Kulit Lebih Fresh dan Bersih Dengan Coffee Scrub 2 in 1 The Pink Diamond

Hai pencinta kopi! Seorang pencinta kopi kalau tak dapat minum kopi sehari rasa tak bersemangat nak buat kerja. Lepas pekena kopi barulah ada tenaga nak buat kerja. Kau orang tahu tak yang kopi bukan je boleh dibuat sebagai minuman, tapi boleh dijadikan sebagai COFFEE SCRUB  untuk mencantikkan kulit kau orang dengan lebih berkesan. Percaya atau tidak? Sila percaya sebab ini adalah realitinya. 

Pada mulanya, Fiza sendiri pun macam tak percaya juga coffee scrub boleh buatkan kulit bertambah cantik. Setelah Fiza cari maklumat tentang keistimewaan kopi dalam tujuan kecantikan ni, barulah yakin nak menggunakannya tanpa rasa ragu-ragu lagi.

coffee-scrub-2-in-1-the-pink-diamond
Jar (250g) & sample pack (30g)

THE PINK DIAMOND COFEE SCRUB adalah BODY SCRUB COFFEE pertama yang ada dalam koleksi peribadi Fiza. Teruja wei nak scrub scrub body dengan body scrub coffee ni. Kalau baca kebaikannya pun dah buat rasa teruja nak cuba, apatah lagi kalau dapat mencubanya sendiri. 

APAKAH THE PINK DIAMOND COFEE SCRUB

Sebelum tu, Fiza kenalkan dulu tentang body scrub coffee ni dulu ye. The Pink Diamond Coffee Scrub mengeluarkan produk body scrub yang sangat popular iaitu coffee scrub yang dihasilkan oleh menggunakan buatan tangan serta menggunakan bahan organik dan semulajadi. 

Dihasilkan dalam kuantiti yang kecil serta dibuat segar (made fresh) selepas menerima tempahan untuk menjadikan kualiti coffee scrub yang terbaik untuk pengguna. Coffee Scrub boleh di dapati seluruh dunia kerana ada disediakan penghantaran dimana jua kau orang berada.


coffee-scrub-2-in-1-the-pink-diamond
100%

Sebelum menggunakan sesuatu produk tu, pastikan kau orang tahu terlebih dahulu fungsi produk tersebut. Jangan main hentam pakai sebab ikut orang lain. Untuk pengetahuan semua, scrub ni sangat banyak fungsinya, antaranya ialah :

FUNGSI SCRUB

1. Fungsi utama scrub adalah untuk menanggalkan sel-sel kulit mati yang terdapat pada kulit.
2. Untuk mengurangkan parut strecth marks dan selulit
3. Untuk meningkatan  peredaran darah
4. Menghidrat serta melembapkan kulit dalam jangka masa yang lama
5. Menghapuskan kulit yang kusam, sekaligus memberikan kulit yang lebih sihat dan lebih cerah

PENGALAMAN MENGGUNAKAN COFFEE SCRUB

Menarik bukan fungsi-fungsinya? Itu lah sebabnya Fiza teruja sangat nak mencuba Coffee Scrub daripada The Pink Diamond ni. Buka parcel je dah terbau aroma kopi yang berbau harum tu. Packaging dia lawa sangat terus jatuh cinta. Lagi-lagi ada pink disitu, lagilah Fiza suka lebih.

SEBELUM
Fiza cuba guna coffee scrub sebelum tidur. Kononnya nak memanjakan diri acah-acah berada di spa. Memang kena bertapa sikitlah dalam bilik air tu. Pertama kali Fiza scrub pada dah boleh rasa best dah. Sejenis coffee scrub yang tidak menyakitkan bila scrub pada badan dan bukan sejenis serbuk kopi yang mudah cair dan jadi warna macam kopi.

Tak sama sekali! Warna tu memang ada keluar sikit. Tipulah kalau takde lansung. Tapi bukan cair macam kau orang buat air tu. Nanti tak pasal-pasal mandi kopi pula. Tapi serbuk kopi yang digunakan betul-betul serbuk kopi yang berkualiti dan sesuai untuk scrub.

Baru scrub sikit bilik air dah berbau dengan kopi.  Memang menduga betul, rasa macam nak minum kopi dibuatnya. Tapi best lah bau aroma kopi tu. Kalau kau orang sejenis yang tak suka kopi, mungkin kau orang boleh cuba coffee scrub ni. Dan mungkin kau orang akan terus suka dengan kopi.

Disebabkan Coffee Scrub ni boleh digunakan untuk muka juga. Rugilah kalau tak cuba sekali kan. Tapi kalau nak scrub pada muka kena gosok perlahan-lahan. Ye lah, kulit muka kan kulit yang sensitif. Fiza pernah baca dalam sebuah artikel yang body scrub tak boleh dijadikan scrub muka tapi lain pula dengan The Pink Diamond Coffee Scrub ni sebab boleh guna pada muka juga which is baguslah kan!

coffee-scrub-2-in-1-the-pink-diamond
biarkan selama 5-10minit

SELEPAS
Selepas scrub dan tunggu 5 hingga 10 minit, cuci dengan air dan selepas bersabun tu. Nah, kulit jadi lebih licin dan lebih segar wei! Ini yang rasa nak scrub hari-hari ni. Eh, boleh ke scrub-hari hari? Tak rosakkan kulit dan nipiskan kulit ke? Sebenarnya tak boleh scrub hari-hari tapi kalau produk yang digunakan tu gunakan bahan-bahan semulajadi, dibolehkan sebab tiada bahan kimia yang merosakkan kulit.

