Responsive Ad Slot

Slider

7 Warna Cat Dalam Rumah Dan Bilik Mempengaruhi Mood

7 warna cat dalam rumah dan bilik mempengaruhi mood cara pilih warna cat dinding rumah warna cat bilik yang sesuai warna cat bilik yang sejuk
Warna memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Apalah hidup kita tanpa warna hanya hitam putih warna kehidupan. Bayangkan tengok tengok hitam putih macam cerita P.Ramlee tu, mesti kurang seronok tengok kan. 

Warna sebenarnya memberikan kesan pada kehidupan kita dan setiap warna tu ada auranya tersendiri. Sama jugalah dengan warna cat dalam rumah yang mampu mengubah suasana dan ruang dalam rumah. Nak cat rumah warna apa ye? 

Selalu kita akan rasa macam buntu nak memilih warna tema atau warna cat apa yang sesuai dengan rumah kita. Nak ikut warna kegemaran kita atau nak ikut aura mood warna tu sendiri atau ikut warna cat rumah orang. 

Kadangkala kita nampak cantik cat rumah orang tapi bila cat rumah kita dengan warna yang sama, jadi tak berapa cantik. Sebenarnya nak mengecat ni kena fikirkan faktor saiz ruang, cahaya, persekitaran, suasana dan lain-lain lagi. 

Kita ni nampak warna lawa terus macam nak cat warna tu jugak. Betul tak? Saya pun macam tu, main pilih ikut warna yang suka je. Padahal pemilihan warna akan memberikan kesan pada mood juga.

7 Warna Cat Dalam Rumah Dan Bilik Mempengaruhi Mood

Bila masa kita akan cat rumah? Kita akan cat rumah bila masuk rumah baru. Ikut standard rumah baru yang dah siap, cat dinding berwarna putih. 

Jadi mudahlah pemilik rumah nak cat dan menentukan warna tema dinding rumah mereka sebelum menetap di rumah baru. Selain tu, bila tiba musim raya mesti kita akan buat persiapan mengecat rumah nak bagi nampak cantik. 

Bukan kita je nak baju raya baru, rumah pun nak cat baru juga. Tapi bukan setiap tahun lah cat rumah. Selagi mana catnya elok, selagi tu lah tak tukar warna catnya. 

Melainkan memang saja nak tukar baru dan ada bajet lebih boleh lah tukar warna cat setiap tahun. Ikut bajet masing-masing, jangan ikut bajet orang.

7 Warna Cat Dalam Rumah Dan Bilik Mempengaruhi Mood

1. BIRU

Warna biru melambangkan ketenangan macam kita melihat awan biru. Rasa mood tenang je. Betul tak? Warna biru merupakan warna sejuk yang membantu seseorang untuk tidur lebih lena. Dalam masa yang sama mengurangkan tekanan darah dan degupan jantung supaya lebih berada di dalam keadaan rehat . 

Warna biru memberikan inspirasi kepada seseorang untuk jadi lebih produktif dan juga kreatif. Sangat sesuai untuk digunakan di ruang kerja atau dalam pejabat.

2. HIJAU

Untuk pencinta alam semulajadi memang suka dengan warna hijau. Saya suka semulajadi tapi kurang suka benda yang bewarna hijau kecuali pokok-pokok lah. Warna hijau dapat mencipta ruang yang tenang serta mengurangkan stress. 

Sangat sesuai untuk digunakan sebagai warna dinding di dalam ruang bilik tidur untuk suasana yang lebih menenangkan yang boleh memberikan kesan yang lebih baik pada kesihatan.

3. MERAH JAMBU

Okay, merah jambu warna kegemaran saya sepanjang zaman. Merah jambu sinonim dengan perempuan lah kan. Secara psikologinya, warna merah jambu memberikan rasa kasih sayang dan tenang macam warna biru dan hijau. Jangan tak percaya, warna merah jambu juga dapat meredakan rasa marah.

4. KUNING

Jarang sekali seseorang memilih warna kuning untuk warna cat dinding rumah mereka. Kenapa ya? Warna kuning bukan pilihan ramai mungkin kerana tak ramai yang berani untuk memilih warna yang terlalu terang. 

Tapi warna terang ni sebenarnya dapat membangkitkan mood ceria dan aktif. Warna kuning yang terang ni juga dapat memberikan pencahayaan yang baik dalam sesebuah ruang. Sangat sesuai untuk bilik tidur anak-anak atau ruang dapur untuk mood yang ceria.

5. UNGU

Warna ungu pula melambangkan kemewahan dan dikaitkan dengan warna diraja. Penggunaan warna ungu gelap akan memberikan mood romantik dan citarasa yang lebih tinggi dalam berkarya. Sesuai digunakan untuk ruang tamu, dapur dan juga pejabat. Manakala ungu lembut lebih mendamaikan dan membantu seseorang menjadi lebih tenang ibarat aura lavender.

6. MERAH

Cat dinding merah? Warna merah juga antara warna bukan pilihan ramai sebab warna merah tersangatlah terang. Warna merah ni melambangkan semangat dan menonjolkan suasana yang lebih romantis. 

