Lantern Tealight Untuk Dekorasi Rumah

Agak lama juga tak update entri berkaitan dengan dekorasi rumah. Almaklumlah sibuk dengan kerja lain. Hal dekorasi tolak tepi dulu. Nak mencari idea mendekorasi pun belum ada. Jadi, kita update entri dekorasi rumah yang mana belum sempat update lagi.

Kalau tidur, Fiza pasang lilin daripada menggunakan lampu tidur. Janji ada cahaya daripada tidur bergelap terus. Dengan menggunakan lilin secara tidak lansung dapat menjimatkan penggunaan elektrik. Tapi nak guna lilin, kena fikirkan juga soal keselamatan dulu. Kena pastikan lilin yang digunakan di letakkan ke dalam bekas yang lilin yang bertutup. Kenapa kena bertutup? Bukanlah tutup semua. Janji bertutup daripada terkena langsir atau kertas. Kalau dah terbakar tengah tidur bahaya tu.

Sebelum ni Fiza guna candle holder jenis terbuka tu. Tapi bila fikirkan beberapa risiko tu, eloklah guna bekas lilin yang lebih bagus dan seeloknya bertutup. Kalau kertas terbang pun tak masuk dalam bekas dan terkena api tu.

Survey punya survey terberkenan dengan Rotera lantern for tealight ni di IKEA. Kebetulan juga harga lebih murah daripada sebelum ni. Memang Fiza berhajat nak beli. Hajat sebenarnya nak beli warna dark lilac tu tapi takde stok. Yang dark lilac tu RM14.90 lebih murah berbanding yang putih dan hitam ni RM19.90. Disebabkan stok takde, terpaksalah Fiza beli yang hitam ni. Okaylah warna hitam, kalau jelaga hitam api tak nampak sangat kan.



Cantik lantern ni. Suasana malam pun jadi romantik gitu. Selain penggunaan untuk letak lilin waktu, boleh dijadikan hiasan untuk rumah juga. Kalau candle light dinner pasang lilin pun menarik. Nak pasang gantung di luar rumah pun cantik ni. Boleh buat dekorasi luar rumah. Diperbuat daripada besi, kaca dan Polyester powder coating. Kalau nak bersihkan pun cuma perlu lap dengan kain lembap je. Bila warna hitam ni tak perlu nak bersihkan hari-hari sebab tak nampak kotor. Kan!


Length: 21 cm
Diameter:: 12 cm
Weight: 0.40 kg

Kalau berminat cepat beli sebab Fiza tengok di IKEA Cheras tu cepat sangat habis stok. Melampau betul. Dahlah jauh nak pergi tapi gigih juga pergi tu.

4 comments:

  1. cantiknya A'A. sesuai sangat bagi mereka yang suka dengan benda-benda unik kan :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.