?
Lama betul tak hiking. Kalau tak silap kali terakhir hiking Bukit Broga ikut laluan yang baru tu bulan March lepas. Sekarang dah bulan Oktober bermakna 6 bulan tak buat aktiviti hiking. Agaknya lepas ni kalau nak start hiking semula memang barai lah jawabnya atau bahasa hiker panggil Pewai (Penat Awal@Awai).

Bukit Broga yang masih kelihatan cantik suatu masa dahulu.

Haritu dah rancang nak Hiking Gunung Angsi lagi tapi disebabkan cuaca tak mengizinkan jadi terpaksa batalkan je niat baik kami orang tu. Sudah lah bila dah sibuk takde lah aktiviti sihat. Nak tak nak memang kena start semula. Nak kurus lah katakan! Eh, betul ke ada yang kata hiking boleh kurus???

Of course lah betul. Itupun  kalau kau orang konsisten hiking bakar lemak tu dan jaga pemakanan. Memang akan kurus lah. Bukan je kau orang akan kurus tapi lebih sihat dan stamina lebih bagus. Otot-otot pun tak mudah koyak kalau kau orang dah biasa buat aktiviti lasak. 

Tapi kalau kau orang sejenis ikut suka bila nak hiking tu memang tak menjadi lah projek kurus kau orang tu. Ehem, macam cakap dekat diri sendiri pula. Kemain awal-awal excited nak hiking selalu tapi sudahnya tak kemana pun.

Sebenarnya bagus kalau kau orang rajin hiking ni. Boleh sihatkan badan dan sekaligus dapat pakej kurus kalau rajin lah. Kadang-kadang teringin nak hiking setiap minggu tapi ada masanya tidak mengizinkan. Bila dah tertinggal jadual, memang susah nak catch up semula kan. Rindu nak penat hiking dan rindu nak sakit kaki. Eh, apa punya rindu pun tak tahu lah.

Satu kepuasan kalau berjaya sampai puncak tu walaupun penat. Tak pernah serik! Walaupun bukan sejenis yang betul-betul kuat stamina nak hiking tapi gigih juga lah. Konon lepas ni berniat dalam hati tak hiking sebab penat ya amat. Tapi esok lusa kau panjat juga entah mana bukit takpun gunung. Dasar propa!

"sikit je lagi nak sampai tu" atau "5 minit lagi sampailah"

Kalau kau orang dah biasa hiking mesti kau orang selalu kena tipu dengan hiker lain. Ye lah, kalau tanya hiker yang on the way turun mesti dia cakap sikit lagi tu nak sampai sedangkan lama lagi nak sampai oiii. Penipu! Ayat klise yang biasa digunakan untuk menyedapkan hati dan bagi semangat pada mereka yang berusaha nak sampai puncak tu. Kira okaylah. Dinasihatkan jangan percaya dengan ayat "sikit je lagi nak sampai tu" atau "5 minit lagi sampailah". Sila hadam.

Sekiranya kau orang tak suka hiking, banyak lagi aktiviti riadah yang boleh di buat untuk bakar lemak dan kurus dengan cara mudah. Yang penting kau orang kena tahu dulu sebab-sebab kenapa berat badan susah nak turun. Then, baru lah kau orang boleh mulakan aktiviti sihat untuk kurus.
Perasan sesuatu yang baru tak dalam blog Fiza ni. Kalau tak perasan buat-buat perasa je lah ye. Sekali lagi mengada-ngada gatal tangan tukar template blog baru. Sajalah ubah muka baru blog sebab template baru ni lebih nampak style layout dia berbanding yang lama. Disebabkan Fiza nak kelainan, haruslah memilih template ni dan bertukarlah muka baru blog Sihatimerahjambu ni yang lebih minimalist sebab lebih banyak penggunaan warna putih dan design lebih simple.

Kesemua label ada pada menu bar dan paparan by categories jadi paparan grid

Menu bar
Menu bar masih mengekalkan style yang lama jenis sticky dan kali ni Fiza gunakan warna putih sebagai background menu bar. Nampak lebih clean.

Header
Header tak bertukar masih gunakan design yang sebelum ni. Tapi kalau bertukar pun lepas ni akan gunakan konsep minimalist juga dengan tulisan je lah. Dah matang kan?

Sidebar
Sidebar masih lagi style yang sama cuma beza tulisan je lah kot.

Tema Warna
Tema warna masih lagi menggunakan tema warna template yang sebelum ni. Masih belum jumpa warna yang sesuai lagi. Mungkin warna ni lebih sesuai dan lebih mesra pembaca. Mungkin? Kau orang rasa okay ke tidak?

Tulisan
Disebabkan Fiza malas nak tukar tulisan bagai, Fiza gunakan je tulisan yang sedia ada dalam template tu. Cuma resize je tulisan mana yang perlu. Kalau kecil sangat nanti susah nak membaca kan.

Selepas

Bawah ni template lama yang menggunakan lebih warna berbanding yang baru kurang warna. So far suka dengan muka baru blog Fiza ni. Tapi yang tak bestnya bila dah bertukar template baru ni jenuh pula nak edit bermacam-macam. Bila check score SEO pun tak capai 100% lagi. Kalau template lama memang dah capai 100% score SEO. Alahaiii... Pening try and try tapi macam tu juga. Takpelah, rehatkan otak dulu. Esok lusa cuba lagi sampai berjaya. Itulah nak sangat tukar template. Padahal bukan tak tahu kesan akibat tukar template blog

Sebelum
Untuk pengetahuan kau orang, Fiza tak design template dah. Sekarang lebih senang guna ready made template download je yang lebih responsive dan mesra SEO katanya. Sejauh mana mesra SEO tu tak sure lah sebab tak semua template boleh score 100% kalau check. Tapi ada juga yang kata tak penting pun score 100% tu. Entahlah nak dengar maklumat yang mana satu. Yang penting kalau dapat capai 100% tu memang puas hati. Kan? Walau kata tak penting. 
Finally, dapat juga Fiza merasa kek viral RM1 sepotong dekat Segamat pula. Sebelum ni pernah beli kek Viral RM1 dekat Banting yang boleh dikatakan sedap juga lah berbaloi dengan harganya yang murah. Sekurang-kurangnya kalau teringin makan kek yang macam-macam perasa tak perlu keluarkan modal yang banyak sebab sepotong cuma RM1 sahaja. So kau orang boleh 10 jenis perasa dengan harga RM10 je.

Sebenarnya setiap tempat lain-lain jenis harga packaging box dia. Walaupun harga kek sepotong RM1 tapi kau orang akan dikenakan charge RM1 untuk kotak. Mungkin ini adalah strategi perniagaan kek viral RM1 ni rasanya. Mesti ada charge untuk kotak. Okaylah tu kan untuk cover semula modal berniaga. Lagipun kek dah kira murah dah lah tu. Mana nak dapat kek murah RM1 sepotong. Kuih muih pun dah cecah harga RM0.50 tau!

Sebelum balik rumah, sempat Fiza singgah kedai Cake Viral RM1.00/slice di Taman Yayasan (Jalan Highway Segamat-Kuantan) semata-mata nak beli kek viral ni lah. Sebenarnya tak tahu kat mana lokasinya dan Fiza gunakan waze je lah. Tapi waze yang bijak pandai bagi lokasi entah hutan mana entah. Terlajak jauh dah terpaksa pusing. Patah balik dan cari manual je ikut alamat tu. Finally jumpa juga. Rupanya dekat je tak jauh mana. Cari je Petronas taman Yayasan atau Mirwana dah boleh jumpa kedai ni. Seberang Mirwana ataupun depan Petronas. 


kek-viral-rm1-sepotong-di-segamat

Niat di hati nak beli macam-macam jenis perisa kek. Tapi nasib kurang baik sebab yang ada hanya beberapa kek je yang tinggal. Dah petang mungkin kek banyak habis. Katanya kalau nak lebih baik tempah dulu. Takpelah, Fiza beli mana yang ada je lah. Fiza beli 2 potong setiap jenis perisa kek untuk bawa rumah kakak Fiza dan bawa balik kampung Pilah.

