Bunga Tangan Selepas Simpan 3 Tahun Lebih

Selamat pagi semua orang! Ceria kau orang hari sabtu ni sebab minggu ni cuti hujung minggu yang panjang. Tak panjang mana cuma tambah sehari je lagi cuti hari isnin. Haruslah cuti hari isnin tu sebab hari perkerja. Suri rumah je tak pernah ada hari cuti. Bertabahlah wahai para suri rumah.

Hari cuti takde apa plan pun nak di buat cuma menyiapkan kerja-kerja yang masih pending dan kerja menemani Encik Suami di makmal je la. Nak balik kampung, minggu lepas dah balik kampung sebab minggu ni Encik Suami kena siapkan kerja yang dah postpone hari tu. Macam biasa balik kampung, ada saja benda-benda yang mengimbas kembali zaman-zaman lampau. Takdelah lampau sangat, zaman 3 tahun yang sudah berlalu.

Salah satunya bunga tangan bunga segar masa Fiza nikah dan merangkap bunga tangan masa bersanding. Fiza pilih bunga rose soft pink dan juga purple sebab  tema kahwin pink belacan dan tema family warna purple. Tambah sikit baby's breath flower tu macam kebiasaan bunga tangan yang lain.


Jangan tak percaya, Fiza masih simpan lagi bunga tangan 3 tahun lepas walaupun dah layu kering dah. Fiza tak jaga mana, cuma biarkan dalam pasu je. Elok pulak tu tak rapuh cuma kering je. Sayang oiii nak buang macam tu je. Tunggu lah kalau dah rapuh berdebu esok, baru lah sampai masanya Fiza buang. 


Kalau kau orang tak guna bunga segar bolehlah simpan sampai bila-bila buat perhiasan dalam rumah pun menarik juga. Seronok kalau dapat bunga segar setiap hari. Tapi itulah kan, bunga pun dah mahal. Nak beli hari-hari memang taklah. Hari-hari tertentu je baru dapat bunga segar.

Bunga tangan ni pun Fiza dapat harga murah dalam RM4+.00 kalau tak silap sebab bagitau kat owner tu harga untuk butik andaman. Mak andam Fiza lah bagitau, suruh bagitau je untuk andaman dapatlah harga murah. Kalau tak, harga biasa RM8+.00 juga tu. Harga sekarang tak tahu berapa entah. Nak jimat, beli bunga plastik tu dan DIY bunga tangan.


with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. wah akakkk.. sentimental value ni.. slama 3 tahun akak simpan.. <3

    ReplyDelete
  2. Wah! Legend ni kak fiza still simpan bunga tangan :)

    ReplyDelete
  3. wow, qekra punya dulu mana entah. ehh qekra dulu2 pkai bunga plastik jer. bukan fresh flower hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.