Image Slider

Mengerjakan Umrah

Thursday, December 18, 2014
Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya dapat jugak mak abah menjadi tetamu Allah menunaikan ibadah Umrah. Mengerjakan Umrah bersama dengan saudara mara dari #warisankutik iaitu warisan sebelah mak menggunakan perkhidmatan umrah Zaheen.

Buat pertama kalinya mak abah naik flight dan pergi tempat jauh memang merisaukan tapi ada saudara mara bersama bolehlah jaga jaga mak abah kat sana nanti.


Tak semua abang dan kakak ada, tak dapat bersama hantar mak abah atas urusan kerja. 

Semoga mak abah diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan umrah. Semoga Allah melindungi mak abah di sana dan Semoga selamat pergi dan balik.



Sebak oii bila tengok mak abah pergi..Nak nangis tapi tahan je boleh? Nangis dalam hati..

Flight pukul 3:15 delayed pukul 3:28

Dari bertolak sampailah mak sampai sana asyik tengok ni je. Alhamdulillah selamat mendarat di Jeddah.


Baru sehari dah Rindu =__='. 

Ramai yang menunaikan ibadah umrah kali ni. Moga semuanya berjalan dengan baik. Selamat dan segala urusan dipermudahkan.Aminnn... Moga satu hari ada rezeki menjadi tetamu Allah juga.  Dan moga mak abah ada rezeki menunaikan haji pulak..InshaAllah...


Kurus dan Menang RM1000 Dengan Nikko Slimm Juice

Tuesday, December 16, 2014
Kurus dan Menang RM1000 Dengan Nikko Slimm Juice | Berita baik untuk mereka yang nak kurus sekaligus boleh menang RM1000. Nak tahu caranya? Sila baca entry sampai habis ye. Memang berbaloi kalau dapat pakej terbaik macam ni kan.

Semua orang nak kurus. Tapi nak kurus bukan mudah. Jiwa kena kental hadapi godaan dan makanan. Tambah lagi pulak takde masa nak bersenam dan dengan itu lemak pun bertambah tambah jika tak disiplin dalam pemakanan seimbang.

Memperkenalkan produk Nikko Slimm Juice yang rasanya sedap 'kurang-manis' berperisa raspberry sesuai untuk mereka yang nak kurus dengan usaha minima. Bagi yang takde masa nak bersenam dan sedang berdiet tu sesuai sangat ambil Produk Slimm Juice ni. InshaAllah ianya membantu dalam usaha untuk kurus.


Nikko Slimm Juice merupakan produk terbaru keluaran Nikko Beauty setelah Produk Placenta White berjaya memberikan kesan positive kepada pengguna dan menggemarinya. Antara banyak² produk kurus di pasaran banyak juga yang bagus tapi Nikko Slimm Juice  lagi bagus sebab Nikko Slimm Juice produk 2 in 1 iaitu detox dan fat burner.Nikko Slimm Juice mencuci perut dengan tindakan detox, barulah agen fat burner akan pantas bertindak.

Terbukti Berkesan!

Untuk kurus bukan senang sebab kita perlu amalkan diet iaitu pemakanan seimbang. Orang kata kalau tak makan nasi atau kurang makan nasi adalah cara cepat kurus. Tapi memang susah kita nak tinggalkan makan nasi tu kan. Boleh cuba cara diet gaya Nikko Slimm Juice sesuai untuk mereka yang susah nak tinggalkan nasi.