kek-viral-rm1-sepotong-di-segamat

Selain kek, ada macam-macam lagi yang di jual kat kedai ni. Antaranya ada berbagai-bagai jenis buah kurma, makanan dan minuman kesihatan, cream puff, dan lain-lain lagi.

kek-viral-rm1-sepotong-di-segamat

Tak tunggu sampai rumah, Fiza makan dalam kereta je dah 3 potong kek. Selebihnya bawa balik untuk family. 

kek-viral-rm1-sepotong-di-segamat

Untuk kek viral RM1 beli kat Segamat ni lebih kurang macam kat Banting juga rasanya. Saiz kek juga lebih kurang cuma besar sikit. Pada Fiza berbaloi lah beli kalau kau orang rasa teringin tu. Nak kata sedap sangat tu tidaklah. Cuma boleh kata sedap biasa-biasa je dan berbaloi beli. Kadang-kadang kek mahal pun rasa lebih kurang juga kan.

Selesai sudah urusan majlis konvokesyen dua orang anak buah Fiza utara. Kemain berjalan sakan Fiza dan husband dari Utara ke Selatan. Esoknya lepas majlis konvo anak buah di UiTM Segamat, Fiza dan anak-anak buah datang lagi UiTM Segamat sebab anak buah nak pergi konvo kawan dia pula. Memandangkan takde plan apa hari tu, ikutlah dorang pergi UiTM Segamat lagi. UiTM di hatiku lah katakan. 

Bangunan dan landskap ala-ala di Jepun. Cantik!

Lepas habis sesi bergambar sakan dia orang, anak buah yang study kat UiTM Segamat tu ajak pergi satu tempat cantik dalam UiTM tu yang dipanggil THE BRICKS 96.  Kenapa the bricks? Sebab kat situ bangunan dia adalah batu bata sahaja tanpa simen. Nampaklah dekorasi the bricks tu.
"THE BRICK96"SEGAMAT
The brick96 service hostel is the first ever service hostel in Segamat. It's situated merely 10 minutes walking distance from UiTM Segamat main campus. These luxurious and prestigious accommodations cater exclusively to UiTM students. 2 types of rooms with twin bed and tripple bed are equipped with essential student needs (single room available upon request). Decorated with soft elegance, each room has a bed (with mattress and pillow), study table, wardrobe and also en-suite bathroom. The rooms are also fully air-conditioned. The floor is covered with vinyl flooring to make it feels more comfortable and elegance. Emergency lighting is located in every room and huge water tank can provide enough supply if needed. Daily room cleaning, bed sheet changing and laundry services are provided so you can focus more on your studies. Every room is decorated with fresh and elegant design, while the breathtaking lanscape complete this beautifully designed property. There are hawkers center near UiTM Gym & Sport facilities, just walking distance from the premises to get a meal.With its excellent location coupled with comprehensive facilities makes it truly an attractive place to stay for student. Why stay in a hostel, when you can stay in an iconic The Brick96 Service Hostel!-Kredit info www.thebricks96.com/about

Siapa yang berbajet besar bolehlah stay dekat The Bricks ni selama belajar di UiTM Segamat. Mewah dan sangat selesa. Kau orang tak payah mengemas, tak payah cuci baju, tak payah lipat baju sebab semua tu ada staff the bricks akan buat untuk kau orang. So kau orang boleh fokus study je. Wow! Terbaiklah kalau macam ni. Jangan kau orang jadi malas pula dan tak fokus study pula.
Bergambar depan bilik
Di tangga depan bilik
Gossip girls

Teruja tengok kecantikan pemandangan dekat The Bricks 96 ni. Tak sangka dalam UiTM ni ada hostel yang cantik. Memang untunglah kalau setiap semester duduk kat sini. Kalau tak score dekan tak tahu lah nak kata apa. The Bricks bukan sahaja cantik malah tenang rasanya datang sini. Sunyi sepi dan sesuai untuk lebih fokus belajar.

