Beza Halia Muda dan Halia Tua

Thursday, July 30, 2020

Tahu tak apa beza halia muda dan halia tua? Kalau tak tahu silalah membaca untuk tambah pengetahuan kegunaan halia dalam masakan. Kalu dah tahu, boleh kongsikan juga maklumat lain kalau ada apa-apa yang perlu ditambah untuk dikongsikan bersama.

Jujur cakap, selama ni main hentam je guna halia untuk memasak. Rupanya kegunaan halia dalam masakan ni berbeza ye. Ingat tu! Bukan guna sembarangan je halia tua dan muda. Tapi kalau tak ada, nak kisah apa dah kan. Janji halia. 

Beza Halia dan Lengkuas

Jangan pulak tak dapat beza halia dengan lengkuas. Tapi ada je yang masih keliru sebab halia muda dan lengkuas ni rupa dia seakan-akan. Paling mudah nak beza halia muda dengan lengkuas, lengkuas ni lebih keras dan bersabut. 

Lagi satu boleh beza kan dengan kaedah bau. Kalau bau pun tak tahu, mungkin boleh google je gambar untuk tahu beza dia. Takut nanti ada yang pesan beli halia muda, terbeli lengkuas pulak.

Halia Bentong

Pernah dengar halia bentong? Tak silap Fiza halia bentong ni popular beberapa tahun lepas. Macam masih baru jugalah. Halia Bentong( Zingiber Officinale) ni merupakan halia yang terbaik di dunia dan di angka sebagai halia premium.

Halia Bentong adalah keluaran dari Bentong, Pahang. Sebab tu dinamakan Halia Bentong. Terkenal dengan rasanya yang lebih pedas, extra aroma dan teksturnya lebih halus berbanding dengan halia yang ada dipasaran. 

Selain halia bentong, di Malaysia juga ada halia Indonesia, halia Tanjung Sepat, Halia Tanduk Rusa, Halia Cina, Halia Tambunan dan juga Halia Bara. 

Beza Halia Muda dan Halia Tua

Dalam gambar bawah ni boleh nampak beza halia muda dan halia tua. Opss maafkan saya, stok halia tua yang ada dah kecut sikit dan bertunas pulak. Tapi dapatlah nampak beza halia muda dan halia tua tu kan?



1. Rupa fizikal

Halia Muda

Mempunyai warna kuning coklat yang lebih terang dan kulit yang lebih licin.

Halia Tua

Warnanya gelap sedikit berbanding halia muda dan kulitnya kasar sikit. 

2. Bau dan Rasa

Halia muda memiliki bau dan rasa yang lebih lembut berbanding dengan halia tua yang mempunyai bau dan rasa yang agak kuat dan keras.

3. Penggunaan Dalam Masakan

Halia muda

Biasa digunakan dalam masakan barat dan masakan stim kerana mempunyai aroma bau yang lembut dan kurang pedas. Enak juga di campurkan dalam bubur dan sesuai digunakan untuk masak nasi ayam.  Ada kalanya dijadikan sebagai ulam. 

Halia Tua

Lebih sesuai digunakan dalam masakan tradisional seperti rendang, gulai, kari, masakan berkuah dan lain-lain kerana aroma dia lagi kuat dan pedas sikit. Jadi, dah faham lah kenapa masakan tradisional kita boleh jadi sedap gitu.

Dah tahu beza halia muda dan halia tua ni jadi mudahlah nanti nak guna yang mana satu dalam masakan kita. Acah acah hebat lah sikit nak memasak tu kononnya kan.

Cara Memilih Halia

Bila dah tahu beza, kerja memilih dan membeli halia pun jadi senang juga lah. Cara memilih halia juga penting tau bukan main boleh beli je tak tengok keadaan halia tu. Cara Fiza pilih halia, pilih yang elok-elok dan tak basah kalau nak simpan lama. Pernah terbeli halia basah, lama-lama dia jadi berkulat. Lansung tak boleh guna.

