Minum Petang di Cendol Bakar Port Dickson

Sebut je nama cendol, mesti tekak terasa nak makan cendol masa tu juga. Apatah lagi dengan cuaca panas dua tiga hari ni. Sebelum ni elok hari mendung dan hujan je. Bila sehari cuaca panas terik selepas musim hujan, agak terasa panasnya kan. 

Bila teringin makan cendol, mulalah kepala ligat berfikir kat mana nak beli cendol yang sedap. Fikir punya fikir, ajaklah husband pergi ke Port Dickson. Pada mulanya nak beli cendol Haji Shariff di Seremban yang sedap dan terlajak laris di Seremban je. Tapi rasa macam nak berjalan-jalan ambil angin hujung minggu, terlajak juga pergi ke Port Dickson akhirnya.

Kebetulan ada anak buah datang rumah. Jadi, sedang elok kalau nak berjalan-jalan. Kalau tak, bila lagi kan? Nanti dah sibuk, mereput duduk di rumah je lah. Bila dah set plan nak ke Port Dickson, sampai je sana terus tuju ke Cendol Bakar Kuala Selangor, cawangan Telok Kemang yang pernah Fiza pergi sebelum ni.

Macam biasa hujung minggu memang ramai orang. Lagi-lagi long weekend. Memang ikut nasib kalau ada meja kosong. Tapi trend kat sini, tak boleh nak lepak lama kalau ada orang tengah menunggu. Kesian pula yang menunggu kalau lepak lama-lama kan. Cubalah kalau kita yang sedang menunggu, mesti agak bengang dengan mereka yang tak nak bangun-bangun dari kerusi lepas dah habis makan. Betul tak? Jadi, kena ada sikap timbangrasa lah sikit. Kalau nak lepak pun, pastikan takde pelanggan  baru yang sedang menunggu. Kebetulan masa datang sini pelanggan yang dah siap makan baru je selesai makan. Jadi, takde lah menunggu lama. 

Disebabkan sampai sini selepas makan tengahari dan sangat sesuai untuk minum petang. Jadi, kami orang order cendol, otak-otak dan keropok lekor. Keropok lekor takde dalam gambar sebab terlupa nak snap. Keropok lekor RM4 5 batang yang dah dipotong-potong.

Cendol RM5 semangkuk!
Otak-otak sepinggan RM5 ada 5 sahaja. RM1/pcs
Alhamdulillah, selesai minum petang kami orang di Cendol Bakar Port Dickson.

Semua makanan haruslah makan licin. Jangan membazir!

Kalau datang Port Dickson memang akan datang singgah makan kat sini. Selain cendol, ada makanan lain lagi seperti nasi ayam, bakso, mee goreng, laksa, pasembur, keropok lekor, otak-otak, kentang goreng dan macam-macam lagi ada. Memang banyak pilihan. Kalau datang hujung minggu, faham-faham je lah kalau full house tu. 


Lokasi Cendol Bakar caw. Teluk Kemang, Port Dickson
Kampung Teluk Kemang, 71050 Port Dickson

6 comments:

  1. Replies
    1. takpe, nanti kalau jumpa otak-otak terus beli ye Timm :)

      Delete
  2. cendol tu kalau ade duyan seketul besar sure lagi meletopsssss222 dlm mulut kannn..pastu menggelodak dalam tekak..hahaha... adoii la terliurr sungguh dah nihhh dengan cendol duyannnn..ekekek

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi makan cendol bakar ni sebab jauh sangat. Mula2 dulu ingatkan cendol bakar sebab cendol itu dibakar, rupanya nama orang. Haha. Pandai betul marketing tau :D

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.