Resepi : Marie Cheesecake Sihatimerahjambu

Friday, October 04, 2013


Agak agak ada yang terliur tak lepas tengok gambar ni..heh..of course la kan.Lagi lagi kalau pencinta chessy ni! okay okay..maafkan saya kalau buat korang ter mengidam! Fiza tengah mengidam cheese ni sebab tu sedaya upaya membuatnya..bukan mengidam sebab ehem ehem ye.

Sebenarnya ni percubaa kali pertama! Disebabkan teringin sangat nak makan red velvet secret recipe yang baru tu tak dapat,so ingat nak buat sendiri je.Boleh pulak kat Secret Recipe tu kek tu abis pulak kan.Telan air liur la jawabnya.kebetulan pulak ade member FB post gambar marie cheesecake ni.So Fiza google la resepi.Ada banyak jugak resepi..So Fiza tengok mana bahan bahan yang senang nak di beli dan mudah je.Olahkan resepi mengikut citarasa sendiri je.

Tempoh nak buat kek ni kejap sangat.Tak perlu nak bakar ke apa.Ni Fiza buat ekspress dan simple sangat.Kelam kabut kejar masa nak pergi teman husband main futsal.Untung untung balik nanti boleh makan terus kan..Itulah motifnya buat cepat cepat.Cepat cepat pun sedap!Okay banyak bebel pulak kan..Jom try resepi mudah ni.

Bahan bahan seperti berikut.Siap harga lagi Fiza bagi tu.Total RM22.17.Kalau beli mesti lagi mahal kan.Tapi kalau takde masa,boleh je beli.Kalau nak jimat,buat sendiri dan boleh makan bila bila masa teringin.

1. Susu segar [Susu segar ni korang pilihlah brand apa yang korang suka dan flava apa yang korang nak.Fiza pilih low fat sebab nak kurangkan fat la..kalau suka yg creamy boleh beli yg full cream tu]
2. Nestum [pilih yang original flava ye]
3. Biskut [Fiza pilih biskut marie sebab biskut marie ni macam manis manis sikit,lembut dan sedap.untuk pilihan lain boleh guna biskut cream cracker hup seng tu yang bentuk 4segi tu lagi mudah nak susun dalam loyang]
4. Cream cheese [Cream cheese ni ada banyak pilihan,so ikut suka korang nak pakai yang mana]
5. Susu pekat [ Ini pun sama,ikut citarasa korang nak beli pakai yang mana]

Cara cara:
1. Bahan A :Masukkan 250gm Cream cheese,1/2 tin susu pekat dan 1/4 cawan susu segar. Putar sampai sebati.Fiza gune whisk je senang. Manual la katakan.
2. Celupkan biskut satu persatu ke dalam susu selama beberapa saat untuk lembutkan biskut marie tu.[make sure lepas celup dalam susu terus susun dalam loyang nanti terbiar rendam lembik pulak.Kalau tak celup dengan susu nanti keras sangat pulak]
2. Susun rapat rapat biskut marie dalam loyang.Dan layerkan atas biskut dengan bahan A
3. Kemudian Taburkan nestum di atas layer tersebut.
4. Lepas tu susun lagi biskut yang dah dicelup,letakkan layer bahan A kemudian taburkan nestum.

*ulangi step yang sama sampai menutupi loyang.Caranya sama macam buat kek batik..susun dan layerkan je dengan bahan bahan.Mudah je kan?Ni marie cheesecake yang dah siap.sorry topping tak menarik pulak..Nak cepat punya pasal..berterabur nestumnya..heh.


Nak letak nestum penuh satu layer pun takpe.sedap juga! atau nak cantik letak whipped cream.Hias cantik cantik buat kek birthday!

Nampak je topping tak menarik tapi bila dah potong..Ha hamekk ko memang marvellous rasanya! Okay potong sikit je. Satu loyang cukup untuk stock kami berdua selama seminggu kot..entah entah ni sekali hadap je.Maklumlah Fiza ni hantu cheese..heh.
Okay,silalah cuba sekarang! Selamat mencuba!

17 comments

  1. sedap nyee fiza.. nnt nk cuba buat laaa.. nyumy2..

    ReplyDelete
  2. nampak sedap..ada masa bolehla cuba..:)

    ReplyDelete
  3. patut cuba sbb akak pun suka cheesecake..

    ReplyDelete
  4. sedapnya.. insya-Allah nak cuba buat juga nanti.. :D

    ReplyDelete
  5. Boleh cuba aplikasikn ni.. kmi d srwak slu guna sejenis biskut yg nipis tu untuk bt resepi ni.. mmg sedap

    ReplyDelete
  6. aduhai tergoda tgk hehe
    trima ksih for the resipi
    boleh try nnt wink :)

    ReplyDelete
  7. akak ! tak patut tau post gambar nie. terus hana rasa perghhh. haha boleh try nie. huwaaa terliur !

    ReplyDelete
  8. sedapnnyyyyyyeeeee !!! tarura milk nak dpat dkat mane ek ? slalunyee jumpe kat giant jee .. jaoh gileee .. huh ! mama pulak tak bagi beli lagi sebab nnti tak tau nk guna buat ape .. huh ! mengidam aje la nampaknyeee ...

    ReplyDelete
  9. wahh sedapnya. Nak suruh azie belaja dari fiza ni.

    ReplyDelete
  10. huish, nak try la, selalau buat kek batik je guna biskut marie. huhu

    ReplyDelete
  11. Wow! Best2. Resepi simple.. Nanti nak try.. Biskut marie dah ada, fresh milk pun dah ada, nestum pun ada.. Tinggal nak cari cream cheese tu jer.. Nyum2! ^^,
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  12. salam..lama tak kedapur buat menu sedap ini..admin jemputlah ke blo saya.

    ReplyDelete
  13. wah..memang nampak sedap...sebenarnya roti tu kalau x celup boleh je..ia tak keras.tapi kena simpan kat peti sejuk semalaman.insyallah esoknya jadi lembik..jadi mcm kek..hihihi

    ReplyDelete
  14. Cube ganti biskt marie tu dgn saltcheese,tentu lg sdp.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.