Bertangas Bukan Hanya Amalan Berpantang

Bertangas? Mungkin ada antara kau orang baru dengar perkataan bertangas ni. Bagi mereka yang pernah ada pengalaman bersalin dan melalui amalan berpantang, sudah tentu tahu apakah itu bertangas. Amalan bertangas ni adalah salah satu amalan semasa berpantang zaman nenek kita zaman berzaman. Sebut berpantang semestinya berpantang selepas bersalin.

Bertangas ni tujuan dia untuk merawat bahagian intim wanita dalam membantu proses penyembuhan serta mengecutkan kembali rahim serta mengetatkan faraj selepas bersalin. Selain bertangas, kaedah lain yang dilakukan semasa berpantang adalah bertungku dengan menggunakan batu sungai yang dipanaskan dibalut dengan kain kemudian ditekan-tekan pada bahagian tertentu.

Tapi kau orang tahu tak yang amalan bertangas bukan hanya amalan untuk wanita berpantang sahaja. Boleh juga di amalkan oleh anak dara dan wanita yang ingin menjaga kesihatan serta merawat bahagian intim mereka yang boleh dilakukan sebaik selepas haid. Disebabkan ianya bukan terhad untuk mereka yang berpantang sahaja. Jadi, Fiza pun teringin nak mencuba amalan bertangas ni sebab kebaikan bertangas ni banyak. Antaranya :

KEBAIKAN BERTANGAS
  • Mengurangkan masalah bau pada bahagian intim. 
  • Mengatasi masalah keputihan dan lendiran kental. 
  • Mengeluarkan sisa darah haid. 
  • Mengencangkan otot vagina. 
  • Mengecutkan rahim selepas melahirkan anak. 
  • Mewangikan badan. 
  • Mengurangkan masalah senggugut. 
  • Membantu mengatasi masalah haid tidak teratur. 
  • Melembabkan kulit sekitar kawasan faraj yang mungkin kering dan gatal selepas haid.

2 JENIS BERTANGAS
TANGAS KERING
Tangas kering menggunakan batu sungai yang telah dipanaskan dan atasnya diletakkan pes bahan herba yang tertentu.


TANGAS BASAH
Menggunakan herba tertentu yang dicampurkan di dalam rebusan air panas.

BILA MASA UNTUK BERTANGAS
BERPANTANG 
Tangas Kering : Dilakukan selepas hari ke 30 berpantang iaitu selepas darah nifas kering selama 10 hari berturut-turut hingga hari ke 40.
Tangas Basah : Dilakukan selepas hari ke 40 selepas bersalin hingga hari ke 100. 

SELEPAS HAID 
Dilakukan selepas haid kering selama tiga hingga tujuh hari berturut-turut.

CARA BERTANGAS
Oleh kerana Fiza baru pertama kali bertangas, Fiza gunakan kaedah bertangas kering sebab lebih mudah untuk diamalkan dan bahan-bahan pes mudah nak dapatkan. Tapi masalah utama nak bertangas kering ni sebab perlu gunakan batu sungai. Ikutkan nak cari batu sungai dekat kampung atau minta tolong abah je carikan. Tapi macam menyusahkan pula dan perlukan masa nak mencari. Lagipun tak tahu batu sungai macamana yang terbaik untuk bertangas ni.


Jadi, Fiza pun google lah batu sungai area yang berdekatan. Ramai rupanya penjual batu sungai online ni. Tak perlu lah bersusah payah mencari kat sungai tu. Setelah survey harga dan tempat. Fiza pilih untuk beli batu sungai untuk bertungku dan bertangas by AhmarDyla di Area Bandar Baru Bangi. Harga batu sungai bermula daripada RM10 dan memang batu sungai untuk tujuan bertungku dan bertangas.

Ahmar: 018-4736369 
Husna: 013-6358664

Kalau kau orang nak beli batu sungai self pick up atau beli online boleh contact melalui facebook ataupun nombor phone yang Fiza kongsikan tu ye. Fiza beli batu saiz kecil sebesar tapak tangan Fiza dengan harga RM10. Janji batu sungai yang boleh digunakan untuk bertangas. Kalau batu sungai tu tak okay, boleh tukar katanya. Setakat dah 2 kali bertangas, batu sungai masih berfungsi panas dengan baik.


BAHAN-BAHAN BERTANGAS KERING PALING MUDAH
  • Asam Keping 
  • Garam Kasar 
  • Halba 
  • Limau Nipis 
  • Kunyit Hidup
Cara nak bertangas kering, ambil batu sungai letakkan atas dapur dan panaskan batu sungai 10-15minit. Sementara tunggu batu sungai tu panas, boleh lah tumbuk 5 bahan bertangas tu untuk dijadikan pes. Selepas batu sungai panas, angkat dan letakkan atas kain (boleh guna tshirt yang dah tak digunakan lagi). Hati-hati angkat batu panas tu. Boleh gunakan penyepit untuk angkat batu sungai yang bersaiz kecil.


