Pelamin Murah & Jimat Guna Bunga Tisu

Friday, January 22, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Satu idea yang kreatif menghasilkan bunga tisu untuk pelamin yang cantik ni. Dahlah cantik, boleh jimat kos dan lebih murah. Bila dah siap, tak nampak macam pelamin murah pun kan? Terbaiklah idea ni. Sekarang semua benda dah mahal, apakata bakal pengantin gunakan idea ni kalau nak berjimat cermat di majlis kahwin. Lepas kahwin lagi banyak nak pakai duit kan. Yang penting korang kena rajin lah nak DIY ni.

Katanya kos menyiapkan pelamin ni dalam bajet RM200. Bunga tisu tu nampak cantik bila dah siap kan.

Disebabkan tuan punya idea cuma share gambar so cara caranya tengok melalui gambar je la ye. Mana yang Fiza tahu, Fiza terangkan. Ini Fiza rasa jaring dawai. Kat kedai hardware ada jual.


Bunga tisu ni kalau kreatif boleh buat jenis bunga lain. Google je tutorial bunga tisu, macam macam jenis bunga yang korang boleh buat.


Dah siap bunga tisu, susunkan tisu dan ikat dengan dawai supaya lebih kukuh dan tidak tercabut.

Susun rapat rapat supaya tak nampak ruang.



Lagi cantik buat bunga tisu ombre macam ni.


Sediakan papan yang telah dipaku macam ni dan pakukan di dinding

Tampal kertas putih supaya tak nampak latar belakang kalau ada ruang di celah celah bunga.

Gantung bunga tisu yang dah disusun pada jaringan dawai tadi

Kemaskan pelamin, rapatkan kain gantung dengan tepi border susunan bunga tisu

ok, siap! Hasilnya gambar penuh pelamin atas sekali.

Buat bunga tisu tu memang memenatkan tapi bila dah siap hasilnya memang hilang segala penat tu kan. Cuma di sarankan jangan buat pelamin outdoor kalau guna bunga tisu ni. kalau hujan memang habislah basah. Tak de rupa bunga dah nanti.


Sumber gambar dari facebook

With Love, Sihatimerahjambu

4 comments

  1. Assalammualaikum... saya ema, tuan punya pelamin. Ema ada sertakan cara buat d.i.y kat blog ema . Untuk entry penuh , boleh lawat blog kami http://www.vetovirago.com/2016/01/pelamin-jimat-menggunakan-tisu.html ... terima kasih azhafizah.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.