Resepi : Ayam Panggang Sihatimerahjambu

Thursday, October 17, 2013

Ni resepi mudah untuk hari ni merangkap menu lunch+dinner Fiza n husband hari ni. Resepi mudah dan menggunakan bahan bahan simple je guna apa yang ada.Yang penting sedap sesedap nama menu  tu..hee..Okay.Jom sediakan bahan bahan dan alat alatan dulu sebelum memasak.
Pssttt..1 biji bawang besar bukan ulas :p
Bahan Bahan :
Ayam di potong sederhana besar. Jumlah ketul ayam bergantung pada berapa orang yang nak makan.Resepi ni untuk 6 ketul ayam je.
1 Biji bawang besar.Kalau guna bawang merah kecil pun boleh dalam 3-4 biji bawang merah kecil.Guna bawang besar lebih senang dan jimat.
4 ulas bawang putih.Kalau tak suka bau bawang putih boleh reduce1-2 biji ulas dah mengcukupi.
1 ibu jari halia.Halia muda atau tua mana mana pun boleh.
1 ibu jari kunyit hidup.Kalau tak suka kunyit letak sikit pun boleh.
1 sudu besar lada hitam.Kalau tak suka atau alah dengan lada hitam letak satu sudu kecil je.
1 sudu besar gula untuk rasa manis sebab madu susah nak dapat kan.So ganti dengan gula je senang.
1/2 sudu atau 1 sudu garam halus.Kalau dah letak kicap pekat banyak,kurangkan garam.
1 sudu kecil serbuk pasti sedap atau cukup rasa.Tak nak letak pun takpe.
1 Sudu besar sos tiram
1 Sudu kicap pekat.
1 sudu minyak masak.

Alatan :
Pemanggang ajaib @ oven

***Untuk extra flava boleh campurkan dengan sos lada hitam.So black pepper tak perlu letak.Since susah nak beli sos lada hitam,guna lada hitam je la.

Cara cara:
Blend bawang merah besar,bawang putih,halia,kunyit,lada hitam,gula,garam,serbuk pasti sedap/cukup rasa.Kemudian gaul dan ratakan bahan bahan yang telah di blend dengan potongan ayam.Pastikan segala bahan sebati dan serata dengan ayam.Lepas tu baru masukkan sos tiram dan kicap pekat dan gaul rata.

Once dah gaul rata,perapkan ayam dalam 1-2jam untuk biarkan pati bahan bahan sebati dengan isi ayam.Setelah di perap,ratakan 1 sudu minyak jagung/zaitun atas pemanggang macam ni.

Susun potongan ayam atas grill sedikit jarak supaya setiap isi ayam mudah masak.Jika ada lebihan bahan yang di blend tadi boleh simpan dan letak bila ayam sudah half cook nanti.


Perlahan api,bila sebahagian ayam sudah masak,terbalikkan ayam untuk di masak sebahagian lagi.Make sure ayam tak hangus.Ni ayam half cook.Kalau kering boleh tambahkan bahan yang di blend tadi atas ayam.


Dalam 15-20 minit dah siap panggang dah..cepat dan mudah dengan pemanggang ajaib ni. Nak masak lama pun boleh. Bagi Fiza cukup cukup masak just nice je rasa ayam ni lembut dan sangat tasty.Manis dan pedas black pepper.

Sesiapa yang request resepi tadi bolehlah mencuba resepi simple ni.Sorry entry terpanjang membebel je lebih.Kalau korang tak faham,boleh tanye je.okay?Fiza tak makan orang..makan ayam panggang sedap ni je.Mesti husband tak sabar nak balik tu..hehehe...

**Kalau suka rasa masam boleh perahkan lemon atas ayam atau nak sedap boleh di hidangkan dengan sos black pepper.Ikut citarasa korang lah.Pada Fiza,ini pun dah memadai sedap :)

Selamat mencuba! For more recipes from sihatimerahjambu>>click here

29 comments

  1. yummm..sedapnyer..nanti nak cuba buat..tp nk perap daging.

    salam aidiladha

    ReplyDelete
  2. dah lama pemanggang ajaib kat umah tak guna..tp bila tengok gambar ayam ni rasa nak memanggang tu sudah mari!!..hehehe..nak carik ayam..nak carik ayam..(kat umah ada stok daging jer)

    ReplyDelete
  3. nampak menawan la fiza..hihi..resepi tu ayu biasa guna utk ayam goreng rempah..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya! Ratah macam tu jer pun sodap nih.. Sediakan air asam cicah ngan air asam, pergh! Yummeh ngat! Hikhik! Teringat 1st time buat ayam percik masa bulan puasa lepas.. Takde oben, pemanggang ajaib pun takde.. Makanya guna non-sticky pan jer.. Tu pun tak berapa nak non-stick.. Kuali lama.. Huhu..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  5. Perhhh terliur....mengidam plak nak makan...XD

    ReplyDelete
  6. Pergh,terliur la plak..Mengidam nak makan plak huhu

    ReplyDelete
  7. hm....terliur ! laaaapaarrr....

    tapi kalaw bawang besar bukan ulas tapi biji...

    1 biji bawang besar :P

    ehehehe ~

    tertarik dengan pemanggang tuh !!

    ReplyDelete
  8. sedap. tenkiu for the recipe. nnti weekend nak buat

    ReplyDelete
  9. sedap nya sedap nya sedap nya ! kena try nie. :D

    ReplyDelete
  10. waaaa sedap nye!!!
    zyra suka makan yg half cook,sedap !!!

    ReplyDelete
  11. salam admin
    wah masak banyak2 makan bawah pokok layanlah cerita bolly best gak ni.

    selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  12. Adehhhh terliur akak pg2 tgk aym nih

    ReplyDelete
  13. mmg nmpk sedap. bess la ada pemanggang tu. Xyah susah2 nak panggang kan? Nak kena cari la dulu pemanggang tu .. huhu. Brapa ye harga?

    ReplyDelete
  14. sedapnya. pos sini sikit. hehe. terliur ja tngok.

    ReplyDelete
  15. sedapnyerrr... bertambah lapar pulak perut ni.

    ReplyDelete
  16. ti dah kawin, ni memang kena jadi wajib cuba nih,, huhuu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.