Riang Ria Raya Bersama Lazada Malaysia dan Menang Fujifilm Instax Mini Camera

Sunday, June 19, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pagi-pagi lagi telah dijemput oleh blogger iday untuk sertai contest dari Lazada Malaysia. Terkebil-kebil mata ni baca apa yang perlu di lakukan oleh blogger untuk menyertai contest Riang Ria Raya Bersama Lazada Malaysia dan Menang Fujifilm Instax Mini Camera. Bulan puasa ni orang kata bulan berkat. Tanpa berlengah lagi, tanpa berfikir seratus kali berdesup Fiza siapkan entri. Manalah tahu bulan berkat ni dapat rezeki menang fujifilm instax mini camera tu boleh berposing sakan dengan pelbagai aksi dan kenangan raya bersama keluarga.

Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi dan cara sertai contest pun mudah. Boleh baca bawah ni


Tapi yang tak mudah memerlukan ketajaman mata untuk mengira berapa banyak fujifilm instax mini films dalam gambar di bawah ini. Lagi berpinar mata ni ha nak mengira pagi-pagi ni. Tapi takpe, demimu fujifilm instax mini camera ku gagahkan juga mengira seperti budak tadika. Naik give up juga pada mulanya dan berulang kali mengira tak lulus-lulus juga. Setelah beberapa kali, baru yakin nak bagi jawapan apa nanti. Shhh.. jangan bagitau orang, jawapan kena email pada lazada nanti. Agak-agak berapalah jawapan yang betul ni ye?



Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba ni, Fiza harap Fiza dapat beberapa barangan di bawah ni sebagai persiapan hari raya nanti untuk lebih memeriahkan raya tahun ni dengan bajet RM500.

1. Philips Garment Steamer GC502 (1600 W) 33g steam output


Rutin wajib setiap tahun malam sebelum raya, bermulalah aktiviti menggosok baju raya. Kalau sepasang dua okay lagi. Tapi kalau semua keluarga, adik, kakak, abang, abang ipar, kakak ipar, sepupu semua mintak tolong gosokkan baju??? Silap-silap pagi raya baru siap menggosok baju. Tapi dengan adanya garment steamer ni lebih memudahkan kerja menggosok baju. Malah lebih menjimatkan masa. Nak menggosok pun tak memerlukan masa yang panjang dan kerja menggosok lebih cepat. Takde masalah kalau nak menggosok baju raya yang jenis berlipat tu. Boleh gosok baju sambil tersenyum lagi.

2. Bohemia Style Blackout GYC2017 Curtain Multicolor



Langsir antara yang wajib di tukar setiap tahun. Itupun kalau ada bajet lebih. Kalau takde, pakai je yang tahun sebelumnya yang masih elok. Dalam memilih langsir ni eloklah memilih langsir yang jenis boleh disesuaikan dengan suasana dalam rumah terutamanya cat dinding rumah. Nak lebih jimat, beli jenis pelbagai warna macam ni. Nanti nak tukar cat dinding takde masalah sebab dapat disesuaikan dengan langsir.

3. Eazy Bean Bag Pink


Waktu raya memang banyak program TV yang menarik. Kalau tak pergi beraya tu, dapatlah baring-baring depan TV beralaskan bean bag yang selesa ni. Takde lah sakit-sakit badan baring atas lantai. Satu lagi, kalau ada tetamu jauh datang nak berehat seketika tu boleh hulurkan bean bag ni. Tak kan nak suruh berehat dalam bilik pulak kan. Melainkan memang ada bilik tetamu. Bagus juga kalau ada satu kat rumah. Harga pun lebih murah bawah RM100 lebih murah dari harga pasaran.

4. 7 Color Ultrasonic Home Aroma Humidifier Air Diffuser Purifier


Bila tetamu datang ke rumah, kita mesti nak tetamu selesa bila datang ke rumah kita. Nak bagi tetamu lebih selesa, sajikan tetamu dengan bauan aroma seperti berada di spa. Mesti tetamu seronok datang beraya di rumah kita. Silap-silap tetamu tak nak balik rumah. Hehehe. Tak mungkinlah sampai macam tu. Silap-silap tetamu tanya " Beli kat mana tu?". kita pun jawab " Beli di Lazada lah, Shopping Online No.1 Terbesar di Malaysia". Kemain promote Lazada kan.

Jumlah kesemuanya RM252.60 + RM114.00 + RM79.00 + RM31.00 = RM476.60 terlebih cukup untuk bajet RM500 tu. Kesemuanya dapat memberikan kemeriahan hari raya bersama keluarga, sanak saudara dan rakan taulan dalam menyambut hari raya yang lebih bermakna.

Sangat berbaloi dan lebih jimat membeli di Lazada sekarang kerana Lazada sedang mengadakan JUALAN HARI RAYA BESAR-BESARAN. Korang semua boleh shopping pada 21 Jun 2016 sehingga 24 Jun 2016 ini kerana Lazada akan menawarkan diskaun sehingga 92%. Wow sangat diskaun yang Lazada berikan. Apa tunggu lagi??? Shoppinglah! Klik di link ini sahaja ye untuk dapatkan diskaun sempena Hari Raya nanti.

www.lazada.com.my/riang-ria-raya

Berita baik untuk blogger pulak, Jom sertai Riang Raya Blogger Contest untuk menangi Fujifilm Instax Mini Camera. Boleh abadikan kenangan bergambar dengan family di hari raya nanti. Harap-harap Fiza dapat jadi salah seorang pemenang kali ni. Moga ada rezeki. Aaminnn...
1 X Fujifilm Instax mini 8 camera Bundle (5 winners)
1 X Fujifilm Instax mini 25 camera Bundle (5 winners)

Good Luck!
With Love, Sihatimerahjambu

4 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.