Ikan Bilis Paling Sedap dan Rangup

Ikan bilis, antara barang asas dapur yang wajib ada. Tak ada ikan bilis macam serba tak lengkap sebab banyak menu masakan harian menggunakan ikan bilis. Lainlah kalau hari hari menu bakar je, memang tak guna ikan bilis lah kan. Ikan bilis pula ada bermacam-macam jenis dan yang Fiza tahu ikan bilis mata biru antara ikan bilis yang paling popular. Tapi ikan bilis mata biru agak mahal dan susah nak jumpa juga kan?

Pemilihan ikan bilis juga bergantung pada citarasa dan kena ikut bajet masing-masing. Ya, tak semua orang mampu beli ikan bilis mahal. Cukup sekadar ada ikan bilis pun dah okay. Kalau Fiza, mudah je. Ada ikan bilis yang Fiza suka dan elok, terus beli. Kalau mahal, beli sekadar termampu lah ikut bajet berapa yang ada. Janji dapat ikan bilis pilihan.


1. BETUL-BETUL KERING

Nak membeli ikan bilis tu kena pastikan ikan bilis tu betul betul kering dan tidak lembap ye. Sebab ikan bilis yang tidak kering betul dia akan mudah berkulat dan tidak tahan lama kalau simpan dalam bekas bertutup. Kejap je dah ada kulat-kulat putih dan berbau. Pernah terjadi kes macam ni sebab silap beli ikan bilis.

2. IKAN BILIS SAIZ SEDERHANA

Keduanya Fiza suka ikan bilis yang sederhana besar saiznya dan warnanya lebih cerah. (baca: lebih putih). Sebab Fiza rasa saiz yang sederhana ni sesuai untuk pelbagai jenis masakan. Ikan bilis ni jenis nipis. Bila digoreng sangat rangup dan tidak liat. Sesuai sangat goreng untuk buat nasi lemak atau sambal goreng ikan bilis.

Kalau beli jenis besar tu dan tidak betul kering, bila goreng di akan rasa liat dan kurang sedap. Tapi ada sesetengah suka ikan bilis macam tu. Macam Fiza cakaplah, ikut pilihan masing-masing. Fiza suka jenis ikan bilis yang macam Fiza terangkan kat atas tu. Tapi tak tahu nama jenis ikan bilis tu. Kalau nampak jenis ni memang tak cari lain dah.

Ikutkan , lebih suka beli yang dah siap dibersihkan sebab lebih senang terus simpan dalam bekas je lepas beli. Tapi yang dah bersih tak ada ikan bilis jenis ni. Terpaksalah beli yang belum dibersihkan. Nak tak nak kenalah ambil masa bersihkan perut ikan bilis ni sebelum simpan. Fiza simpan ikan bilis dalam bekas kedap udara dan letak dalam peti ais untuk lebih tahan lama.

Ikan bilis pun dah mahal sekarang. Kalau dulu orang kata tak ada duit makan ikan bilis pun jadilah. Tapi sekarang tak boleh dah pakai ayat tu sebab ikan bilis ni dah bukan dalam kategori makanan rakyat marhaen dah. Ikan bilis dah naik taraf antara barangan dapur yang mahal. Sedih!

32 comments:

  1. Antara barangan keperluan dapur yang wajib ada.
    Goreng dengn cili dan bawang aje pun sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul wak. Macam menu yang pernah saya kongsikan sebelum ni :)

      Delete
  2. Sebab tu sebulan sekali memang pergi beli ikan bilis gred baik punya kat pekan Kuala Pilah tu...akak memang beli yang mahal sikit asalkan kualiti terbaik..setuju harga ikan bilis dah sama harga ngan ikan segar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kuala pilah tu belum sempat cari lagi kak. yang berkualiti semestinya pilihan utama :)

      Delete
  3. ikan bilis skrg mahal. kdg beli sikit pun dah berapa ringgit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpe. Harga dah tak releven dengan harga dulu kan

      Delete
  4. btul tu..ikan bilis pn mahal..tk suka yg kecik sgt ngan yg besar sgt..suka yg sederhana

    ReplyDelete
  5. setuju ! ikan bilis pun dah mahal sekarang . kalau pilih yang mahal tu , ambil baru segenggam dah nak dekat RM10 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan..tengok jenis ikan bilis. yang mahal tu memang tak dinafikan ambil sikit je dah mahal

      Delete
  6. ikan bilis ni part nasi lemak memang win ikan bilis rangup, sedap sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling suka dapat ikan bilis rangup dalam nasi lemak

      Delete
  7. akak suke beli jenis gini jugak, dan bilis memang simpan dalam peti biar tahan lama...

    ReplyDelete
  8. Memamg harga bilis mahal. Tambah-tambah ikan bilis tempatan. Kalau yang import tu memang out kualiti dia. Setakat ni pada Oked yang cantik dan terbaik ikan bilis mata biru dengan ikan bilis sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan bilis mata biru susah nak cari. kena cari alternatif lain pilih ikan bilis paling okay :)

      Delete
  9. Tulah ikan bilis gred baik ni amik seciput je harga tak memadan.
    Mrs. A kalau buat nasi goreng suka buat perencah tumbuk ikan bilis sendiri lagi sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. rencah nasi goreng kalau ditumbuk lagi sedap rasa masakan tu.

      Delete
  10. betul tu... ikan bilis sekarang dah mahal. kalau ada kawan ke Lumut mmg biasa ammi kirim beli sekilo je terus sbb rasa murah compared to beli by gram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang beli sekilo terus. Ada kemudahan boleh kirim okaylah tu ammi. senang tak perlu fikir nak beli kat mana dah

      Delete
  11. sedapnya ikan bilik kalau rangup kan. nak makan tu bunyik kruk krak. kalau yang basah sangat tu nanti makan rasa tak best. macam liat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye nanie. Paling tak suka yang liat tu. potong selera nak makan..huhu

      Delete
  12. apa jenis pun ikan bilis mmg sy suka...even utk perencah masakan pun sy gn ikan bilis...mama ckp masakan kita jd lbh pekat berbanding kalau guna udang kering

    ReplyDelete
  13. Ikan bilis ni barang dapur wajib ada. Kalau malas masak lain , goreng garing dengan bawang. Bertambah nasi

    ReplyDelete
  14. Suka juga ikan bilis. Dulu selalu beli yang dah siap kopek, sebab senang terus masak. Hehe. Sekarang ni susah nk dapat yang dah siap kopek yang bersih & tak liat. Terpaksa beli yang belum kopek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..susah nak dapat yang elok yg dah siap kopek tu. nak tak nak memang terpaksa lah beli yang belum kopek..huhu

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.