Trending Squiggle/ Wave Eyebrows Pulak Dah

Satu lagi trend terbaru dalam dunia makeup iaitu trending melukis squiggle/wave eyebrows. Pulak dah! Yang biasa kita nampak orang lukis bentuk kening yang biasa-biasa je. Tapi bila pertama kali nampak gambar kening squiggle/wave agak rasa macam "Err, ada yang sanggup buat kening macam ni ke?". Ya, memang ada! Ramai yang berkongsikan kening squiggle mereka di laman sosial terutamanya di instagram.

Mungkin bagi pencinta fesyen, ianya sesuatu seni yang cantik untuk di kongsikan. Tapi, ada juga segelintir netizen yang macam biasa suka kecam. Well, masing-masing mempunyai pendapat masing-masing tentang dunia fesyen dan gaya makeup. Bagi sejenis yang noob tentang makeup macam Fiza, memang tak boleh komen lebih-lebih. Mungkin cantik pada mereka tapi tidak pada mata kita.

Trending lukis kening squiggle/wave sesuai untuk acara pertunjukkan fesyen yang mengikut tema yang bersesuaian. Untuk majlis besar seperti bertunang dan juga perkahwinan, rasanya tidak sesuai untuk digayakan. Fiza yakin, tetamu yang datang mesti akan nampak pelik dengan pengantin yang berkening squiggle ni. Dapat bayangkan tak?

Trending Squiggle/ Wave Eyebrows
Kredit foto : google


Cara Buat Kening Bentuk Squiggle/Wave

Kening berbentuk squiggle/wave ni dapat dibentuk dengan melekatkan gam dan cuma perlu bentukkan seperti wave. Untuk kemasan dan bentuk yang lebih cantik, gunakan concealer ataupun foundation. Jangan sekali-kali gunakan gam gajah, tak pasal-pasal lansung tak berkening lepas tu.

Kalau dari mata Fiza, kening squiggle ni nampak cantik. Tapi untuk acara fesyen show ataupun photoshoot okaylah macam yang Fiza cakap tadi. Sebaliknya akan nampak kurang cantik untuk di gayakan untuk acara-acara tertentu. Jika di tanya, adakah kening berbentuk squiggle/wave ini boleh dijadikan trend. Absolutely, No!

Hukum Mencukur Bulu Kening

Nak lukis kening boleh tapi jangan sampai kening dicukur pula. Haram mencukur bulu kening! Jika lukis tanpa cukur, hukumnya di haruskan mengikut situasi. 

Fiza ni nak lukis kening biasa pun tak pandai. Lebih selesa dengan kening yang sedia ada. Rimbun pun rimbun lah. Kening bersepah pun bersepah lah. Janji ada kening. Nak bersiap pun cepat. Ada banyak masa baru rajin nak melukis kening. Itupun kalau menjadi. Noob me.

12 comments:

  1. Macam2 trend sekarang ni..Dah serupa alirn pun ada...hahaha

    ReplyDelete
  2. macam-macam trend skrg kan nk ikut pun tak mampu..pelik hehe

    ReplyDelete
  3. Hahaha yang terbaru kening bentuk dandan. ena pun tak reti lukis kening tapi malas nak belajar pun. Selesa dengan kening ori

    ReplyDelete
  4. macam-macam da style sekarang boleh buat kan aá :)

    ReplyDelete
  5. hahah. mcm2 jenis kening skrng ni.. dh jd trend dah.. huhu

    ReplyDelete
  6. ada lagi yg baru yg braided kening tu huhu pun boleh tahan

    ReplyDelete
  7. sebenarnyakan Misaki pun nampak kening ni lawa O.O cuma tak sesuai untuk majlis2 tertentu ja :P kalau dinner ke show ke bolehlah XD ahahahhahahaa (cosplay?)

    cuma yg mulut wave tu je pelik sikit O.O ahahaha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.