Skincare | Boom De Ah Dah Everyday Sheet Mask (Honey)

Dalam 10 Steps Korean Skincare Routine, pakai sheet mask mengikut keperluan dan jenis mask. Ada yang boleh pakai setiap hari mengikut jenis. Ada juga yang tidak sesuai untuk jenis kulit tertentu. Jadi, kena tengok jenis sheet mask dan jenis kulit muka. Kalau kulit muka berjerawat teruk tu tak disarankan lah pakai mask setiap hari kecuali sheet mask yang jenis boleh di pakai setiap hari. Lagipun sheet mask ni agak costly juga kalau nak pakai setiap hari kan? Jadi, boleh skip dan pakai seminggu sekali ke paling kurang.


Salah satu mask yang berbaloi beli adalah Boom De Ah Dah Everyday Sheet Mask. Fiza beli 1 set pack ada 10 sheets. Kalau beli satu sheet RM2. Tapi kalau beli 10 sheets harga dia RM15. Jimat RM5 kalau beli satu satu dah RM20 total. Itu harga dulu lah. Harga sekarang 10 sheets RM18. Jimat juga lah RM2 kan.

BOOM DE AH DAH EVERYDAY SHEET MASK-HONEY
Boom De Ah Dah Everyday Sheet Mask ada 8 jenis perbezaan mask mengikut keperluan dan kesesuaian kulit. Fiza pilih honey sebab honey/madu ni bagus untuk kulit yang bermasalah seperti jerawat, kulit kering, berminyak,mencerahkan kulit, anti penuaan, lembutkan kulit dan sebagainya lah.
  • Aloe - Rich in soothing and hydrating powers to target dryness and irritations 
  • Green Tea - Packed with antioxidants to keep the skin moisturized and strengthen its barrier 
  • Rice - Brightens the skin and helps fight blemishes 
  • Lemon Lime - Contains vitamin C that helps naturally lighten and even out the skin's tone 
  • Berry - Made with blueberry, strawberry and raspberry extracts to tighten the skin 
  • Pomegranate - Full of anti-aging antioxidants that plump and firm up sagginess 
  • Honey - Abundant in propolis, royal jelly and honey extracts to smoothen the skin 
  • Olive - Deeply nourishes to even out rough textures

SHEET MASK TERBAIK
So far Fiza rasa Boom De Ah Dah Everyday Sheet Mask sangat menepati sheet mask yang Fiza suka. Jenis sheet mask tak nipis dan tak mudah koyak atau lari bentuk mask bila buka. Mudah nak pakai sebab mudah buka dan mengikut saiz muka Fiza. Tak adalah lari lubang mata, hidung dan mulut tu. Essence dalam pack pun banyak. Kalau pakai tu memang lencun muka kalau tambah essence dalam pack. Essence sheet mask ni jenis kurang melekit dan cepat menyerap. Bau pun best!

Sheet mask tebal

Extra essence

Saiz mask sesuai dengan saiz muka
CARA PAKAI
Selepas bersihkan muka atau selepas pakai serum, pakai sheet mask selama 15-20minit macam tu. Kalau Fiza, pakai sampai sheet mask hampir kering. Boleh ke macam tu ye? Ada jawapan tak untuk itu? Lepas dah buka mask, pat pat kulit muka dengan perlahan untuk lebihan essence menyerap dalam kulit.


Selepas pakai mask ni, kulit rasa lembap dan lembut je. Kulit muka tak adalah melekit dengan lebihan essence tu. Kalau boleh hari hari atau selang sehari pakai. Tapi bila tengok bajet, pakai seminggu 2-3 kali okaylah kan. Beli stok banyak-banyak kat Althea Korea.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.