Design Blog Lui Angkut Enterprise

Sunday, June 12, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Selamat pagi ahad! Mood hari ahad biasanya orang lebih suka berehat santai di rumah je. Takpun buat kerja rumah mengemas apa yang patut. Hari ni settlekan kerja² yang mana belum siap tu. Tengok list dok panjang tak pendek² tu naik stress jugak dibuatnya. Mesti korang pernah rasa macam tu jugak gak kan kalau segala kerja dah nak hampir settle lepas tu ditambah dengan kerja baru. Makanya kerja tu tak sudah² dan tak habis². phew~

Paling tak best bila kerja kita tu perlu pakai otak mencari idea. Satu kelegaan kalau kerja design settle satu persatu dan pelanggan berpuasa hati. Mungkin kalau yang tak berpuas hati tu tak suka dengan cara kerja Fiza.Mohon maaf. Harap² korang faham kerja seorang graphic designer ni macam mana ye.

Alhamdulillah settle satu tempahan design blog Lui Angkut Enterprise. Tak sangka sebenarnya dapat order dari mereka yang membuat perniaagan pembinaan dan perladangan ni. Bila diberi peluang, mengapa tidak Fiza cuba kan. Boleh jadikan titik permulaan untuk kembangkan bisnes untuk masa akan datang.



Kalau design blog bisnes, selalunya Fiza lebih suka design yang minimal, tidak terlalu fancy dan sesuai dengan tema. Cuma warna tu Fiza ikut kehendak pelanggan lah. Kalau tak okay je baru Fiza akan recommend pada pelanggan. Tema warna blog Lui Angkut Enterprise gunakan warna hijau, kuning dan juga turqoise. Untuk header tu ikut tema perladangan dan pembinaan. Yang lain-lain simple. Untuk full view

www.luiangkutenterprise.blogspot.my
With Love, Sihatimerahjambu

3 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.