SARAPAN PAGI
  • Makan 1 sudu besar Nikko Slimm Juice sebelum sarapan pagi
  • Jangan skip sarapan dan jangan terlebih makan sarapan.
  • Sandwich,oat,roti amat sesuai untuk bagi tenaga dan penuhkan perut
MAKAN TENGAHARI
  • Makan nasi satu genggam kecil/ 1 senduk sahaja
  • Lebihkan sayur, ambil lauk seperti sup ayam atau ayam bakar
  • Jangan selalu makan makanan bergoreng
  • Minum air mineral. Elakkan minum ais
MINUM PETANG
  • Makan buah buahan atau roti kosong. 
  • Makan OAT sangat digalakkan sebab ia mengenyangkan
MAKAN MALAM
  • Makan 1 sudu besar Nikko Slimm Juice
  • Makan malam seawal bermula pukul 6 hingga 8 malam
  • Makan nasi segenggam kecil sahaja
  • Lebihkan lauk. Kalau mampu, jangan makan nasi.Makan lauk sahaja.Ini lebih baik 
Yang penting, ini adalah kelebihan Nikko Slim Juice yang patut anda semua ambil tahu. Sebab itu ianya adalah produk slimm yang terbaik di pasaran.



Dah bagi tips kat atas tu so bolehlah anda semua sahut cabaran Kurus dan Menang RM1000 dengan Nikko Slimm Juice.

Nikko Beauty, & Wellness, syarikat yang mengedarkan produk Nikko Placenta White kini mengeluarkan produk kurus mesra pengguna iaitu Nikko Slimm Juice.. Rata rata pengguna memberikan respon atau testimoni yang baik setelah menggunakan produk tersebut.

Harga
RM60/ sebotol

Pengambilan
Tidak perlu bancuh,terus minum sahaja 2x sehari. Mengandungi 250ml, tahan untuk 2 hingga 3 minggu

Status Produk
Nikko Slimm Juice lulus KKM dan Halal. Selamat digunakan.
Pihak syarikat ada melancarkan pertandingan Kurus Dan Menang. Setiap pengguna Nikko Slimm Juice layak menyertai pertandingan ini. Pemenang akan memenangi RM1000 jika berjaya turun berat badan sebanyak 10 Kg dalam masa sebulan. Antara syarat pertandingan :

Wajib ada bukti sahih sebelum dan selepas amalkan Nikko Slimm Juice.Ada gambar ‘before – after ‘

Untuk menyertai pertandingan dan maklumat lanjut, boleh hubungi kami melalui saluran berikut :

Email : staffnikko@gmail.com
Hp : 019 3444513

Contest Mudah Nikko Slim Juice ini dianjurkan oleh Farid Laham Network dan ditaja oleh Nikko Beauty serta duniafarisya.com

Apa tunggu lagi? Jom rebut peluang yang ada :)

Jom Datang ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) dan Menang

Monday, December 15, 2014

Malaysia Wedding Festival (MEFA) 2014 yang dianjurkan oleh im4ufm.my kembali lagi di tempat yang sama di Shah Alam Convection Centre (SACC) Mall. Kali ini ada berita baik dan hadiah menanti untuk bakal pengantin dan juga tetamu yang hadir sepanjang MEFA 2014 berlansung.

Dengan adanya MEFA 2014 lebih memudahkan kerja bakal bakal pengantin dalam proses persiapan perkahwinan atau mencari inspirasi untuk hari bahagia yang bakal berlansung nanti.

Sempena MEFA 2014 berlansung, penganjur im4ufm.my akan mengadakan pelbagai jenis contest dengan pelbagai hadiah yang lumayan yang ditawarkan. Hadiah bernilai RM30, 000 tu. Rugi lah kalau tak join kan. Kalau dapat cabutan bertuah pun dah kira bertuah sangat tu. Memang patut kena pergi. Rebut peluang keemasan ni. Mana tahu tuah anda kan.

Untuk dapat tiket cabutan bertuah dan menang boleh baca Syarat  & Penyertaan di bawah ini. Antara hadiahnya adalah LCD TV, RM1000, Pakej Percutian Langkawi, Penginapan 2H 1M di Alami Garden Hotel dan juga cenderahati dari MEFA.


Bukan setakat penganjur je nak bagi hadiah, para para vendor pun tak ketinggalan memberikan bakal pengantin pakej yang terbaik siap boleh jimat lagi tu.