Untung juga kami orang dapat singgah sini kejap. Itupun anak buah dok ajak datang sini nak ambil gambar katanya sebab cantik. Memang cantik! Sesiapa saja boleh datang sini untuk bergambar. Tak pasti orang luar boleh bermalam disini atau tak. Kalau kau orang berminat nak datang atau bercita-cita nak datang sini mungkin kau orang boleh rujuk website The Bricks atau hubungi owner terus.

www.thebrick96.com

Kononnya balik dari Majlis Konvokesyen anak buah di UTP nak terus gerak balik segamat sebab esoknya anak buah lagi sorang konvo di UiTM Segamat. Tapi disebabkan kepenatan, balik Seremban dulu rehat-rehat. Awal pagi nak gerak balik, kereta terpaksa hantar workshop sebab hose coolant leak. Petang baru siap katanya. 

So, tak sempat lah nak pergi istiadat konvokesyen anak buah pagi tu. Ye lah, kita hanya merancang Allah yang menentukan. Mungkin ada hikmahnya kan. Kalau terus jalan tak perasan coolant bocor, mungkin kereta rosak akan jadi lebih teruk.

Lepas kereta siap terus gerak balik kampung. Nasiblah rumah kakak Fiza dekat Segamat dan dekat UiTM Segamat juga. Jadinya petang tu bawa anak buah datang semula UiTM nak ambil gambar dan hantar jubah katanya. Then, nak datang konvo kawan dia juga petang tu. Teruslah pergi UiTM Segamat. Paling penting Fiza nak bagi bunga Fiza buat ni. Rasa bersalah pula kalau tak datang hantar.


Disebabkan tak sempat nak menghadirkan diri ke istiadat konvokesyen yang sepatutnya Fiza kena teman kakak Fiza masuk dewan. Jadi, bila datang petang tu sekadar teman anak buah bergambar dan hantar jubah konvo je lah. Kecewa kot tak dapat datang awal pagi konvo tu. Tapi nak buat macamana kan. Benda dah jadi kenalah redha.

Tag dan bunga hasil keras tangan Fiza dan husband
Layankan saja dia orang sibuk bergambar. Zaman Fiza dah berlalu, jadi beri laluan pada mereka enjoy masa konvo ni. Bila lagi kan nak berkumpul dan bersuka ria dengan kawan-kawan. Mungkin ada yang sambung study sama-sama dan mungkin ada yang dah bekerja yang mana lepas ni payah nak jumpa.


Walaupun penat belum hilang. But, let it go kejap kepenatan tu. Bila lagi nak meraikan dan mengabadikan kenangan macam ni kan. Lagipun Fiza sayang UiTM lebih. UiTM di hatiku lah katakan.



Lepas ni konvo degree dia pula setahun lagi dan tahun depan ada 2 konvo anak buah. Kena get ready bunga-bungaan lagi lepas ni. Semua dah request nak bunga je ni. 
Seperti yang dirancang, sempat juga menghadirkan diri ke Majlis Konvokesyen UTP (Universiti Teknologi petronas) ke-17. Konvokesyen satu-satunya anak buah Fiza yang study di UTP. Jadi macam teruja nak pergi sebab nak tengok suasana konvokesyen dia orang macamana. Plus, nak memeriahkan suasana dan celebrate family. Bukan selalu peluang dan kenangan macam ni ada. Jadi, why not bila ada masa dan peluang kita kita turut sama memeriahkan.

Nasib juga majlis konvokesyen anak buah Fiza sebelah petang sebab sebelah pagi husband ada kerja. Lepas siap kerja, tengahari tu terus gerak ke UTP. Sempat jugalah jumpa anak buah dan family abang Fiza. Tambah teruja nak bagi statice flower bouquet buat sendiri tu. 

Tahniah Azzam! Muka ada senyum
Tengok tu betapa meriahnya majlis konvokesyen. Mana - mana konvo pun meriah. Family tumpang bangga kot dengan kejayaan para graduan yang dah berjaya tamatkan pelajaran. Majlis konvokesyen UTP ni agak lain daripada majlis konvo UiTM yang dah bisa Fiza tengok. Majlis dia agak besar dan universal. Cukup meriah dengan pelbagai negara, kaum, agama dan bangsa.

