Orang Nismilan Panggil Kuih Goreng

Tuesday, January 05, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Dari kecik sampai ke besar memang dah biasa dengan menu jemput² atau dipanggil jemput sahaja. Nak lagi sedap panggillah nama jejemput. Atau nama lain yang biasa didengar dengan nama cucur atau cekodok. Lain tempat lain nama menu yang disebut tapi menunya tetap sama. Nama jer berbeza.

Bila kahwin dengan orang nismilan (negeri sembilan) agak pelik dipanggil dengan nama 'kuih goreng'. Pertama kali dengar husband sebut macam tak boleh nak terima. Tapi fikir punya fikir, betul jugak kan namanya kuih goreng. Bergadoh manja kejap laki bini mempertahankan nama kuih punya pasal. Sudahnya redha dengan nama menu negeri masing masing..hahaha

Tapi kalau Fiza buat,versi sayur dan tepung sikit. Ala ala macam potato fritters cuma tak letak tepung beras dan potato yang banyak. 

Adunan lebih kurang macam ni Fiza buat. Daun sup + bawang + udang kering + carrot + kentang + telur + tepung gandum + air + garam. Gaul², panaskan minyak dan goreng.

Fiza suka goreng besar². Senang cepat siap dan cepat makan..Hihi. Dihidangkan bersama teh panas kaw memang sedap!

Sesuai dihidangkan untuk sarapan dan minum petang. Nak makan pagi petang malam pun boleh.
With Love, Sihatimerahjambu

9 comments

  1. sedap tu .... makan ngan sos cili kami suka mkn ngan kuah kacang lagi sedap

    ReplyDelete
  2. Menu yang menarik.. Kalau saya pun saya panggil cekodok.. Tapi sama je.. makan masuk mulut kenyang...

    ReplyDelete
  3. Kuih goreng?? Saya org N9 pun tak panggil kuih goreng. huhuhu Saya panggil jemput-jemput je =)

    ReplyDelete
  4. Banyaknyaa sayur-mayur. Saya punya plg cuba elak letak sayur. Hihi

    ReplyDelete
  5. ni mcm cekodok kentang je ni. kalau ada daun cekur atau jagung pon ohsem ni :D

    ReplyDelete
  6. kalo buat comel2 boleh jgk jd finger food utk anak ni..hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.