Hadiah Rekaan Sendiri Dari Printcious Memang Berbaloi Beli

Sunday, August 26, 2018

Ingat lagi tak Fiza pernah update 5 hadiah menarik untuk lelaki tu? Fiza ada janji nak kongsikan hadiah rekaan sendiri yang Fiza tempah dan beli melalui Printcious. Pertama kali tengok website printcious, Fiza gerenti kau orang juga akan rambang mata untuk memilih hadiah yang mana satu untuk kau orang beli untuk orang yang tersayang.



Selepas fikir punya Fiza, Fiza pilih photo canvas untuk dijadikan barangan perhiasan dalam rumah. Sebelum membuat tempahan di printcious, pastikan kau orang daftar sebagai ahli printcious terlebih dahulu. 

Fiza sarankan kau orang explore dulu barangan yang kau orang nak tu terlebih dahulu yang sesuai dengan orang yang kau orang nak hadiahkan tu. Cara nak customize rekaan kau orang tu mudah je dengan 4 langkah mudah. Tapi Fiza tunjuk terlebih langkah dan lebih details supaya kau orang lebih faham untuk customize rekaan hadiah kau orang. Langkahnya semua sama je untuk semua barangan. 


Langkah 1
Klik website www.printcious.com/my
Dalam paparan first page tu akan keluar bermacam-macam jenis barangan. So why not kau orang explore dulu semua barangan yang ada. 


Langkah 2
Bila kau orang dah pilih hadiah, kau orang klik je barangan tu. Macam Fiza, Fiza pilih photo canvas. Kemudian klik 'create your canvas now'.


Langkah 3
Untuk upload gambar, klik image.

Langkah 4
Selepas klik image akan keluar tanda '+'. Kau orang klik tanda '+' untuk upload file gambar.

Langkah 5
Untuk uploading gambar ni ambil masa sikit. Tunggu sampai gambar habis loading  ye dan dah siap loading baru gambar akan keluar.
Langkah 6
Kalau gambar tu macam tak perfect, kau orang boleh edit gambar tu dengan menggunakan filter untuk cantikkan lagi gambar tu.

Langkah 7
Selesai edit, klik save
Langkah 8
Selepas save, klik insert untuk masukkan gambar tu.

Langkah 9
Memandangkan photo canvas ni segiempat sama, lebih baik adjust gambar/objek pada posisi tengah atau kiri dan kanan. Selepas tu tekan 'done'.

Langkah 10
Bila dah siap semuanya, barulah akan keluar gambar macam ni dalm tempahan kau orang. Kalau dah puas hati, klik add to cart untuk proceed tempahan.
Langkah 11
Untuk penjimatan, kau orang gunakan kod promo ( jika ada) sebelum check out okay. Kalau takde kod promo, proceed je untuk buat bayaran.

Langkah 12
Sebelum checkout pastikan kau orang isi form untuk penghantaran. Kemudian klik next.


Langkah 13
Pembayaran boleh dibuat melalui online banking atau ATM. Nak lebih mudah bayar guna online banking je. Klik Next

Langkah 14
Dah confirm order klik confirm order.

Langkah 15
Kemudian klik payment online


Selepas buat pembayaran dan tempahan berjaya dibuat akan keluar seperti dalam gambar dibawah. Fiza submit order pada 10 July 2018. Dalam masa seminggu baru order siap dan proses delivery dalam masa 1-2 hari. So total menunggu dalam 10 hari. Jadi, kalau kau orang tak nak delay barang sampai, buat tempahan lebih awal.



Setelah menunggu beberapa hari, akhirnya photo canvas Fiza selamat sampai ke tangan dengan menggunakan courier Aramex. Photo Canvas sampai dalam keadaan yang baik. Tengah dok fikir kat mana nak gantung photo canvas untuk decoration rumah. Thank you printcious! Kau orang shopping cepat tau sebab sekarang tengah ada promo. Memang rugi kalau shopping tak guna promo code. Boleh jimat sikit.


Ini dia photo canvas yang Fiza order haritu. Kualiti gambar dan canvas dia sangat memuaskan dan cantik, of courselah! Walaupun gambar ni macam kurang jelas tapi in real cantik je bila dah siap.


Bukan satu, tapi Fiza order dua. Sepasang gambar lah dengan husband.

Kalau satu photo canvas susah nak match letak kat dinding. So bila ada dua bolehlah susun dengan gambar-gambar yang lain untuk dekorasi rumah.


Oh ya, kalau kau orang beli barangan di printcious kau orang akan berpeluang menang RM50 cash voucher dengan hanya share gambar di instagram dengan hastag #printciousgifts. Senang sangat. Lepas tu boleh beli lagi dan jimat. Terbaiklah printcious!

Fiza dah, kau orang bila lagi? Cepat sebelum sale tamat.

15 comments

  1. Cantik. CR pernah order dgn printcious canvas mmg cantik canvasnya.puas hati.

    ReplyDelete
  2. Best kan, saya suka jugak..dah banyak gila beli guna diskaun yang diberi..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. pilihan pun banyak sampai rambang mata nak memilih mana satu

      Delete
  3. wahhh cantikkkknya..ramai blogger berpuas hati dengan servis printcious.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. ye, senang boleh design sendiri macam apa yang kita nak.

      Delete
  5. printcious ni mmg tempat abadikan kenangan indah. cntik sngt!

    ReplyDelete
  6. best bila dapat buat something macam ni. ada sentimental value =D

    ReplyDelete
  7. kita ada jugak hadiah daripada printcious

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.