Pakej pakej yang ada memang sangat menarik ni. Kalau bakal bakal pengantin tengok ni mesti nak nak nak je ni. Sekurang kurangnya dapat mengurangkan sedikit bajet untuk majlis.


Kesimpulannya memang tak rugi datang ke MEFA ni. Boleh memberikan sumber inspirasi untuk perkahwinan impian anda sebab terdapat banyak vendor yang terlibat. Vendor vendor yang berpengalaman dan semestinya yang terbaik. Lagi berbaloi jika anda buat tempahan terus sebab boleh menang hadiah dan juga kalau dapat pakej yang menarik dah boleh jimat bajet

Yang bagusnya ada MEFA ni bakal pengantin boleh survey pakej yang ditawarkan mengikut bajet dan memilih vendor yang menepati citarasa majlis perkahwinan.

SENARAI VENDOR
Senarai vendor yang turut serta untuk Malaysia Wedding Festival (MEFA) 2014. Boleh check dulu mana yang berkenan nanti kalau dah berkenan senang nak buat tempahan. Ye tak?


ATURCARA PAMERAN
Bagi memudahkan, lebih baik semak dulu aturcara pameran supaya bolehlah bakal pengantin datang meluangkan masa rebut peluang keemasan ini. Tak kisahlah majlis lambat lagi pun. Nak datang cari ilham untuk bajet kahwin pun boleh nak teman kawan pun boleh.Takde masalah sebab masuk adalah percuma :)



Jangan lupa ye #savethedate. Jom Datang ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) dan Menang!
Tarikh : 26-28 Disember 2014 ( Jumaat-Ahad)
Lokasi : Shah Alam Convention Centre (SACC)

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang contest:
Website : www.im4ufm.my/once-upon-a-wedding-mefa
Fanpage : www.facebook.com/mefaevent

Lasagna Sedap Dari D'Niena Kitchen

Tuesday, December 09, 2014
Terliur pepagi tengok gambar Lasagna Sedap Dari D'Niena Kitchen ni. Ini kali kedua beli sebab masa pertama kali beli tu memang rasa sedap sangat! Makan sikit sikit sebab sayang nak habiskan. Sampai licin bekas dikerjakan. Siapa yang tak terliur bila tengok gambar lasagna ni kan.


Memang betul apa di kata"Sekali cuba pasti nak lagi". Sebelum ni Fiza order by Whatsapp je dan delivery sampai ke depan rumah dengan FREE delivery tau. Memang terbaik service dari D'Niena Kitchen ni. 

Kali kedua Fiza beli terus dekat Booth D Niena Kitchen kat Mydin Seremban2. Tapi booth ni untuk dua hari last weekend je la. So memandangkan memang nak ke Mydin beli barang bolehlah singgah beli dan jumpa Owner D Niena Kitchen sekali kan. Jangan kecewa kalau tak dapat pergi beli kat booth, macam biasa boleh order untuk delivery.

Ini Packaging Lasagna. Dalam aluminium foil container. So boleh panaskan kalau lasagna kurang panas atau sejuk. Siap sekali dengan sudu. Senang nak makan terus..hehehe


Isi dalamnya hampir penuh cukup rasa cukup segalanya. Suapan pertama mesti buat korang rasa nak cakap sedap je setiap kali suapan. Seriously sangat sedap dan Fiza rasa sangat berbaloi dengan harga dan rasa. Cukup cheese, cukup inti, cukup rasa masam, cukup rasa manis, cukup segalanya. Marvellous lah!


Setiap kali beli mesti licin macam ni ha.


Inilah dia owner D'Niena Kitchen

Ehem..untuk orang seremban, silalah order untuk rasainya kesedapan Lasagna Dari D'Niena Kitchen ni. Selain Lasagna(RM12) ada juga Baked Meat Ball (RM10) , Baked Rice (RM10) dan juga Chicken Chop(RM12). Harga sangat berpatutan dan puas hati dengan rasa. Jom Order!

