Kek Pisang Gebu Kukus

Wednesday, March 23, 2011

Kek pisang gebu kukus ni akak saya yang buat. Belum belajar lagi macamana nak buat kek pisang gebu gebas ni. Boleh cuba resepi kek pisang gebu kukus mudah ni. Resepi di bawah.




Resepi Kek Pisang Gebu Kukus

Bahan-bahan
2 Cawan tepung gandum
1 Cawan gula castor
4 biji telur
4 biji pisang (dilenyek)
1/2 Cawan minyak masak
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil ovallete

Cara Penyediaan
1. Pukul telur dan gula castor sehingga kembang
2. Masukkan esen vanilla
3. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder (adunan ni satukan, dan ayak)
4. Masukkan 1 sudu kecil ovallete
5. Masukkan minyak masak dan garam
6. Masukkan pisang yang dilecek

Adunan kek telah siap!

7. Sapukan margerin pada permukaan loyang dan alaskan dengan kertas minyak (supaya kek tak melekat pada  loyang)
8. Panaskan kukus terlebih dulu, kemudian masukkan adunan kek pisang tadi.

Kukus selama 50 minit. Untuk pastikan kek dah masak atau tidak, cucuk dengan lidi. Jika adunan kek tidak melekat, tandanya kek dah masak. 

Keluarkan kek, biarkan sejuk. Kemudian baru terbalikkan loyang dan sedia untuk dihidangkan.

10 comments

  1. Dear, kak iera copy ye..nk try..:)

    ReplyDelete
  2. msty best nih .. hehehhe .. cayalah laa kak fiza .. hehehe ...

    ReplyDelete
  3. law tk nk kukus...nk bakar leh tk??

    ReplyDelete
  4. LAW TK NK KUKUS...NK BAKAR KEK PISANG TUE LEH TK??

    ReplyDelete
  5. k.fza..... kl takde soda bikarbonat & ada baking powder je...tak gbu jgk ke? neway ...kek ni boley bakar tak?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum fiza, sheila mohon share resepi kat fanpage sheila ye... nak bookmark, nanti hujung minggu nak try. sheila suka sangat kek pisang ~~~

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.