Resepi : Macaroni Goreng Sihatimerahjambu

Monday, October 21, 2013


Pagi pagi dah upload resepi ye.Ni masakan late dinner malam tadi.Sempat singgah beli barang dapur beli sekali bahan bahan untuk masak macaroni goreng ni. Macam biasa ada yang request resepi,so Fiza share resepi ni ye.

Fiza masak ni untuk 4 orang makan sebab masak lebih untuk breakfast pagi ni. Panaskan je senang.

Bahan-bahan:
1 Biji Bawang besar
3 Ulas bawang putih
garam
3 sudu cili kisar [Kalau tak nak pedas tak payah letak]
Capsicum [Guna 1/2 je]
Carrot [Di potong mayang halus]
Kubis [ di potong dadu]
Sosej [dipotong kecil]
Tomato bulat kecil
1 biji telur
 3 sudu minyak masak
Macaroni [Fiza guna 1/2 pack je]
Sos spaghetti cendawan kimball [Boleh juga guna sos spaghetti tradisional]

Cara-cara:
Macaroni di rebus dahulu.Masukkan air dan sedikit margerin untuk mengelakkan macaroni melekat.Setelah macaroni lembut dan cukup masak,toskan.Ketepikan dahulu.

Blend bawang merah dan bawang putih kemudian tumiskan setelah minyak panas. Masukkan cili kisar. Setelah garing masukkan 1/2 sos spaghetti. Kalau nak letak semua pun boleh. Masukkan sosej dan biarkan masak seketika dan masukkan 1/2 sudu camca garam. Pecahkan telur,biarkan seketika dan kacau. Masukkan capsicum dan kubis.

Setelah masak,masukkan macaroni dan kacau rata.Last sekali baru masukkan tomato dan carrot.Kacau rata dan sedia untuk di hidang.

*** Nak sedap lagi boleh tambah daging ayam atau sayur sayur yang korang suka.

Lepas ni bolehlah cuba masak ye Wanie. Dah request resepi kan, so kena buat ye. :) Hari ni nak try bake Red Velvet Cake pulak ^__^


18 comments

  1. wah..sedapnya..akak pun suka macaroni..tp slalu buat macaroni bakar..:)

    ReplyDelete
  2. wahhh.. nampak menyelerakan.. nanti nak cuba buat la. :)

    ReplyDelete
  3. mcm sedap je fiza.. tq for sharing :) boleh buat nanti

    ReplyDelete
  4. sedapnye..simple jugak kn..nnti nk cube jugak ;)

    ReplyDelete
  5. ni yang meningkatkan keinginan nak belajar memasak ni..hu..hu..

    ReplyDelete
  6. err fiza capsicum tu apa?macam kadmium je

    ReplyDelete
  7. hana suka makaroni nak2 makan dengan kari ayam. masa tu makan masa hana sekolah rendah. haha :)

    ReplyDelete
  8. Yeahh akhirnya.. :) thanks for the resepi saya amik kak.. before this buat tak jadi dye lembik..

    nak try buat nnt kalau berjaya update kat blog hehee :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.