Delivery hour
Lunch : 12:30pm-3:30pm
Dinner : 8:00pm-10:00pm

Facebook : www.facebook.com/shahizatul.ainah
Instagram : instagram.com/shahizatulainah
Whatsapp : 0137119849


Home Decoration IKEA

Monday, December 08, 2014

Kalau tengok Home Decoration IKEA kat showroom IKEA ni mesti rambang mata nak deco deco rumah style IKEA. Dua minggu lepas pergi lagi IKEA beli barang yang tertinggal nak beli katanya. Kebetulan dah ke KL so haruslah singgah terus kan.

Sebelum kita shopping kita singgah showroom IKEA dulu cuci mata dengan Home Decoration IKEA. Kot ada yang terbekenan boleh listkan dulu ye tak. Dan semestinya kalau pergi IKEA ni selalunya mesti barang terlebih dari senarai, rambang mata punya pasal. Nasiblah IKEA ni jauh, kalau dekat memang seminggu sekali pergi..eh?

Fiza paling berkenan dengan decoration living room bertemakan english style ni. Sangat putih suci murni dan semestinya nampak bersih. Untuk living room macam ni kenalah pastikan bersih selalu. kalau ada anak kecil memang takdelah nak buat macam ni kan. Perabot bewarna putih memang mudah kotor tapi kalau pandai jaga memang cantik sangat mata memandang. Semua serba putih, so english!


Decoration bilik tidur pulak Fiza suka yang macam ni. Menggunakan ruang dengan sebaik mungkin. Katil letak depan, ada tirai/langsir dan disebalik tirai belakang katil tu ade dress table. So ohsem deco macam ni, Serius suka! Nanti nak buat macam ni lah kalau ada rezeki. InshaAllah....Buat masa sekarang ruang tak mencukupi.=__='


Untuk mereka yang bujang sesuailah deco bilik tidur macam ni. Simple je dan nampak luas walau bilik kecik. Tips: Nak ruang nampak luas, letakkan cermin dinding yang besar supaya berikan kesan ruang yang lebih luas.


Ini decoration yang paling ohsem. Lengkap semua ada! Selesa pun selesa. Memang terbaiklah nak buat kerja dengan suasana macam ni.


Kita jarang deco deco ruang luar rumah kan. Apakata kita buat style macam ni. Kalau nak buat style macam ni kat ruang dapur pun boleh. Sedap mata memandang dan bertambah selera nak makan. Entah entah nak duduk sini jela menikmati suasana kan.


Ok, cukup²lah cuci mata tu dah cukup bersih dah tu. Hihi..Snap mana yang suka untuk sumber inspirasi home deco akan datang. Dah siap senaraikan apa yang patut jom kita ambil barang Kat Self-Serve Furniture Area.

Kat Self-serve Furniture Area, Ground Floor ni pun boleh buat rambang mata. Yang takde dalam list pun korang boleh tergoda untuk ke dua kali..AWAS! Jaga mata..Ambil yang perlu je :p


Barang banyak sangat tapi tak susah nak mencari barang kalau korang dah listkan barang berserta coordinate barang tu yang ada pada tag.


Sebelum ke sini masuk dulu ke Markethall. Dan hasil shopping hari tu.


Total damage

Hujung tahun kita shopping lagi ye. Apa yang bestnya decoration IKEA ni dapat meminimakan ruang yang kecil jadi luas. Design yang simple tapi exclusive. Untunglah kalau dapat sponsor home deco IKEA macam dapat sponsor setahun dari Zalora tu kan.

Misi shopping lagi

www.ikea.com/my/en


Fridge Magnet Korea

Thursday, December 04, 2014
Suka betul dapat Fridge Magnet dari Korea. Tak dapat pergi Korea dapat ole ole dari Korea pun dah cukup bagus kan. Fridge Magnet adalah pilihan yang tepat untuk dibeli kalau bercuti sebagai sourvenir. Sebabnya ada identiti negara/negeri tempat yang kita bercuti tu sebagai kenangan.