Cara Simpan Halia

Kebiasaannya orang simpan halia dalam bekas terbuka samada letak kat luar atau letak dalam peti ais. Tapi kalau terbeli halia basah, tak boleh simpan kat luar. Sebaiknya guna sesegera mungkin untuk elakkan halia tu berkulat dan membusuk.

In case kalau kau orang terbeli halia basah boleh je simpan dalam bekas bertutup yang di isi air dan simpan dalam peti ais untuk tahan lama. Fiza simpan lengkuas buat kaedah macam ni sebab lengkuas jarang guna tapi nak simpan lama. Halia ni macam selalu guna letak luar pun takpa.

Manfaat Halia Dalam Kesihatan dan Kecantikan

Halia ni bukan sekadar digunakan dalam masakan. Digunakan juga untuk kesihatan. Yang biasa orang buat minum air halia untuk buang angin dalam badan. Bagus untuk proses penghadaman dan membantu untuk menurunkan berat badan.

Halia mempunyai antioksidan yang tinggi dan melambatkan proses penuaan kerana halia memiliki antioksidan yang agak tinggi. Jadi ia mempercepatkan proses pembaharuan sel. 

Jika dijadikan scrub, mampu menghilangkan dan menghalang pembentukkan selulit. Ini kerana halia membuatkan kulit terasa panas dan lebih menggalakkan peredaran darah.
 
Tapi tak semua orang suka halia disebabkan rasa halia yang pedas tu. Pernah juga nak cuba minum air teh halia. Memang tak lalu nak minum bila terbau halia. Nak minum memang kena tutup hidung lah. Tapi kalau sup campur halia okay je pulak. Mengada ngada pulak tekak ni kan.

Dan tak semua orang boleh makan atau minum halia. Apa yang Fiza baca, wanita mengandung tak boleh amalkan pengambilan halia. Dikhuatiri akan berlaku kontraksi atau bayi pra matang. Untuk orang yang kurus pun tak boleh juga, nanti akan jadi bertambah kurang berat badan tu.

Panjang lebar kisah halia ni ye. Harini dah sibuk lah masing-masing siapkan juadah raya. Ehemm..Nak masak rendang tu dah tahu dah kan nak guna halia muda ke halia tua. 

Credit : Voize.my


26 comments

  1. Halia Bentong..baru tahu tahun lepas, ada promotion susu soya + halia bentong...

    ReplyDelete
  2. Rupanya di rumah srlalu guna halia tua. Memang tidak pedulu guna halia tua atau muda.
    Aik orang kurus tidak boleh makan halia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu pun sama macam tu. janji ada halia. itulah apa yang fiza baca kak.

      Delete
  3. Tak ada halia, tak ada umph beberapa masakan ;)

    ReplyDelete
  4. Selama ni main pilih ja halia hehehe..baru tahu ada halia muda dan tua..terima kasih berkongsi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, sama! sekarang dah tahu boleh pilih yang sesuai untuk masakan dan kegunaannya

      Delete
  5. Oo thank you for the info fiza.. selama ni sy main pakai halia tua untuk semua masakan

    ReplyDelete
  6. Walaupun tak berapa tahu penggunaannya, tak sangka pula, betul akk guna selama ni haha... Kalau nak buat sup tulang ke memang cari halia tua. Ketuk2 tak hancur, unlike halia muda hihi..anyway thanks for the info

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang ikut suka taste kita je kan kak. kalau betul tu bagus :)

      Delete
  7. kak nani guna je apa2 halis...yg mana ada guna aja..hehehe tak sempat nak pikir mana yang muda mana yang tua. tapi kalau mak2 memang depa guna ikut jenis masakan,

    ReplyDelete
  8. Bila potong halia muda lagi lebut dari yang tua.

    ReplyDelete
  9. baru tau beza kegunaan halia muda dan halia tua ni..selama ni main pakai aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tahu lepas ni boleh guna ikut kesesuaian gitu :)

      Delete
  10. Saya suka guna halia muda dalam masakan terutama bubur nasi dan nasi lemak atau nasi beraroma. Boleh terus kunyah sewaktu makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tu halia racik halus letak dalam bubur. aroma dia membangkit selera gitu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.