Secawan Kopi 'O' di Pagi Hari

Tuesday, October 20, 2020

Selamat pagi! Sedang elok temankan husband sarapan pagi bihun goreng Singapore, bunyi hujan turun dengan lebat. Mujur hujan turun awal sebelum gerak keluar. Boleh juga siap awal-awal naik kereta. Kalau keluar naik motor, mahu lencun dalam perjalanan.

Elok je husband nak keluar rumah, hujan dah agak reda dan renyai sikit. Sedikit lega lah tak hujan lebat lagi macam tadi. Lepas tu barulah sarapan. Tak boleh nak sarapan awal sangat pagi ni. Perut memulas sejak semalam. 

Salah makan agaknya atau disebabkan terminum air pepsi. Haa itulah minum air bergas, rasakan sendiri. Saja nak rasa sebab lama tak minum walaupun tahu tak boleh minum lebih. 

Syukur harini tiba-tiba hujan. Alhamdulillah..sejuk sikit lah pagi ni berbanding hari hari yang lepas panas bahang kemain.

Secawan Kopi 'O' di Pagi Hari


Apa lagi bila dah hujan ni. Berkopi 'O' lah kita di pagi hari yang sejuk ni dengan sarapan bihun goreng. Bau aroma kopi sedap pagi pagi buat rasa lebih bertenaga. Siapa je yang tak suka bau kopi kan. 

Kopi O adalah kopi tradisional yang biasa disajikan di Malaysia . Biji kopi biasanya dipanggang dengan gula dan mentega. Kopi ini adalah kopi hitam yang memiliki rasa yang kuat disajikan dengan gula. -wikipedia

Orang yang tak suka minum kopi je tak suka bau kopi. Mungkin boleh gantikan dengan Teh O atau teh tarik. Huishhh sebut Teh Tarik rasa lama dah tak ber teh tarik. Jarang dah dapat minum teh tarik. Tahu je lah dia punya kalori dalam secawan teh tarik tu berapa.


28 comments

  1. nikmatnya terasa dapat secawan kopi O di hari hujan bersama sarapan. Walah, pagiku begitu indah sekali. Moga hari Kak Pija is always happy too. :)

    ReplyDelete
  2. pergh sedapnya bau kopi, sehari tak kena minuman bercafein, tak aman hidup den hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe, boleh pening kepala tak minum kopi. huhu

      Delete
  3. perghhh legend betul cawan dia...cantik dan nampak sedap pulak bila buh kopi-o dalam tu...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oldskool gituh. biji kopi sekadar props je tuh. hihi

      Delete
  4. sini dua hari dah tak hujan. Panas melekit2 rasa, Semga hari ni hujan la .sekapa pun tak pe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seremban baru hujan hari ni kak. itulah harap sejuk lah sikit cuaca

      Delete
  5. Kita suka aroma kopi. Cerita kopi ni, teringat zaman sekolah dulu, kayuh basikal dari rumah di pagi hari. Kalau lalu kebun kopi, harumnya bau bunga kopi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenangan best tu lalu kebun kopi. Tak pernah tengok pokok lansung ni. Macam teruja lak nak tengok in real

      Delete
  6. dpt cicah dgn biskut tongkat / biskut keras bergula tu perghhhhhh nimat betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish biskut legend tu. lama tak jumpa. memang nikmat betul. kenyang pun kenyang.

      Delete
  7. props dan gamba mmg seiring cantek.. mabeles

    ReplyDelete
  8. comelnya wooden cup ni..tapi kalau basuh tak kering betul2 tak berkulat ke ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far lepas basuh dan kering takde pulak berkulat. mungkin sebab kayu dah coating.

      Delete
  9. betul fiza..minum kopi o panas pepagi..layan ooo..

    ReplyDelete
  10. Tak dapat minum, dapat bau pun dah rasa puas.. hehehe

    ReplyDelete
  11. Kalau tidak minum kopi susu (macam nescafe) minum kopi o di gerai/kedai.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.