Selepas beberapa hari anak buah dan kakak ipar balik umrah, anak buah bagi buah tangan pada encik suami. Sempat pula ye mereka berdua berjumpa. Sempat pula tu lunch bersama.
Alang-alang anak buah site visit berdekatan tempat kerja encik suami. Itu yang menyempat tu. Tahu-tahu dapat whatsapp dari mereka lunch together gether. Tahu-tahu juga ada rezeki kita dari tanah suci, dapat sejadah dan jubah untuk encik suami.
Kita jarang kirim-kirim ni kalau orang buat umrah ke haji ke. Sekadar kirim doa dan duit je buat tambah-tambah.
Seronok dapat hadiah sejadah gebu made in Turkiye dan bau tu MashaAllah, harum betul bau-bau negara Arab! Walaupun belum pernah jejak. Hihi...Jubah pula ngam encik suami pakai. Alhamdulillah...
Semoga terus dilimpahi rezeki mereka yang memberi dan Allah membalas dengan segala kebaikan doakan untuk kami berdua disana. Semoga Allah makbulkan segala doa-doa kami. Aamiin...
Semoga terus dilimpahi rezeki mereka yang memberi dan Allah membalas dengan segala kebaikan doakan untuk kami berdua disana. Semoga Allah makbulkan segala doa-doa kami. Aamiin...