Waspada Dengan Aplikasi Bigo Live

Wednesday, September 20, 2017

Agak kecoh dua tiga hari ni dengan kes seorang pelakon yang dikatakan berkelakuan yang tidak sepatutnya melalui aplikasi Bigo live. Bigo live? Bigo live adalah aplikasi broadcast dalam bentuk video live streaming untuk menyiarkan kegiatan diri sendiri secara online melalui smartphone dan dapat di tonton oleh ahli bigo live yang lain. Kaedahnya sama je macam kau orang buat live video dekat instagram ataupun facebook tu.

Sebenarnya kalau buat video live kena pastikan video tersebut betul-betul sesuai untuk tontonan umum. Jika tidak, memang teruk kena kecam seumur hidup! kenapa rasa macam baru dengar je aplikasi bigo live ni? Mungkin aplikasi bigo live dah lama bertapak, cuma mungkin ramai yang tak terjebak. Atau mungkin ramai yang terjebak tapi tak sepopular aplikasi lain.


Buat duit dengan Bigo Live

Setelah di kaji, rupanya aplikasi bigo live ni boleh buat duit dengan menunjukkan bakat masing-masing seperti berdakwah, mengaji, menyanyi, menari dan sebagainya. Untuk mendapatkan duit cash yang banyak, pengguna perlu mengumpulkan gift sebanyak mungkin. Gift tersebut akan dikumpul sehingga menjadi diamond dan kemudian ditukarkan menjadi duit cash. Tak hairanlah ramai terjebak dengan aplikasi bigo live ni. Siapa yang tak nak duit?

Keburukan Bigo Live

Mungkin ada yang berpandangan negatif dengan aplikasi Bigo live ni. Sebenarnya aplikasi sebegini bagus untuk tunjuk bakat masing-masing jika digunakan dengan cara yang betul. Semuanya bergantung pada pengguna tu sendiri. Ramai pengguna wanita yang suka menunjukkan yang tidak sepatutnya untuk tontonan orang lain. Salah satunya seperti kes artis tersebut. Bila video dah tersebar, apa nak di kata?

Waspada dengan aplikasi Bigo Live

Jadi, berwaspada lah dengan sebarang kamera yang ada di depan kau orang yang kalau tak berhati-hati akan memberikan kesan buruk pada diri sendiri. Lagi-lagi kalau viral, tak dapat nak sorok dah! Silap haribulan, kena kecam dengan seluruh rakyat Malaysia. 

Entahlah, speechless wordless dengan dunia yang tanpa sempadan ni. Terlampau bebas buat apa saja pun tak boleh juga kan. Apapun sentiasa jaga peribadi dan tingkah laku sendiri lah ye. Kadang kala bila kita jaga, orang lain pula yang merosakkannya. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dengan hidayah-Nya, semoga Allah sentiasa menjaga kita dengan kasih sayang-Nya. Aaminnn.

6 comments

  1. Aplikasi macam ni ok je kalau digunakan dengan cara yang betul..

    ReplyDelete
  2. betul tu, kena hati-hati dengan apa-apa yang boleh memberi kesan kepada kita macam live tu. kena ambil iktibar dari apa yang dah berlaku..

    ReplyDelete
  3. kalau guna dengan cara yang betul takde masalah..tapi ada yang salah guna kan

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni macam-macam platform yang kita boleh pakai kan? On a positive side, at least ada variety dan most of them memudahkan lagi urusan harian kita. But on a negative side pula, it can cause such unwanted effects bila ianya disalah guna. Hope kita, especially golongan muda remaja boleh la guna aplikasi-aplikasi yang ada sekarang ni untuk tujuan yang berfaedah :)

    ReplyDelete
  5. Saya sebelum ni memang tak tau. Terima kasih berkongsi

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.