Bermulalah Perjalanan Dengan Pendakap Gigi (Braces)

Esoknya selepas majlis kahwin adik ipar, saya ada appointment doktor gigi di Klinik Pergigian Medissa Senawang untuk pasang pendakap gigi (braces). 

Mujur lah appointment selepas majlis. Kalau tidak, kena berpantang tak boleh makan macam-macam terutamanya daging! Dahlah masa kenduri lauk daging gulai sedap. 

Bermulah Perjalanan Dengan Pendakap Gigi (Braces)

Saya pilih Klinik Pergigian Medissa ni sebab sebelum ni pernah buat rawatan veneer di sini. Service bagus dan doktor pun buat kerja tak kasar. Yang paling penting, kurang sakit! Plus, klinik ni besar banyak kelengkapannya. Medissa ni pun banyak cawangannya.

Braces Journey

  • 27 April 2024
Datang ke klinik, jumpa doktor gigi dan consult. Lepas tu buat x-ray gigi tengok keadaan gigi. Ada sebatang gigi yang perlu ditampal. 
Harga consult dan x-ray : RM180

  • 4 Mei 2024
Buat rawatan tampalan gigi yang perlu ditampal. Daripada results x-ray, saya boleh pakai braces. Tapi dari x-ray tu doktor suspek macam ada lebihan gigi ke akar entah yang tak habis dicabut. Kurang jelas nampak dalam x-ray. Jadi next appointment kena cabut dan scan acuan. Belum boleh terus pakai braces lagi katanya. Okay, faham.
Harga tampalan gigi : RM100

  • 6 Mei 2024
Doktor tengok dari mata kasar macam tak ada lebih gigi dalam gusi tu. Lepas tu buat scan acuan gigi. Untuk confirmation, doktor suruh buat x-ray lagi. Dan bila jelas tak ada gigi tu, jadi boleh terus pakai braces hari tu. 

Harga untuk scan acuan : RM799 yang juga merupakan deposit untuk buat braces. Ada banyak pakej sebenarnya. Boleh pilih ikut bajet masing-masing. Untuk pakej yang ni, bulanan bayar RM100 lebih setiap kali appointment doktor.

Kira-kira anggaran kos dia lebih kurang RM4500 tak termasuk x-raya serta rawatan lain seperti tampal dan cabutan. Harapnya pakai 2-3 tahun je lah.

Bermulalah perjalanan hidup saya dengan pendakap gigi (braces). Saya pakai conversational braces yang pakai getah berwarna tu. Jenis moden tanpa getah tu harga dia keras sikit. Untuk bulan pertama ni saya pilih warna maroon.

Bermulah Perjalanan Dengan Pendakap Gigi (Braces)
selepas pakai braces, gambar sebelum lupa ambil

Gambar kena letak saiz kecil, insecure pula muka tanpa secalit foundation, bedak dan lipstik. Jumpa doktor haruslah tak pakai lipstik dan foundation. Risau pulak nanti melekat pada sarung tangan doktor nanti. Pakai pelembap je sudah.

Warna maroon yang agak popular sebab lambat bertukar warna katanya. Gigi pun nampak lebih putih dan sesuailah untuk perempuan kan. Appointment next month, kita tukar warna lain lah pula. Grey? hitam? teal? lavender? Nantikan...

Semasa pasang braces tak sakit pun. Cuma alat yang membuka mulut tu menyakitkan sikit. Proses pemakaian braces dekat 1 jam jugalah. Selepas pakai braces tu adalah rasa sakit sikit-sikit. Gusi macam berdenyut-denyut sikit. Tak boleh makan dan minum selama 2 jam.

Saya siap-siap beli bubur buat bekalan. Doktor tak bagi makan makanan keras selama 2 minggu. Matilanakkkk....auto kurus macam ni.

Syukurlah saya tak mengalami sakit yang melampau sampai pening kepala atau tak boleh tidur menahan sakit. Lain orang lain level kesakitan dia. Nak gigit tu memang ada rasa sakit. 