Yang diraikan entah ke mana, kita-kita je sibuk ambil gambar.
Paling teruja tengok library UTP yang super awesome ni. See through glass je ni haa.

Seronoknya alahaii dapat belajar kat UTP ni kan. Semangat kalau nak study kat library. Acah-acah macam ulat buku. Kuikuikui.



Tak dapat tengok majlis konvokesyen UTP sepenuhnya sebab sampai pun dah nak habis majlis dah. Jadinya tak dapat lah nak cerita sangat pun. Yang penting happy dapat sampai dah meraikan graduation anak buah. Rancangnya nak pergi sekali Kellie Castle tapi masa tak mengizinkan. Kena datang Batu Gajah balik lah nampaknya lepas ni.

Tahniah untuk semua para graduan dan semoga berjaya. Bukan senang oii nak belajar sampai graduate. Kalau tak kuat semangat boleh berhenti tengah jalan. Apapun kena usaha sampai graduan dan inshaAllah bakal berjaya dalam bidang masing-masing. Good Luck!
Lepas siap DIY Statice Flower Bouquet, Fiza DIY Chrysanthemum pom pom flower untuk konvokesyen anak buah lagi sorang esoknya. Fiza buat sekali harung je sebab takut nanti tak sempat nak siapkan sebelum pergi sana. Siapkan awal-awal senang. Fiza gunakan bunga chrysanthemum pom pom warna purple sebab ikut tema UiTM di hatiku gitu. Lagipun bunga ni lebih sesuai untuk perempuan kan. Kalau statice flower tu warna putih sesuai lah untuk orang lelaki.

Memang tak nak beli bunga jenis sama nanti tak best lah kalau sama. Sebab tu Fiza beli 2 jenis. Patutlah Fiza pilih bunga yang tahan lama sikit sebab majlis konvokesyen anak buah Fiza lagi sorang ni esoknya selepas majlis lagi sorang tu. Lupa pula bunga chrysanthemum ni jenis cepat layu. Tapi takde lah cepat sangat layu pun. Kira tahan lama juga lah sebab dia kecil-kecil. Tak nampak kesan lebam-lebam layu tu selepas 3 hari. Kira okaylah.

Menggunakan bahan-bahan yang sama dan stail yang sama dengan DIY Statice flower bouquet tu, cuma jenis bunga utama yang berbeza. Bila kau orang beli fresh flower sendiri dan buat sendiri, bunga-bunga tu lebih banyak dan puas hati dapat banyak bunga kan!.


Walaupun seni susunan tu tak berapa nak ada tapi nampak lebih wow daripada biasa yang kita nampak bunga-bunga konvokesyen yang lain. Betul tak? Of courselah Fiza nak kelainan. Bunga-bunga yang di jual masa pesta konvo pun kalau bunga ros sekuntum dua pun dah mahal. Kalau banyak apatah lagi. Lagipun bunga ros dah biasa sangat tengok. Apakata guna bunga lain selain bunga ros untuk nampak lebih berbeza. Nilainya juga berbeza kan. Bak kata husband Fiza " priceless".


What Does the Chrysanthemum Flower Mean?
As a bloom of great importance, the Chrysanthemum symbolizes concepts like:
-Lasting friendship and non-romantic affection
-Support from your family and loved ones
-Cheerfulness and good spirits, including cheering up a sad person
-Rest and recovery after a long trial or challenge
-Enduring life and rebirth, especially the birth of a child
-Loyalty and devotion, both romantic and platonic
credit google
Di sebalik bunga chrysanthemum yang cantik, ada maknanya tersendiri. Sesuailah tu untuk di jadikan hadiah masa konvokesyen kan. Kalau kau orang jenis yang suka bagi bunga pada orang lain, kalau ada masa lebih baik buat sendiri. Lebih jimat, lebih puas hati dan ada sentimental value untuk orang yang tersayang. Ada yang suruh Fiza open order dan buat bisnes flower bouquet ni tapi tak boleh rasanya nak buat sebab nak beli bunga murah-murah dan segar jauh pula. Risau juga kalau tak dapat memenuhi permintaan pelanggan kalau stok bunga takde. Mesti kecewa! Jadinya, tak perlu lah kot Fiza open order. hihi..
Seronok wei tengok bunga-bunga segar cantik-cantik dan murah-murah dekat Lee Wah Florist hari tu. Balik dari kedai bunga tu terus rendam bunga dalam air sebab bunga segar yang beli tu takde sediakan kapas basah atau bekas air. Kalau beli bunga segar memang bawa macam tu je la. Tak sesuai untuk perjalanan jauh, takut kalau bunga cepat layu sebab kekurangan air.