Comel Fridge Magnet korea ni dengan imej HANBOK (pakaian tradisional korea) dan tulisan I ♥ Korea tu. Memang Fiza suka sangat. Dahlah memang suka Korea kan.


Terus letak kat Fridge Magnet..Dah bertambah koleksi magnet cuti cuti Kat freezer. Ada sesiapa nak tambahkan lagi?

Fridge Magnet blogger Fiza asingkan khas dekat blackboard. Ada yang nak menambah juga ke? hihi..

Thanks kawan hubby yang bagi fridge magnet Korea yang comel tu dan juga pada mereka yang sudi bagi fridge magnet kat Fiza. Misi menambah koleksi Fridge Magnet diteruskan ^__^

Cara Halau Nyamuk dengan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk

Cara halau nyamuk dengan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk iaitu produk anti-nyamuk yang berkesan. Sedia maklum sekarang cuaca tak menentu kejap panas kejap hujan. Dalam musim hujan ni memang banyaklah nyamuk berkeliaran sebab banyak takungan air yang membolehkan nyamuk bertelur dan membiak.

Gigitan Nyamuk sangat bahaya yang boleh menyebabkan malaria dan denggi yang juga boleh membawa maut. Dengan itu kita kena pastikan tiada tangkungan air di sekitar rumah contohnya dalam pasu bunga,bekas bekas di luar rumah dan sebagainya untuk mencegah nyamuk membiak. Jika terdapat takungan air yang menyebabkan pembiakan nyamuk berleluasa pun kita akan dikenakan denda oleh Jabatan Kesihatan.

Perlu sangat kita jaga kesihatan dan kebersihan persekitaran rumah. Orang kata lebih baik mencegah dari mengubati. Salah satu cara mengusir nyamuk dengan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk. Sekarang dah moden so kena gunakan teknologi moden yang ada untuk elak kena gigitan nyamuk .


Bila dah diberi peluang mencuba produk anti-nyamuk yang berkesan ni memang teruja nak melihat keberkesannya. Kalau balik kampung tu memang sentiasalah ada nyamuk tak kira cuaca. Asal waktu petang je mulalah nyamuk terbang bebas terutama kawasan luar rumah.

Kalau Fiza dan husband balik kampung memang akan ke kebun dekat dengan rumah mertua ambil bekalan bahan bahan masakan macam limau nipis, limau kasturi,serai dan macam macam lagilah. Kalau nak ke kebun tu memang malas sangat sebab dah tentu kalau masuk kebun memang kena hurung dengan nyamuk je la. Sambil ambil sambil bertepuk tampar. Sakit kena gigit nyamuk sakit kena tampar..tak pasal² kan. Tapi nak buat camna nak tak nak kena ambil jugalah.

Masa untuk mencuba Bugslock buat eksperimen sikit. Pakai seluar hitam dan baju hitam. Nyamuk memang suka gelap kan. Masuk je kebun memang kena hurung dan kena gigit nyamuk je la. 


Ini yang terperasan, kalau tak memang lagi banyaklah nyamuk kat tangan husband ni.

Nyamuk tak kira perempuan ke lelaki ke tetap dia gigit juga darah manis ke masam ke pahit ke tetap nak gigit. No excuse katanya..boleh?


Tapi tapi tapi..bila pakai Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni terus nyamuk tak berani datang dekat. Fiza cuba pakai lepas nyamuk hurung tu memang takde datang lagi dah. Semua hurung kat husband pulak dah =__='.

Kesian pulak dia kena hurung dengan nyamuk sorang² bawak pulak satu. Lagi satu dalam kereta. Nama pun nak mencuba kan. Cuba jugalah halakan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk  ni kat husband, nyamuk pun berkurang dekat. Maksudnya nyamuk ni memang penakut dengan Bugslock. Memang berkesan menghalau nyamuk dan elak kena gigitan nyamuk! Cumanya kalau pakai sorang satu lagi berkesan. Okay next time masuk kebun memang kena pakai siap² sorang satu.

