Responsive Ad Slot

Slider

Menu Diet Dinner : Ikan Tenggiri Kukus Bersama Brokoli

Malam ni Fiza kongsikan menu diet untuk makan malam iaitu Ikan Tenggiri Kukus Bersama brokoli. Macam biasa menu eat clean memang mudah, cepat dan jimat masa
Yeay! Menu diet lagi. Kau orang suka tak? Kalau nak berdiet pasti suka punya. Yang tak suka jangan kecam sangat ye. Malam ni Fiza kongsikan menu diet untuk makan malam iaitu Ikan Tenggiri Kukus Bersama brokoli. Macam biasa menu eat clean memang mudah, cepat dan jimat masa sebab masak menu utama dan sayur sekali cuma kadang-kadang je tak payah campur sayur makan salad segar je pun dah mencukupi seimbang. Takde lah kau orang semua ada masa nak malas-malas masak. Betul kan?

Ikan tenggiri kalau masak lemak cili api tu memang terbaiklah! Boleh buat tambah nasi. Sila lupakan menu masak lemak cili api. Sedar diri tengah diet kan. Untuk masak kukus, cukuplah sepotong ikan tenggiri untuk buat kau orang rasa kenyang makan malam. Tapi kena pastikan juga waktu makan malam sepatutnya dari pukul 6 petang sehingga pukul 8 malam sahaja. Tapi kalau lambat makan malam tu pandai-pandailah korang bajet masa nak tidur, kena 2 jam selepas makan baru boleh tidur. Bagi makanan tu hadam sepenuhnya dulu.
Pengambilan ikan dapat meningkatkan metabolisme badan. Kadar peratusan untuk protein menjadi lemak di dalam badan adalah sangat rendah. Jadi, ia dapat meningkatkan pertambahan oto. Otot yang tinggi meningkatkan metabolisme pada tahap maksimum. Ikan tenggiri mempunyai sumber omega 3 yang juga membantu dalam meningkatkan kebolehan kognitif-dapur eat clean


Kalau masak menu yang kukus ada kuah sikit okaylah untuk di telan. Kalau tak semuanya menu kering-kering je. Kadang-kadang naik jemu tapi lawan juga perasaan jemu tu. Ikutkan saja menu-menu diet selagi boleh. Kena yakin boleh selagi boleh. Tak berbaloi kalau nak berhenti separuh jalan. Baik teruskan ke hadapan. Tak payah nak toleh belakang dah. Kan dah membebel. Dah dah sila berhenti membebel ye Puan Fiza. Kau orang boleh cuba resepi ikan tenggiri kukus bersama brokoli ni. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.


Bahan-Bahan
1 potong ikan tenggiri
Brokoli
Lobak merah
3 biji bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara Membuat
1. Tumbuk bawang putih
2. Gaulkan serbuk lada hitam pada sayur lobak merah, brokoli dan ikan.
3. Kukus sehingga masak


Kredit resepi : Dapur Eat Clean Aizat Razak, Fatin Ayuni dan Khairul Azuan

2
( Hide )
  1. Sehat sangat makanan macamni. Tanpa minyak. Saya punya diet memang ke laut, asyik makan berat je tiap malam. Hukhuk

    ReplyDelete
  2. teringat menu masak dgn lada hitam ni masa berpantang ;)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu