Design Kad Raya Tema Biru

Sunday, June 19, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Rasanya inilah tempahan design kad raya terakhir untuk raya tahun ni. Ada lagi ke nak tempah? Kalau ada meh tempah cepat, jangan tempah last minit. Tak terkejar rasanya nak buat kerja yang last minit sebab bila dah last minit semua customer dok pakat nak cepat kan. Jadi, kalau Fiza tak mampu nak buat dan tak mampu nak penuhi permintaan terpaksalah mengecewakan korang ye. Sesak nafas akak dik kalau hari hari tanya bila nak siap. Kalau ramai yang tempah dalam satu masa?? Pitam teruss. Kalau Fiza rasa ada masa baru Fiza ambil order, okay? Kalau tak, memang BIG NO untuk ambil tempahan. 

Untuk tempahan kali ni, customer mintak buat seperti contoh tapi katanya kalau tak dapat seperti contoh buat design lain pun boleh. Disebabkan tak dapat nak buat ikut contoh tak cukup gambar yang betul  original seperti contoh. Jadi, Fiza buat design baru yang lain. Setelah beberapa draft, siap design kad raya tema biru ni. Design yang sederhana pada Fiza. Okay, siap tempahan design kad raya ni.


With Love, Sihatimerahjambu

2 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.