#BestNine2018 Apa Yang Menarik?

Selamat tahun baru semua. Hari ketiga di tahun baru biasa-biasa je. Tahun baru tiada apa yang berubah melainkan angka yang berubah. nombor 8 kepada 9 sahaja. Biasanya tahun baru, ramai yang meletakkan azam masing-masing. Tahun 2019 Fiza macam tak ada azam, cukuplah sekadar buat yang terbaik untuk 2019. Apa azam kau orang?

Azam untuk kurus, antara azam paling popular semua orang. Dan biasanya selalu carry forward je azam tu sebab susah sangat nak tercapai. Sebab tu Fiza tak carry forward tahun ni. Bukan apa, malas nak kecewa. Bukan putus harapan, belum ada kekuatan hakiki yang betul-betul mampu nak melaksanakannya. Ceh, alasan sangat kan!



Well, tahun 2018 adalah tahun yang penuh dugaan buat Fiza. Sangat-sangat mencabar mental, emosi, fizikal dan sekaligus kehidupan Fiza berubah. Allah sebaik-baik perancang. Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya. Mudah-mudahan tahun ni lebih baik daripada tahun lepas. Ayat so cliche tapi itulah harapan Fiza.

Apa Yang Menarik Dalam #BestNine2018 Sihatimerahjambu
Sebelum masuk tahun macam biasa terjebak dengan instagram bestnine. #bestnine2018 Fiza terselit dua gambar menu masakan yang ramai orang suka kot tomyam dan spaghetti. Tahun pertama  permulaan sebagai Althea Angels yang baik termasuk dalam bestnine. Selain tu, isu semasa yang memang tengah popular sekarang ni iaitu "internet slow".

Yang lain-lain tu throwback pre wedding dan azam nak kurus yang tak kurus-kurus tu. Latest moment, anak buah bertunang 23 December lepas. Best Nine 2019 ni agaknya apa pula yang penuh dalam instagram #bestnine2019 ye. Masih sedang berfikir nak create theme feeds macamana untuk 2019 ni. Rasa macam nak buang je line untuk food tu. Nak focus pada #fizatalks dan product review sahaja mungkin. Apa yang menarik dalam #bestnine2018 kau orang?


4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.