Batu sungai yang diletakkan atas kain tadi tu kau orang masukkan dalam loyang. Kemudian letakkan pes yang ditumbuk tu atas batu dan keluarlah asap untuk bertangas tu. Masa dah keluar asap banyak ni cepat-cepatlah kau orang letak loyang tu dalam mangkuk tandas dan kau orang boleh duduk perlahan-lahan.
Asap itulah yang bertindak untuk mengeluarkan peluh menyebabkan toksin keluar daripada tubuh badan. Bertangas ni macam kita bersauna sebenarnya. Berpeluh sakan masa bertangas tu.

Macam Fiza pertama kali cuba buat terus duduk memang terkejut dengan kepanasan wap asap tu. Panas ya amat! Jadi, kau orang duduk perlahan-lahan supaya kau orang tak terkejut. Tempoh bertangas ni sekurang-kurangnya 30minit. Nak menghilangkan kebosanan selama 30minit tu, siap sedialah charge bateri penuh bolehlah online sementara bertangas siap. Kalau dah kurang panas tu, kau orang renjis-renjis air supaya wap asap panas tu keluar.


Guna kaedah moden macam ni lah gunakan toilet bowl sebagai ganti bangku bertangas. Nak mencari bangku bertangas ada lubang tu macam susah nak dapat dan harganya bukan murah. Jadi, gunakan toilet bowl pun boleh. Tapi ada juga yang gunakan bangku plastik berlubang-lubang kecil tu. Ikut mana yang selesa untuk kau orang lah ye.

Orang zaman dulu kebanyakkannya guna kaedah bertangas basah tu. Ada juga yang gigih berdiri kangkang atas periuk berasap tu. Fuhhh, salutelah perempuan yang tabah buat amalan berpantang ni. Gigih tak gigih tetap kena gigihkan juga kan sebab kecantikan dan kesihatan dalaman perlu dijaga juga. Bak kata orang tua-tua badan nak pakai lama dan kena berpantang betul-betul.

Harap berpeluanglah merasa berpantang bersalin tu nanti. Moga ada rezeki dapat rezeki anak lepas ni. Disebabkan takda pengalaman berpantang lepas bersalin tu, teringin juga bertangas sebab bertangas ni sesuai untuk wanita tak kira peringkat umur pun. Itu yang rasa macam excited nak cuba. 

Masa bertangas tu Fiza rasa ada cecair keluar. Tak pasti cecair apakah sebab bila tengok dalam loyang tak nampak apa pun melainkan kain alas tu basah. Mungkin juga keputihan biasa yang dialami oleh perempuan. Selepas sekali bertangas, mesti rasa nak buat lagi. Sebabnya? Masa bertangas tu memang berpeluh sakan, bila keluar peluh badan jadi lebih sihat dan segar. Iyelah kan, keluar peluh kan badan lebih sihat. Dan rasa bahagian intim tu lebih bersih macam dicuci secara semulajadi lah kiranya. 

Kulit muka kau orang pun akan nampak kemerah-merahan selepas berpeluh. Selepas bertangas tu sila-silalah minum air masak untuk menggantikan air peluh yang dah banyak keluar supaya air dalam badan tak hydrate. Dengan bertangas ni boleh jadikan kau orang awet muda juga tau! Haa, mesti excited kan nak cuba? Cuba dan rasakan sendiri. Kalau macam ni punya best, gerenti sangat enjoy masa berpantang tu. 

Sumber : wanista.com

10 comments:

  1. tak pernah buat... oh cuma blh pakai batu sungai je yek...
    mcm best je, mesti badan rasa segar kan...

    ReplyDelete
  2. Bertangkas ni mmg wajib lah pd ibu2 yg dlm pantang..ialah badan kita ni nk pakai lama..sng lau ada jual yg siap mcm ni..k.el dulu pkai kusi berlubang jur hihi

    ReplyDelete
  3. Oh anak dara pun boleh jugak rupanya buat bertangkas ni.. Tapi kalau yg dh kahwin mmg elok lah buat kan

    ReplyDelete
  4. oh macam tu ke bertangas fiza..baru tau ni..tq atas perkongsian

    ReplyDelete
  5. oh bru tau.. Selama ni pk tangas utk berpantang pas bersalin je. Huhu.. Kira yg blom kawen pon boleh la ea

    ReplyDelete
  6. Nad tak pernah bertangas tau.. Hahaha.. Tak tau rasa dia mcm mne.. Makcik urut kampung tak oernah buat

    ReplyDelete
  7. guna toilet bowl.
    amazing idea ni, fiza.
    x pernah terfikir :)
    aida memang ada set sauna.
    maka, x pernah la bertangas secara tradisi gini.
    secara masuk dlm sauna tu.
    rasa nyer tu satu cara bertangas jugak kan. x pasti :) hi hi hi hi...

    ReplyDelete
  8. Wow its my first time get to know so detail about bertangkas. Usually its for women after deliver but for women after period also can try this.

    ReplyDelete
  9. Dulu masa lepas bersalin teringin nak buat bertangkas ni. Sebab pernah terbaca tntng kelebihannya kan. Tapi tak tahu cara. Rupanya ada cara yang mudah macam fiza buat ni. Mekasih share info ni. Blh la try.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.