Responsive Ad Slot

Slider

Cara Mudah Buat Link Whatsapp Untuk Bisnes

Cara untuk buat link whatsapp untuk bisnes, kau orang boleh rujuk bawah ni.
Aplikasi whatsapp salah satu aplikasi yang penting dalam urusan bisnes. Kalau kau orang seorang penjual, mesti lagi mudah berurusan dengan customer menggunakan whatsapp. Begitu juga kalau sebagai pembeli, mesti nak gunakan cara yang lebih mudah berhubung dengan penjual. Betul tak?


Tapi ada kalanya susah juga sebab perlu save dulu no.phone and then baru boleh whatsapp. Leceh juga kan? Sekarang aplikasi whatsapp dah sediakan cara yang lebih mudah lagi untuk urusan jual beli. Cara yang lebih mudah adalah buat link whatsapp di mana hanya perlu letak link dan pembeli hanya perlu klik link tersebut untuk terus whatsapp. Lebih mudah!

Ramai peniaga yang dah gunakan cara ni untuk memudahkan urusan bisnes. Boleh digunakan untuk phone ataupun dekstop. Bila dah ada cara mudah macam ni, haruslah kena gunakannya. Cara untuk buat link whatsapp untuk bisnes, kau orang boleh rujuk bawah ni.

Cara Mudah Buat Link Whatsapp Untuk Bisnes


Cara 1 : Nombor Telefon Sahaja
contoh : www.wasap.my/60123456789

➽ Hanya perlu tukar kepada nombor telefon sendiri.
➽ Pastikan ada no 6 pada bahagian depan sekali.

Cara 2 : Nombor Telefon dan Message
contoh : www.wasap.my/60123456789/Salam+Hi

➽ Tukar kepada nombor telefon sendiri.
➽ Masukkan message yang di inginkan
➽ untuk buat jarak (space), gunakan simbol + ataupun simbol %20
➽ Untuk guna cara 2 ini, perlu update aplikasi whatsapp terlebih dahulu ye

Cara 3 : Personalised URL
contoh : http://azhafizah.wasap.my

➽ Klik https://manage.wasap.my/ dan daftar
➽ Selepas daftar dan sahkan link yang diberikan
➽ Add link dan create link baru samada untuk letak nama dan sebagainya. Kemudian link tersebut boleh digunakan

Cara 3 ni adalah cara terbaru dan lebih menarik sebab tak paparkan no phone kau orang. Jadi, lebih privasi sikit walaupun tak privasi juga kalau orang dah boleh tengok dalam whatsapp nanti. Cuma privasi untuk paparan je la gitu. Then, kelebihannya kau orang boleh tengok berapa banyak klik dan dari mana datangnya klik tu. Ada lagi yang menarik cara 3 ni, kau orang boleh letak FB pixel ID dan adwords tag sendiri. FB Pixel ID dan Adwords tag tu apa? Kau orang boleh google cari maklumatnya ye.

Antara ketiga-tiga di atas Fiza suka guna yang cara 3 nampak lebih menarik lagi kan. Tak perlu letak FB Pixel ID dan Adwords tag pun boleh. Itu hanya pilihan sahaja. So lepas ni lebih mudah customer nak contact, tak payah nak copy no fon dan save lagi. Klik je link terus masuk dalam aplikasi whatsapp.
10
( Hide )
  1. Thanks kak sebab share. Sebelum ni pakai no 2 skang dah tukar no 3 :)

    ReplyDelete
  2. Sy biasa guna yg no 1 saja. Tp no 3 tu sngt menarik. Tq sbb perkongsian ini.

    ReplyDelete
  3. salam fizah, macam mana nak letak whatsapp yang tepi blog ehh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..letak tepi blog camne tu? xpernah tgk pun =__='

      Delete
  4. Sy slalu pkai no 3..kalau nk tukar ayat cust hantar pd kita cmne ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh customize masa nak create link tu. Boleh check semula step kat atas tu ye

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu