Merungkai Misteri Rumah Sewa RM50 Seksyen 2 Shah Alam

Thursday, February 24, 2011

Dah baca Kisah Misteri Rumah Sewa RM50 Seksyen 2 Yang Menjadi Perbualan Pelajar UiTM Shah Alam? Kalau belum baca, silakan baca dulu dan sambung bahagian kedua kisah misteri rumah sewa RM50.
MERUNGKAI RUMAH MISTERI SEKSYEN 2
Inilah rumah yg dimaksudkan tu. Seram ke tidak? Terbaca kat blog Jo Qusary. Dia ada buat ulasan tentang kisah misteri rumah sewa RM50 ni.

sumber dari http://citerjo.blogspot.com/2011/02/mengungkai-misteri-rumah-seksyen-2.html

Siapa tuan rumah kepada rumah kat Seksyen 2 Shah Alam ini? Aku pernah lalu-lalang banyak kali kat sini malam-malam masa balik dari kelas dulu, jalan kaki sorang-sorang lagi. 

Dulu aku duduk kat rumah sewa beberapa blok je daripada rumah ni. Tapi sekali pun tak penah nampak aktiviti penyelenggaraan atau pengemasan rumah berlaku pada waktu siang. 

Tak pernah nampak tuan rumahnya. Tak pernah juga nampak orang menyewa kat situ selama 7 tahun aku berada di Shah Alam. 

Kalau rumah ni ada tuannya, dah tentu rumput lalang dalamnya bertebas, dahan pokok sebelah balkoni ditrim, kaca tingkap diganti dan buaian berkarat tu dibuang. 

Siapa nak sewa rumah yang tak ada ciri-ciri keselamatan. Separuh rumah sewa kat area ni pun disewa dengan semi-furnished atau fully furnished. Jadi aku syak tuan rumah tu tak pernah wujud. 

Bayaran sewa deposit RM50 dari 10 tahun dulu sehingga sekarang juga tak logik bunyinya. Setiap 8-10 tahun kadar inflasi naik di seluruh dunia dan menyebabkan nilai matawang jadi susut. 

Bila nilai matawang jadi susut, harga barangan, perkhidmatan dan cukai akan menjadi semakin naik. 

Oleh itu, mustahil ada orang nak mengekalkan nilai deposit rumah tetap pada kadar RM50. Terutama sekali bila barang-barang keperluan kat Shah Alam mahal-mahal belaka.

Dah la rata-rata tuan rumah kat Shah Alam sekarang dah menaikkan sewa sampai RM800 untuk satu bilik apartment kecik 3 bilik je. 

Kalau rumah 2 tingkat macam dalam gambar ni mahu sewa RM1400-RM1600. Itu pun harga paling cikai. Deposit mesti RM100-RM400 punya la.

Oleh itu, siapa yang akan mintak RM50 sebagai bayaran deposit daripada penghuni rumah untuk menyewa rumah yang terbiar dan tak terjaga? 

Siapa tuan rumah yang diperkatakan dalam blog dan emel ni? Hantu ke?
Nota : Mujurlah sepanjang belajar di UiTM, saya duduk kat seksyen 7. Tapi tak penah tahu pun pasal kisah misteri kat Seksyen 2 tu. 

5 comments

  1. uikkkss.
    mesti ada orang bunuh diri dulu kat situ..
    hehe.
    :)

    ReplyDelete
  2. seram je tgk rumah tuh haa. jgnla nk lalu2 dpn rumah tuh. huhu

    ReplyDelete
  3. cipa bwk awrd ni..amek eh:)

    http://nurfazilaharsat.blogspot.com/2011/02/award-utk-sume-follower-cipa.html

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.