Memang terpaksa makan bubur je lah cerita dia. Selain bubur, boleh makan macaroni sebab lembut. Tak boleh mengunyah sangat. Makan bubur pun terus telan je.

Gigi saya sebenarnya dah senget bahagian tepi atas bawah sebab ada cabutan gigi yang tak digantikan dengan gigi palsu. Dari depan memang nampak elok je tersusun. Jadi bila ada gap tu dalam tempoh yang lama, gigi tu bergerak jadi senget. Nak mengunyah pun payah kadang.

Jadi, sebelum struktur gusi bertambah teruk. Baiklah kita tegakkan semula gigi dan buat gigi palsu lepas tu untuk mana yang dah cabut tu. Mujur juga cepat prosesnya dan tak banyak masalah gigi.

Klinik Medissa juga berikan kelengkapan untuk pembersihan gigi dan braces beserta ubat titis ulser. Kena tambah RM10. Boleh titis jika terjadi ulser. Mujurlah juga saya tak kena ulser. Harap tak berlaku lah. Nanti bertambah sakit pulak kan.

Bermulah Perjalanan Dengan Pendakap Gigi (Braces)
pamplet, floss, wax, mini brush, tooth brush, cermin, travel brush, hourglass tu accesories je

Saya juga beli portable water flosser untuk tambah kelengkapan yang ada. Lagi mudah guna water floss berbanding benang tu kan. Beli di Guardian, RM63 selepas diskaun ada sale.

Sekarang, nak bersihkan gigi ambil masa yang lama sikit daripada biasa. Tak boleh gosok gigi kuat-kuat, kena perlahan. Risau nanti tercabut bracket. Dah pakai braces ni kenalah jaga kebersihan gigi dengan lebih baik. Floss tu wajib! bukan hanya gosok gigi je.

Bermulah Perjalanan Dengan Pendakap Gigi (Braces)

So far sampai harini, okay je. Nak gigit tu je lah rasa sakit. Bertahan lah kita makan bubur je untuk 2 minggu ni. Bubur dengan sup ayam. Nak tambah bawang goreng ke ikan bilis goreng ke kena kisar halus baru boleh telan sebab tak payah mengunyah.

Berapa lama kena pakai tu bergantung pada keadaan gigi. Harapnya cepatlah progress pembaikkan dia. Appointment next month kita tengok macamana. Nak gigi sihat elok semula dan cantik, hadaplah kita dengan kesakitan sikit. Bak kata pepatah "Beauty Is Pain". 

Hilang kejap nikmat makan. Rindulah nak makan ulam-ulaman rangup tu. Ayam, daging memang tolak tepi dah. Sekarang officially bergigi besi. 

Sebelum bercita-cita nak pakai braces, pastikan dah kuat dari segi mental sebab akan rasa sakit. Sakit banyak atau sikit bergantung pada pain tolerance masing-masing. Bersedia dengan segala pantang larang tak boleh makan itu ini. 

Setiap klinik harga dia berbeza. Jika rajin, boleh survey. Ada yang deposit rendah, tapi bulanan tinggi. Ada yang deposit tinggi dan bulanan rendah. Ikut bajet masing-masing. Tapi pastikan klinik tu dekat dengan rumah sebab kita perlukan komitmen untuk pergi appointment di klinik tu setiap bulan.


41 comments:

  1. adoi kita fobia nya nak jumpa dr gigi hahaha... alamak rasa ni pun dah sethn nak cuci gigi ni... nmpk gaya kena gi juga jumpa dr gigi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun seram jugak tapi berani kan diri jugaklah. Nampak gaya kena scaling dah tu, dah lebih 6 bulan.

      Delete
  2. Selamat memakai braces.....dulu time saya...nak pakai braces agak mahal dalam RM5000, sekarang ni bila banyak jenis braces jadi harganya berpatutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini baru deposit. Bayar bulan bulan nanti, kira total lebih kurang begitulah harga dia sebab kita buat installment.

      Delete
    2. Ohhhh masih sama rupanya.....ok la sebab boleh buat bayar installment....