Best la kan guna produk semulajadi macam ni. Kulit kau orang boleh je licin dan lebih segar. Selepas mandi tu, terasa sungguh kulit lebih berseri dan cerah. Ye lah, segala sel kulit mati yang dah lama bertapak tu dah berjaya di hapuskan dalam sekelip mata dengan scrub. Yeay!

KEISTIMEWAAN COFFEE SCRUB THE PINK DIAMOND


✔ 2 in 1 ( Body dan Muka)

The Diamond Coffee scrub adalah coffee scrub 2 in 1 yang boleh digunakan untuk badan dan muka. Jadi, kau orang boleh jimat tak perlu beli scrub yang berasingan.

✔ Made fresh

Coffee scrub yang dihasilkan juga adalah made fresh untuk customer sejurus sahaja sejuru membuat tempahan. Customer akan terima coffee scrub segar dari ladang.

✔ Handmade 

Coffee Scrub dibuat secara buatan tangan (handmade) dalam kuantiti yang kecil bagi mengekalkan hasil yang sempurna dan kualiti yang terbaik untuk pengguna.

✔ Selamat Digunakan

Tiada mengandungi campuran mana-mana bahan kimia yang merbahaya, sebaliknya mengandungi bahan-bahan semulajadi semata-mata.

coffee-scrub-2-in-1-the-pink-diamond
Bahan-bahan dan cara penggunaanya terdapat pada label produk


✔ Produk Semulajadi

The Pink Diamond Coffee Scrub adalah 100% produk semulajadi dan diyakini tanpa ragu-ragu lagi untuk menggunakannya.

✔ Menggunakan Organic Extra Virgin Coconut Oil (Cold pressed and unrefined)

Paling istimewa, Produk Coffee scrub ini Menggunakan  organic extra virgin coconut oil asli dan berkualiti tinggi. 

✔ Aroma Kopi Yang Menarik

Yes, tak dinafikan lagi. Aroma kopi memang memberikan rasa yang sangat best dan membuatkan kau orang hilang rasa stress seketika.

coffee-scrub-2-in-1-the-pink-diamond
Serbuk kopi yang berkualiti

✔ 2 Pilihan Packaging

Untuk kau orang yang nak mencuba terlebih dahulu, boleh dapatkan travel pack (50g). Atau yang memang nak buat stok boleh beli 1 jar terus (250g). 

 ✔ Dibuat dengan Penuh Kasih Sayang

Paling bernilai, coffee scrub ini dibuat dengan nilai tambah yang paling berharga iaitu dibuat dengan penuh kasih sayang oleh pemilik The Pink Diamond.

Kesimpulannya, Fiza dah jatuh cinta dengan coffee scrub terutamanya dari The Pink Diamond Body Scrub ni. Memang best lepas scrub-scrub satu badan. Kau orang pun akan rasakan yang sama kalau kau orang gunakannya. Sekarang dah boleh jadi secara cantik 'natural beauty' tanpa makeup. Malah kulit lebih sihat dan berseri-seri gitu.

coffee-scrub-2-in-1-the-pink-diamond
I love The Diamond Body Scrub Coffee

HARGA PROMOSI THE PINK DIAMOND COFFEE SCRUB

Travel Pack (50g) = RM12.00
1 Jar (250g) = RM39.00

Berminat nak mencuba coffee scrub? Kau orang boleh dapatkan dengan cara order cepat-cepat dan dapatkan segera whatsapp terus DM (Direct Message) melalui instagram @thepinkdiamond.co atau facebook thepinkdiamond.co

coffee-scrub-2-in-1-the-pink-diamond
FREE GIFT FOR NEW FOLLOWERS instagram @thepinkdiamond.co by using code TPDxFIZA

Fiza ada berita baik untuk semua orang, kalau kau orang nak mencuba secara PERCUMA dan dapatkan COFFEE SCRUB PERCUMA, sila jadi new followers instagaram @thepinkdiamond.co dan kau orang kena gunakan kod TPDxFIZA. Wajib guna kod tu ye kalau nak dapat FREE. (valid until 30 November 2017)

coffee-scrub-2-in-1-the-pink-diamond
Dapatkan segera!!!

15 comments:

  1. Bagusnya scrub ni 2 in 1...boleh scrub muka dan juga badan..

    ReplyDelete
  2. bestkan scrub kopi ni , kalau CCL srcub seluruh tubuh badantanggalkan daki - daki yang degil . lepas tue rasa macam kulit jadi lembut aje kan

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaa .. lepas scrub mesti pegang muka je hihi

    ReplyDelete
  4. Bestnya dpt sental2. Busyra suka jgk guna scrub mcm ni. Cuma dah lama x berscrub2 .Nak try la. Tq akak ❤

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.