Memang Meleleh Tengok

Saturday, January 23, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Memang meleleh air liur tengok milkshake leleh ni ha. Banyak juga restaurant ada jual milkshake atau ice cream style leleh macam ni. Fiza je belum cuba lagi. Cuma macam kurang suka bila ada minuman meleleh macam ni. Bukan apa, rasa rugi pulak yang meleleh tu. Tak kan nak jilat cawan kan. Dah lah harga pun bukan murah. Mungkin Orang lain okay je.

Selain style leleh tu, ada bermacam macam jenis kekacang, biskut dan bijiran yang di letakkan sebagai topping minuman. Menarik ni, sesambil minum boleh buat kudapan gitu.

Ada juga topping potong red velvet tu. Wahhh ini macam terlebih sedap!

Eh, rasa macam dah lama tak makan yang pink macam piring tu. Apa ntah namanya?



Sumber gambar dari facebook
Dah tengok gambar milkshake leleh banyak banyak ni, tetiba rasa teringin pulak. Ada yang tak meleleh punya tak? Hehe..
With Love, Sihatimerahjambu

1 comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.