Sample Percuma Makanan Kucing Whiskas

Thursday, August 30, 2018

Whiskas, satu jenama makanan kucing yang popular dan digemari oleh kucing-kucing. Whiskas merupakan makanan kucing yang mengandungi vitamin dan asam amino yang diperlukan oleh kucing untuk menjamin kesihatan dan pembesaran kucing yang sihat. Apa yang Fiza tahu, whiskas mempunyai dua edisi makanan kucing iaitu makanan kering dan makanan basah.

Kalau nak bagi kucing makanan basah hari hari memang tak mampulah. Biasanya seminggu sekali ke acah-acah rewards pada kucing gitu. Biasanya kalau setiap hari mesti bagi makanan kering sebab senang nak uruskan dan tahan lama. Kalau makanan basah agak leceh juga sebab kalau tak habis membazir dan bersemut. Lepas tu memang taklah kucing nak makan lagi.

Tapi biasanya kalau hidang makanan basah ni tak pernah tak habis. Kucing suka ya amat! Kebetulan fanpage Whiskas tengah berikan sample makanan basah percuma untuk sesiapa yang ada kucing. Fiza pun tak ketinggalan lah dapatkan FREE sample makanan kucing whiskas. Baru beberapa hari buat permohonan, pack free sample selamat sampai ke rumah.

Macam ini lah rupa parcel free sample whiskas. Cuma kotak whiskas yang comel ni. Tapi jangan risau tepi tu dah gam kuat dah. Memang selamat untuk penghantaran.

Sample ini memang PERCUMA/FREE. Postage pun tak perlu bayar okay. Jangan ragu-ragu nak dapatkannya!

Apa yang ada dalam kotak sample percuma itu adalah 2 packs Whiskas® Pouch Adult 1+ Tuna Cat Food, 1 pack stick Sheba Melty dan beberapa pamplets berkaitan dengan free sample. Sheba Melty tu memang kucing suka sangat. Berebut makan. Paling best sebab Feed by hand with love katanya. Mengeratkan hubungan kucing dengan pencinta kucing kaedahnya.


Thank you Whiskas Malaysia!
Untuk kau orang yang ada kucing tu bolehlah dapatkan makanan kucing secara percuma sementara masih ada. Gerenti kucing kau orang suka dapat makanan sedap ni.

Fanpage : https://www.facebook.com/whiskasmalaysia
Website : /www.whiskas.com.my

10 comments

  1. Replies
    1. dua packs ni pun berebut makan tau..tak sempat nak gebu..hihi

      Delete
  2. tak sabar nak bagi kucing akak jugak ni...

    ReplyDelete
  3. Bestnya bela kucing..best main dgn kucing ni.rasa semua masalah hilang tau kalau ada dia ni.wahh kawan rabia ada bela kucing boleh lah rabia beritahu dia nanti ni.

    ReplyDelete
  4. kucing busyra suka sngt makan ni. hehe. whiskas mmg terbaik

    ReplyDelete
  5. syioklaa dapat sample hehehe CikCing makan dap. heheh.. CT kadang2 beli jugakla kasi kucing2 kat taman ni. tapi tak selalu kena tengok budget. kami x bela kucing tapi suka =D

    ReplyDelete
  6. TQ for this post... dah isi borang td.. hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.