Trend Pelamin Simple & Hidden Hantaran

Tidak lengkap rasanya kalau majlis kahwin tanpa pelamin walaupun hanya pelamin simple ataupun mini pelamin. Tapi kini zaman dah berubah, majlis bertunang pun dah jadi trending perlu ada pelamin. Kebanyakkannya majlis bertunang hanya akan menggunakan mini pelamin sekadar untuk bergambar masa sarung cincin dan bergambar untuk kenang-kenangan.

Trend terkini pelamin mini adalah design yang simple minimalist style. Berlatarbelakang kan kain putih dan dihiasi dengan daun hijau dan bunga-bunga dah cukup simple untuk hasilkan pelamin yang menarik.  Masih ingat lagi pelamin Yuna kahwin? Yang itu memang seriously menarik sebab menggunakan real bunga dan daun. Ditambah pula pelamin buat di suasana alam flora dan fauna. Memang sangat ON tema pelamin rimba Ala Hutan Tropika Yuna tu. Sejak itu ramai yang tiruvasi pelamin Yuna tu. 


Nak tiruvasi pelamin Yuna tu memang taklah. Banyak belanjanya  tu. Bunga plastik pun mahal dah sekarang ni.  Lagipun zaman sekarang trending pelamin simple je kan? Dan lebih ramai suka buat sendiri sebab nak jimat dan ada sentimental value. Selagi boleh berjimat cermat memang kena berjimatlah. Kalau pelamin simple bayar mahal macam tak berbaloi juga melainkan memang ada bajet lebih dan tak ada masa nak buat pelamin sendiri.

MINI PELAMIN MINIMALIST DESIGN
Bagi kau orang yang suka kreatif suka DIY mini pelamin tu untuk bertunang. nikah atau majlis kahwin yang ringkas, boleh cuba idea pelamin mini daripada anak buah Fiza. Sumber inspirasi dari mana tak pasti, tapi inilah hasilnya. Fiza pun suka dengan mini pelamin yang sangat simple macam ni. Tahu dulu buat macam ni je dah okay dah. Tak perlu nak sewa pelamin bagai. 


Bulatan tu boleh gunakan hula hoop dan lilit dengan Tali guni/Hemp Rope/Hemp Twine/Jute Rope. Kemudian hiaslah dengan dedaun dan bunga yang sesuai ikut tema. Kemudian gantung dengan tali berlatarbelakang kain putih. Kiri kanan pelamin letak daun dan bunga dalam balang kaca besar untuk nampak lebih menarik. Boleh gunakan kerusi kayu ataupun sofa/bantal nikah kalau pilih nak duduk bawah macam ni. 
Tahniah kakak!
HIDDEN HANTARAN @ COVERED HANTARAN
Dari hasil carian google, hidden hantaran @covered hantaran jenis style hantaran yang baru nak buat kemunculan semula selepas zaman berzaman. Ye, zaman dulu memang dah ada tradisi hidden hantaran ni dengan menggunakan kain pelikat dan kain batik. Cuma zaman sekarang trend hantaran terbuka lebih menjadi pilihan. 


Tak terfikir pula nak buat hantaran macam ni. Iyelah zaman sekarang kalau back to zaman dulu memang banyak yang masih relevan, menarik dan tak lapuk dek zaman. Bab hantaran ni kalau tak menunjuk nanti makcik bawang mengata pula. Haishh, kalau dengar cakap orang memang tak dapat lah apa yang kita nak tu kan?

Idea Hidden Hantaran sangat menarik dan Fiza rasa bungkusan hantaran ni macam orang jepun bungkus bento tu. Cute dan nice enough pada pandangan mata. Tahu tak kau orang yang hidden hantaran ni banyak lebih mudah dan menjimatkan. Malah sangat sesuai untuk diuruskan jika rombongan dari jauh.

Apa yang diperlukan untuk hidden hantaran
  • Kotak/Bekas untuk meletakkan hantaran
  • Kain
  • Hiasan
  • Dulang Hantaran

Buat hidden hantaran ni jimatnya tak perlu nak upah orang buat. Cara bungkusan dan ikatan tu boleh cari je di youtube. Kain dan bekas tu pun boleh guna semula. Sudah tentu lah tak membazir banyak kan. Untuk kau orang yang bakal bertunang nikah kahwin tu boleh gunapakai idea ni. Jimat dan cantik!

11 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.