Tapi tidak sesuai untuk ruang bilik tidur kerana dapat membuatkan rasa tidak tenteram dan cemas disebabkan warna merah ni dapat meningkatkan adrenaline pada tahap yang paling tinggi. Lebih sesuai untuk ruang makan sebab boleh membangkitkan selera makan.

7. KELABU/WARNA NEUTRAL

Ramai yang meminati warna kelabu yang dikatakan warna yang dianggap paling selamat dan fleksibel dipilih sebab ia mudah dipadankan dengan warna lain. Warna yang nampak lebih moden dan sedap mata memandang. 

Boleh disesuaikan untuk kesemua jenis ruang  dalaman rumah. Jadi, kau orang boleh pilih warna kelabu je kalau dah habis fikir tak tahu nak memilih warna apa.

WARNA GELAP

Saya salah seorang yang suka warna bilik tidur gelap dan pilih warna navy blue. Walaupun suram tapi ruang bilik nampak lebih dramatik dan membantu untuk tidur lebih lena dalam suasana yang gelap. 

Tapi yang tak bestnya, kurang pengcahayaan dan membuatkan ruang tu kurang tenaga. Mungkin akan rasa nak tidur je bila masuk bilik. 

Apapun pilihan warna, perlu juga hadkan penggunaan warna tidak berlebih-lebih supaya sesuai dengan ruang dan perabot. Nanti terlebih-lebih warna macam tadika pulak kan. Pilihlah warna yang sesuai dengan ruang dan boleh memberikan mood yang baik. 

Penting memilih warna cat rumah ni sebenarnya untuk menikmati suasana yang bahagia, tenang dan selesa setiap hari.

credit image : google
49
( Hide )
  1. cci br je lepas cat umah... thn ni 2 kali cat... sbb ape.. cat memula.. dia naik kulapok.. hbs sume dinding umah.. da kene bli cat lain.. =_="

    ReplyDelete
  2. warna merah untuk meningkatkan selera makan? uih bahaya utk saya :D

    ReplyDelete
  3. Tak tukar pun.. Just tukar cat pintu & frame tingkap je.. Dalam rumah dah tukar masa pindah sini ari tu.. =)

    ReplyDelete
  4. tahun ni tak tukar cat.. anak kecik2 susah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, nanti² boleh refer semula kalau nak cat baru :)

      Delete
  5. pakai cat mahal ckit...thn lama x perlu tukar2..heee

    ReplyDelete
  6. tahun ni xkot sbb tahun lepas dah cat umah heheeee :)

    ReplyDelete
  7. xleh suka2 nak tukar cat umh sbb ni umh sewa bukan umh sendiri...hoho

    kalau umh sendiri dh lama jadi colourful umh ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah kan. kalau rumah sewa tak boleh buat apa. marah tuan rumah nanti tukar cat

      Delete
  8. ce try cat warna merah dgn warna jambu.. :D hehee jambu ade mcm2 kaler.. bukan merah jambu je :P

    ReplyDelete
  9. tgk entri cat2 rumah,, wah, ade inspirasi lorh kt sini, he heee~ this year, 2015, cmne?

    ReplyDelete
  10. Hijau dan kelabu terang lebih cntik rasanya

    ReplyDelete
  11. Bilik Dina warna pink. Mama Dina berkenan betul dengan warna merah jambu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama! tapi bilik kat kampung lah warna pink. bilik rumah sendiri pilih warna gelap navy blue :)

      Delete
  12. dalam bilik tidur sy prefer yang gelap.. nak tidoooo hahahak..
    purple gelap ke biru gelap ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah sebab tu skang cat bilik tidur warna gelap..navy blue.

      Delete
  13. Warna pun mainkan peranan penting rupanya :) Bolehlah nanti nak cat bilik opis sikit kasi semangat hihihi. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  14. rumah kita warna pink..sweet je rasa hahah

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. soft colour nampak lebih ceria dan terang gitu kan.

      Delete
  16. wah kena ada ilmu ni utk control mood kat rumah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak..mempengaruhi mood juga macam pemilihan warna pakaian jugalah :)

      Delete
  17. Saya pernah ngecat kamar dengan 2 warna, merah dan merah jambu, memang kurang baik sih warna merah di kamar, jadinya gelap dan nyamuk jadi suka berkumpul di situ hihihi.

    Kalau saya lebih suka warna merah jambu tentu saja.
    i am big fans of merah jambu hahaha.

    Meskipun juga suka sama warna lainnya, tapi biasanya lebih suka yang cerah, seperti merah jambu, kuning, hijau muda, biru muda, ungu muda, pokoknya yang nggak gelap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. me too! loves pink more. cerah buatkan mood lebih ceria

      Delete
  18. Bilik kaler oren.. share ngn adik.. sebab x semua nak kaler pink.. i love pinkkk. hehee

    ReplyDelete
  19. Minat sangat dengan hitam putih tapi nenek saya asyik cakap warna hitam tak baik untuk rumah. Ermmm...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu