Resepi Kek Batik Sihatimerahjambu

Thursday, March 03, 2011

Resepi "kek batik sihatimerahjambu" Bukan warna merahjambu ye. Mudah je nak buat kek batik ni. Tak perlu nak bakar ataupun kukus. Nah, resepi mudah dari saya.

Resepi Kek Batik Sihatimerahjambu

Bahan-bahan
200g milo
30g serbuk koko
240g margerin
500g susu pekat
2 biji telur
2 cawan air suam
1 packet biskut marie 
(Patahkan 4bahagian)

Cara penyediaan
1. Masukkan milo, serbuk koko dan air dalam periuk. Panaskan sampai cair dan pekat.
2. Masukkan margerin
3. Pukul telur dan susu hingga sebati. Kemudian campurkan dalam periuk hingga sebati dan pekat.
4. Masukkan biskut marie. Kacau sehingga sebati dan lembut.
5. Bila dah sebati dan sekata semua bahan, masukkan dalam bekas dan mampatkan adunan.
6. Simpan dalam peti ais seketika dan boleh di hidang.

Sangat mudah nak buat kek batik ni sebenarnya. Rugi kalau tak cuba. Bajet bahan-bahan bawah RM20. Lagi untung buat sendiri dan lebih banyak boleh makan. Betul tak? Selamat mencuba.

5 comments

  1. kena bg cuba dulu.. br tau sedap ke tak..
    by pos, courier pun boleh..

    ReplyDelete
  2. saya pun selalu gak buat kek nihh, huhuuu~ kek prtme sy buat, dan memg tk pernah buat kek lain,
    kek batikkkkk nona, namanyaa............ hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.