Baked Spicy Potato Wedges

Tuesday, January 12, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Update pasal masak je la hari ni ye. Takde idea nak update. At least ada jugaklah kan. Petang ni tekak teringin nak makan baked spicy potato wedges. Tengok kat facebook versi cheesy garlic bagai tapi Fiza buat versi sendiri guna bahan yang ada ada je la.

Ikut tekak orang melayu suka pedas kan. Cukup sorang makan sebiji kentang ni.

Bahan bahan : Sebiji kentang (basuh,jangan buang kulit dan dipotong sederhana nipis), Olive oil tapi Fiza guna minyak canola, garam sikit, black pepper, serbuk kari, serbuk cili dan juga italian herbs (oregano, rosemary, parsley,basil).



Dalam bekas lain, masukkan minyak dan gaul rata bersama kentang.

Bahan bahan lain (garam , black pepper, serbuk kari, serbuk cili dan juga italian herbs (oregano, rosemary, parsley,basil)) satukan dan gaul rata terlebih dahulu bagi sekata.

 Kemudian gaul rata dengan kentang


Susunkan atas aluminium foil. Pastikan tak terlalu rapat takut nanti ada yang tak masak.

Masukkan dalam oven selama 40 minit 200ÂșC. Kalau kurang masak tambahkan masa lagi dalam 5 minit. Kekadang kentang ni lambat nak masak. So nak cepat masak potonglah nipis sikit. Jangan tebal².

Okay siap kejadian baked spicy potato wedges. Fiza taburkan cheese powder tapi tak melting pulak sebab kering sangat kot. So nak sedap makan dengan mayonis dan cheesy sauce. Jangan makan dengan sos cili ye sebab ni dah pedas dah.

With Love, Sihatimerahjambu

4 comments

  1. selalu buat lebih kurang macam ni bila malas/xde idea nak masak...hehehehe

    ~Admin : My New Blogger~
    http://munirahmustafar84.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. wah.. menarik... boleh cuba resepi nih.. kebetulan tekak tak boleh makan nasi nih

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.