      Delete
    3. Ya, lebih kurang begitulah harga dia.

      Delete
  3. Berapa lamalah braces tu melekat kat gigi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada progress dia. Kalau cepat, cepatlah buka nanti. Biasanya 2-3 tahun macam tu.

      Delete
  4. Selalu dengar juga pengalaman orang lain pakai pendakap gigi. Nak makan pun bukan semua benda boleh dikunyah. Penjagaan gigi pula lebih special berbanding sebelum memakainya. Selamat berbraces Fizah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kena makan yang lembut-lembut je. Yang keras memang dilarang keras untuk makan. Penjagaan gigi pun kena extra care. Terima kasih Kak Amie.

      Delete
  5. Bersusah dahulu, lepas ni bersenang dengan gigi cantik 😃
    Eloklah Fiza usaha buat awal, jangan jadi macam akak dah terlambat sebab gusi dah tak kukuh memegang gigi, tak sesuai buat braces.

    Macam nak beli jugaklah water flosser tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni dah kira lambat jugak lah ni kak. Dah senget giginya baru nak pasang. huhu...Silakan beli kak, memang best. Habis celah celah gigi bersih.

      Delete
  6. x pe fiza kejap je tu
    tau2 nanti dah sampai masa utk buka
    berkorban utk gigi cantik kannn

    teringat cousin dulu beria nak pakai braces katanya nak kurus
    tp sy tgk bkn makin kurus
    makin bertambah ada laa
    dia ckp lps pakai braces ni selera makan bertambah2
    hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti dah rindu pulak waktu berbraces kan. hihi...
      Alamak! jadi macam tu pulak ye. Makan berselera pulak dia. hihi...Sabo je lah. Misi kurus tak tercapai nampaknya tu.

      Delete
    2. ya betul
      dia pakai ms tu, form 5
      dia mmg dah chubby
      lps pakai sy tgk makin chubby
      ni salah braces ke?
      hahaha

      Delete
  7. semoga dipermudahkan urusan Fiza...

    ReplyDelete
  8. Saya lama dah tak jumpa doktor gigi. Scaling gigi je.

    ReplyDelete
  9. banyak juga ya peraturan yang kene ikut.. semoga berjaya dapatkan gigi cantik..

    ReplyDelete
  10. Berpatutan juga harga dia. Akak ingat, pakai braces beribu-ribu, sebab kakak tengah kepada akak pernah pakai dulu. Fiza cakap, barulah akak tahu ada alat bernama portable water flosser. Floss gigi benang tu, akak tahu ler. Akak fobia nak ke dentist, sejak last sekali cabut gigi geraham bongsu, almost 1K melayang. Semoga gigi Fizah semakin cantik dan tersusun selepas ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga tu baru deposit dan rawatan sebelum pasang braces. Kira-kira 4-5k juga untuk 2-3 tahun. Memang beribulah jadi harga dia. Water floss tu macam mudah lagi kalau nak cepat. Tapi tetap juga kena ada benang tu ha. Siapa je tak fobia untuk ke dentist, seram tu tak pernah hilang. huhu..uishh mahal jugak tu cabut gigi geraham bongsu sebatang.
      Aamiin...Terima kasih Kak Nur.

      Delete
  11. Ingstkan Fiza ada gigi tidak teratur rupanya sebab ada gigi yang dicabut tidak diganti.
    Senanglah ya gigi dah takde terus pakai pendakap gjgi.
    Tq cerita pengalaman. Pengetahuan baru untuk akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigi teratur cuma tulah tak ganti gigi cabut tu jadi senget pulak dah. Ruang gigi kosong tu nanti akan dirapatkan.
      sama² kak.

      Delete
  12. remaja2 banyak je yg nak pakai braces ni... trend katanya

    ReplyDelete
  13. Semoga hasilnya baik nanti, insyaallah!

    ReplyDelete
  14. Welcome to the club kakaaaak 😄.

    Saya masih menggigil kalo ingat masa2 pakai behel (kawat gigi/ braces).