Lepas tu, cepat-cepat Fiza DIY (Do It Yourself) statice flower bouquet ni kat rumah dengan bantuan husband. Sebenarnya sebelum beli bunga, Fiza dah tengok beberapa tutorial wrapping flower bouquets di youtube. Nampak macam senang je sebab tu decide nak buat sendiri je. Plus, buat sendiri lebih menjimatkan dan puas hati.

Percaya atau tidak, dengan bermodalkan kurang daripada RM50 boleh dapat flower bouquet secantik ini. Tak semua bahan-bahan yang Fiza gunakan Fiza beli baru. Ada yang dah ada dalam stok simpanan Fiza macam burlap fabric dan tali guni tu. Tag tu pula Fiza DIY juga nampak lebih sesuai dengan burlap fabric tu kan. Lagipun tag tu salah satu trademark yang biasa Fiza gunakan.

diy-statice-flower-bouquet

Bahan-bahan
1 bundle statice flower
Beberapa tangkai yellow peacock
1 helai burlap fabric
1 helai wrapper plastik
Tali guni
Kapas basah
Plastik/aluminium

Cara-cara
1. Buat susunan bunga, kemudian ikat dan potong lebihan batang
2. Basahkan kapas dan dan balut dengan plastik pada bahagian bawah tangkai
3. Balut bunga dengan menggunakan burlap fabric dan ikat.
4. Kemudian baru balut dengan wrapper plastik
5. Akhir sekali baru ikat.

Kalau kurang jelas mungkin kau orang boleh refer pada youtube. Fiza tak sempat lah nak buat tutorial bagai sebab nak cepat balut sebab esoknya dah nak gerak pergi konvo anak buah Fiza. Apa yang ada hanya gambar yang sudah siap. Dah siap nampak cantikkan? 


Sedang elok saiz flower bouquet ni. Tak besar dan tak kecil sangat. Paling penting ada nilainya tersendiri dan di buat dengan kasih sayang lagi. Jadi, harganya priceless.

diy-statice-flower-bouquet

Ramai yang tanya bunga apa dan jawapannya adalah statice flower. Sejenis spesis bunga seperti bunga lavender. Bunga yang agak rare juga ni. Mempunyai maksud yang tersendiri. Tapi Fiza tak fikir pun maksud pemberian bunga ni. Yang Fiza tahu bunganya cantik dan sesuai untuk disimpan dalam jangka masa panjang walaupun dah kering.
What is the meaning of statice flower?
Grown for both its colorful flowers and its everlasting calyx (the green leaf that encloses the flower bud), statice is also considered an herb, referred to as "sea lavender." Statice is commonly used in dried flower arrangements as well as fresh bouquets. Its botanical name is derived from the Greek word "limonium," meaning meadow, referring to the plants original habitat and likely why this versatile flower is also called marsh-rosemary.With a misty and seafoam appearance (two more names associated with this wildflower-like plant), in the language of flowers, statice symbolizes remembrance.-credit google
diy-statice-flower-bouquet

Anak buah Fiza pun suka dengan bunga ni dan kawan-kawan dia pun cakap cantik. Okay, tiba-tiba rasa kembang semangkuk bila orang puji. Misi seterusnya, satu lagi DIY flower bouquet yang Fiza kena siapkan untuk sorang lagi anak buah Fiza.