Boleh juga bagi parents kat kampung pakai kalau nak ke kebun tu. Sebelum pergi kebun pakai dulu 
siap². Mesti takde datang dekat punyalah. Kalau kat bandar pun perlukan Bugslock untuk elak kena gigitan nyamuk terutama yang ada anak kecil tu. Kesianlah bayi kalau kena gigit nyamuk kan. Merah merah kulit nanti dan menangis je la.

Kenapa Bugslock berkesan?

Mempunyai aroma semula jadi 100% citronella oil (serai wangi). Bugslock akan memancarkan aroma yang membuatkan serangga tidak boleh tahan dengan baunya. Bagi Fiza bau serai wangi tu memang best dan bau tu tahan lama melekat. kalau dah bukak gelang pun rasanya nyamuk pun tak berani dekat juga.

Selamat ke?

Ye,selamat digunakan dan boleh juga digunakan oleh semua peringkat umur termasuk bayi kerana diperbuat daripada bahan-bahan bukan toksik iaitu:
  • 100% semulajadi penting termasuk minyak lavender, dan lain-lain (30%)
  • Lengai (70%)
  • Berat Bersih (3g)

Jangka Masa Penggunaan.

Bugslock boleh digunakan untuk masa terkumpul sehingga 240 jam, bukan 10 hari. Contohnya jika anda menggunakannya selama 10 jam, selepas 1 bulan, ia masih mempunyai baki 230 jam. Lepas guna boleh simpan semula dalam pek asal sebab zip lock. Baguskan? 

Cara pemakaian.

Bugslock gelang penghalau nyamuk ni boleh laraskan size dan sangat flexibel. Mudah dipakai dan ditanggalkan. Tempat yang boleh dipakai :

  • pergelangan kaki (dicadangkan untuk bayi)
  • pergelangan tangan
  • kerusi bayi
Bugslock adalah produk yang kreatif dan dalam bentuk gelang yang menghalang nyamuk dari menghampiri dengan memakai di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, Rekabentuknya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana dan boleh digunakan pada bila-bila masa seperti berkebun, makan angin, melakukan aktiviti luar untuk ibu bapa dengan anak-anak, melalukan aktiviti sukan luar (outdoor) seperti memancing, mendaki, perkhemahan, melakukan aktiviti luar yang tidak melibatkan air dan lain lain.

Fiza suka dengan bau serai yang wangi dan jenis material gelang yang lembut. Selamat, berkesan dan mesra kulit. Bagus sangat ada bugslock ni boleh elak kena gigitan nyamuk dengan berkesan. Bagi yang mencari penyelesaian masalah menghalau nyamuk ni boleh cuba Bugslock produk anti-nyamuk yang berkesan ni. Memang tak suka dengar nyamuk bising kat telinga. Lagi lagi kalau nak tidur tu. Sangat terganggu. 

PASTIKAN BELI YANG ORIGINAL
Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk yang ORIGINAL dari Korea
boleh dibeli secara online di :- 





Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Permohonan Dan Kemaskini BR1M 4.0 2015

Monday, December 01, 2014
Permohonan Dan Kemaskini BR1M 4.0 2015 boleh dibuat mulai hari ni 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014. Permohonan baru merujuk kepada pemohon yang pertama kali memohon dan juga kepada pemohon yang tidak layak untuk BR1M 1.0,2.0 dan 3.0. 

Bagi penerima BR1M yang layak sebelum ini perlu mengemas kini maklumat peribadi seperti alamat,maklumat anggota keluarga dan akaun bank jika ada sebarang perubahan daripada permohonan dahulu.

Antara perubahan yang ingin dibuat

1. Memberikan maklumat akaun bank jika sebelum ini tidak disertakan
2. Tukar Alamat
3. Maklumat Pasangan Atau Tanggungan

Untuk  Penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas, perlu mengemukakan maklumat waris bagi tujuan pembayaran Skim Khairat Kematian.

