Resepi Crispy Cheesy Wedges

Friday, March 11, 2011

Bila teringin nak makan cheesy wedges KFC tapi malas nak keluar. Ada stok kentang tu bolehlah buat sendiri dengan resepi crispy cheesy wedges.

Kalau ada tepung campuran tu lagi mudah kerja masak. Kalau tak ada boleh gunakan resepi tradisional cara macam saya.


Resepi Cheezy Wedges Mudah

Bahan-bahan
Kentang
serbuk black pepper
Serbuk cili atau serbuk kari megi atau serbuk kari 
1 biji telur
Tepung gandum 
garam
minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan
  1. Basuh kentang dan kemudian dipotong baji macam cheesy wedges KFC tu
  2. Rebus kentang yang telah dipotong tadi dalam periuk sampai masak dan masukkan garam sekali dalam air rebusan.
  3. Toskan kentang yang dah masak
  4. Letakkan black pepper powder dan serbuk cili/kari dalam pada kentang yang sudah ditoskan. Ratakan biar semua kena pada kentang.
  5. Pukul telur dan masukkan kentang. Kemudian salutkan dengan tepung satu persatu.
  6. Panaskan minyak dan goreng kentang sampai kekuningan.
  7. Hidangkan bersama sos dan mayonaise.

1 comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.