    Saya pakai saat msh kelas 3 SD (elementary school). Tapi duluuu masih model yg lepas pasang kak. Bukan permanent macam tuh. Gigi saya jelek sangat susunannya. Ada yg maju, ada yg saling tindih, ada pula yg jarang. Jadi sebelum pakai braces permanent, harus dirapihin dulu

    Gigi yg tindih di cabut salah satu, dan ada beberapa pula.

    Kelas 5 SD, saya baru pakai yg permanent. Saat pasang memang tak sakit, tapi lepas tuh ampuuun lah, bagi anak kecil pastilah sakiiit sangat. Tersentuh dengan sendok saja macam nak nangis 🤣🤣

    2 Minggu baru fine utk makan keras.

    Tapi saat waktunya dikencangkan lagi, kembali sakit kan.

    Saya pakai permanent braces dari kelas 5 SD, sampai 1 SMU (high school). Lamaaa sangat Krn memang harus benar2 rapi. Skr ini, barulah bisa senyum lebar 🤣.

    Makanya saya agak trauma ke dentist. Masih terbayang zaman2 pakai braces dulu. Apalagi saya 1-1 nya di sekolah yg pakai. Krn zaman dulu tak hype barang ini 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh..baru tahu Fanny pernah ber braces juga. Terima kasih. Officially join the club. hihi...

      Jenis clear aligner ke? Kalau jenis gigi begitu, memang banyak gigi yang perlu dicabut. Lama juga Fanny kena pakai braces untuk kedua dua jenis tu. Ye betul, kalau kena sudu masa menyuap, auto rasa sakit. Sabar je lah.

      Belum masuk 2 minggu lagi ni. Perlu berpantang lagi. Jadinya kena tahan sakit lagi lah ye untuk ketatkan kawat bulan depan. huhu...

      Sekarang makin hype dan dah banyak pilihan jenis braces. Mesti dulu jadi tumpuan kan sebab satu-satunya pemakai braces di sekolah.

      Delete
  15. gigi lady x cantik, sehingga sentum pun kdg2 teragak2 .. nampak fake gitu sebab dengan senyuman terasa diri huduh.. hihiu.. nk try juga, dah lama nak try dari zaman sekolah lgi tetapi ldy takut dengan doktor gigi.. rasa ngilu.. bila x tahan sangat baru ke klinik gigi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumpa doktor gigi ni memang seram lain macam kan. Ngilu tu takleh bawa bincang. lagi lagi bunyi mesin dia tu. Kita ni acah² pemberani je, takut tu tetap ada. Demi gigi lebih baik, kita redahkan juga.

      Delete
  16. dari kecik lagi gigi saya tak beberapa nk sama.. tapi takut nk pasang braces.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut tu memang tak dapat dibendung. Kita buat buat berani je lah ni. hihi...

      Delete
  17. CCL yang baca ni terus rasa ngilu pada gigi . Betul sakit tu depends pada diri masing-masing juga . Ada yg cakap sakit sampai nak makan pun tak boleh . Ada yg cakap sakit tahap biasa-,biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngilu tu ada lah juga. Betui! Depends pada toleransi sakit masing². Alhamdulillah so far saya tak mengalami sakit yang teruk. Sakit yang masih senang nak bincang.

      Delete
  18. Bab2 gigi rasa ngilu je kena buka mulut besar2 lama2 sampai cramp jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe kak. Belum jumpa doktor lagi dah rasa seram dan terbayangkan ngilu tu kan. Cramp tu pernah merasainya.

      Delete
  19. Teringat zaman2 pakai braces dulu. Memang 3 hari makan bubur saja takleh ngunyah langsung huhu. Sekarang anak sy pun on the way dalam proses nak pakai braces cuma kami buat di klinik kerajaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, nak mengunyah tu payah sikit awal-awal. Sekarang ok dah.
      Bagus tu buat awal di klinik kerajaan sebab dia ada had umur kan, kalau tak silap saya tak lebih dari 18 tahun. Jimat sikit.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.