Ais Kiub Minuman dan Makanan

Thursday, January 07, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Kebiasaanya kita tengok ais kiub jernih yang biasa diletakkan dalam minuman sejuk tu. Jarang sekali kita tengok ais kiub selain dari itu. Haa ini dia ais kiub luar biasa yang memang jarang kita nampak melainkan buat sendiri di rumah iaitu ais kiub minuman dan makanan (buah buahan). Idea ni bagus tapi tak semua boleh di applikasikan dalam bentuk ais kiub.

1. Untuk dapatkan rasa kopi yang sedap, ini salah satu idea yang bagus. Mencuba belum pernah lagi tapi rasanya macam sedap. Buat kiub ais kopi kemudian curahkan susu panas. Wahh mesti sedap kan!

2. Bagi yang suka yogurt tu bolehlah buat ais kiub tapi kalau Fiza lebih suka makan fresh gitu je.

3. Puri buah buahan ni sangat menarik. Boleh bagi anak anak makan. Mesti dorang suka punya. Takpun ini cara yang senang untuk buat air jus dengan cepat. Yelah kan dah siap ada ais, cuma perlu letak air je.

4. Ketulan tembikai sama juga kaedahnya dengan puri buah buahan tadi.

5. Ais kiub coklat pun sama kaedahnya dengan kopi tadi.

6. Ais kiub daun pudina ni sesuai untuk mereka yang rajin buat air detox tu, boleh kekalkan kesegaran daun pudina dari dibiarkan lebam dan layu.

7. Menarik juga idea buat ais kiub aiskrim ni. Tapi rasanya kalau beli aiskrim makan gitu je. Tak rajin pulak nak buat ais kiub bagai. Hihi

8. Ais kiub potongan buah buahan nampak menarik dengan pelbagai jenis buah buahan.

9. Siapa yang suka strawberi coklat, haruslah cuba ni. Nampak macam sedap je!



Tapi tapi tapi..yang last sekali ni macam tak boleh diterima tekak je. Macam pelik pun ada kalau di buat ais kiub. Kan? Sedap ke tidak?
Sumber gambar dari facebook

Antara banyak banyak di atas rasa macam nak cuba kopi dan buah buahan tu. Macam menarik untuk dicuba.


With Love, Sihatimerahjambu

11 comments

  1. pnh tgk tp xpnh buat sndiri.. mmg sdp jee tgk..hihi

    ReplyDelete
  2. wahhhh bestnyaa awak...kecuali sushi tu kot hihi :p

    ReplyDelete
  3. Menarik betul la idea ni lagi2 yang puri buah tu betul2 nampak sedap ^^

    ReplyDelete
  4. Memang nampak menarik sangat...
    lepas ni alamatnya penuh la peti ais dengan kiub-kiub ni..hehehehe

    ~Admin : My New Blogger ~
    http://munirahmustafar84.blogspot.my

    ReplyDelete
  5. macam2 kan kreativiti org skrg ni.. nasib lah kak Alycia ni tak suka sgt ais..

    ReplyDelete
  6. Interesting..new idea sangat ni untuk satu kelainan.. lagi2 kalau ada tetamu datang rumah bila hidangkan something like dis mesti kita bangga tetamu pun happy

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.