Permohonan baru dan Kemaskini maklumat mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember secara online melalui Portal Rasmi BR1M LHDNM :  https://ebr1m.hasil.gov.my 

Ataupun secara manual dengan menggunakan borang yang boleh didapati di :
  1. Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  2. Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  3. Jabatan Pembangunan Persekutuan
  4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
  5. Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  6. Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
Penting untuk Penerima BR1M untuk membuat kemas kini bagi memastikan wang bantuan BR1M dapat disalurkan kepada penerima mulai tarikh pembayaran seperti yang dinyatakan dengan tepat dan mudah berdasarkan maklumat terkini

Seperti yang terkandung dalam bajet 2015.Wang BR1M telah akan dinaikkan mengikut kategori.


Syarat Layak Terima BR1M 4.0 RM950

1. Status Warganegara Malaysia
Kriteria Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya

2. Berkahwin
Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan

3. Warga emas (sebatang kara)berumur 60 tahun keatas
Pendapatan Kasar Bulanan RM3000 dan kebawah (termasuk dengan warga emas)
Cara Pembayaran Diterima Dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu


Pengagihan

RM300 : 28 Januari dan 28 Mei
RM350 : 28 SeptemberLayak menerima Skim Khairat Kematian yang memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000, berkuat kuasa selama setahun


Syarat Layak Terima BR1M 4.0 RM750

1.Status Warganegara Malaysia
Kriteria Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya

1. Berkahwin
Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan

2. Warga emas (sebatang kara)berumur 60 tahun keatas
Pendapatan Kasar Bulanan RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk dengan warga emas)
Cara Pembayaran Diterima Dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu


Pengagihan

RM200 : 28 Januari dan 28 Mei
RM350 : 28 SeptemberLayak menerima Skim Khairat Kematian yang memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000, berkuat kuasa selama setahun


Maklumat Skim Khairat Kematian

Skim Khairat Kematian akan diberi kepada waris penerima BR1M kategori isi rumah dan warga emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2015 sehingga 31 Disember 2015. Maklumat waris perlu didaftarkan secara online atau manual (melalui borang)
Hubungan waris dengan pemohon BR1M adalah terhad kepada suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak sahaja

Syarat Layak Terima BR1M 4.0 RM350
1. Status Warganegara Malaysia
2. Kriteria Individu (Bujang)
3. Berumur 21 tahun ke atas
4. Pendapatan Kasar Bulanan RM2,000 Kebawah

Pengagihan
Cara Pembayaran Diterima Dibayar sekali gus mulai 28 Januari 2015 Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250 (BB1M)

Pemohon baru dan penerima BR1M sebelum ini yang tidak memiliki akaun bank dinasihatkan membuka akaun di cawangan bank berhampiran supaya penerima BR1M yang memiliki akaun bank tidak lagi perlu beratur panjang menerima bantuan kewangan itu kerana wang akan disalurkan terus ke akaun bank penerima mengikut peringkat pembayaran serta mempercepatkan penyaluran bantuan kepada penerima di masa depan

Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke br1m@treasury.gov.my

Senarai Nama Bank Yang Diterima Bagi Tujuan Pembayaran BR1M

  1. Affin Bank Berhad
  2. Agro Bank
  3. Alliance Bank Malaysia Berhad
  4. Am Bank Berhad
  5. Al Rajhi Bank
  6. Bank Islam Malaysia Berhad
  7. Bank Rakyat
  8. Bank Muamalat Malaysia Berhad
  9. Bank Simpanan Nasional
  10. Cimb Bank Berhad
  11. Citibank Berhad
  12. Hong Leong Bank
  13. Maybank
  14. OCBC Bank
  15. Public Bank Berhad
  16. RHB Bank Berhad
  17. Standard Chartered Bank Malaysia BHD
Perlu di ingatkan : Jenis akaun yang dibenarkan adalah akaun simpanan bank atas nama pemohon BR1M sahaja. Akaun pinjaman, akaun bersama dan akaun syarikat adalah tidak dibenarkan
Sumber maklumat dari MySumber

Auto Post Signature

Auto Post  Signature