Resepi Nasi Goreng Tuna

Thursday, April 20, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Resepi dan menu masakan berpisah tiada dalam blog sihatimerahjambu ni. Sejak akhir-akhir ni memang banyak menu makanan Fiza kongsikan sampai ada yang komen, scroll scroll gambar makanan je yang ada. Maaf lah ye. Sekurang-kurangnya nanti kalau kecur air liur kau orang boleh masak dengan cepat dan mudah. Betul tak?


Kali ni Fiza kongsikan resepi nasi goreng tuna pula. Entah kenapa terfikir nak masak nasi goreng tuna satu hari tu disebabkan tiada bahan lain. Stok udang, sotong, ayam kebetulan dan habis. Yang nampak ada tuna in water versi diet tu. Macam best je kalau tambah tuna tu. So, Fiza bagilah nama nasi goreng tuna. Masak nasi goreng macam biasa je. Macam nasi goreng kampung. Cuma yang istimewanya ada tambahan tuna tu je. Bahan yang istimewa dalam menu ni.

Nasi Goreng Tuna

Hidangan untuk 2 orang

Bahan-bahan
2 mangkuk nasi (mangkuk sederhana besar)
2 biji bawang merah *dikisar
2 ulas bawang putih * dikisar
5 tangkai cili api ( ikut tahap kepedasan masing-masing) * dikisar
Ikan bilis *1/2 di kisar, 1/2 goreng garing
1/2 tin tuna in water
Garam secubit
2 sudu minyak besar
1 biji telur

Cara Masak
1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis yang untuk digoreng garing terlebih dahulu. Setelah garing, angkat dan toskan. Ketepikan dahulu.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan kisar. Bila dah garing masukkan garam dan juga tuna in water. Kacau rata.
3. Pecahkan telur dan kacau semua bahan. Kemudian baru masukkan nasi dan kacau rata lagi. Siap!


Cara masak setiap orang lain dan berbeza langkah-langkah dia. Ada yang suka letak garam dulu, ada yang suka letak garam kemudian. Ikut kaedah memasak nasi goreng versi masing-masing lah ye. Yang penting tuna tu perlu ada. Lagi sedap kalau dihidangkan bersama ayam panggang madu black pepper. Jangan dilupakan ulam-ulaman timun jepun yang rangup tu. Tak lengkap menu tanpa sayur.

6 comments on "Resepi Nasi Goreng Tuna"
  1. resepi simple dan mudah memang sedap nasi goreng tuna ni.tak perasan ada ayam panggang kat gamabr tu (^_^).Sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu.(^_^).

    https://ucingkadayan.blogspot.com/2017/04/segmen-tonton-ucing-nak-try-irama-melayu.html

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature