Ros Jepun Putih Kembang Petang

Tuesday, October 06, 2020

Macam lama je tak cerita pasal pokok bunga. Tak ada pokok baru sebab tak membeli dan tak balik kampung. Kalau balik kampung dapatlah ambil gambar pokok bunga berkeping-keping. 

Lighting outdoor kan memang on point, dapatlah ambil gambar cantik sikit. Lighting is the key dalam photography. Balik kampung kali ni tak sempat lah nak membelek pokok bunga mak sangat. Banyak sangat urusan dunia nak diselesaikan.

Tapi dapat juga lah ambil gambar mana yang dapat. Ni haa pokok bunga ros jepun putih. Orang kampung panggil pokok bunga pukul 10 sebab kembangnya pukul 10 pagi.

Apa yang Fiza nampak dia tak kembang pukul 10 pun, kadang awal kembangnya. Gambar yang di ambil pun waktu petang. Pelik juga dia kembang petang. 

Selalu nampak dia kembang cantik waktu pagi je. Ikut sukahati dia lah kan.

Rose Jepun Putih

Sekali tengok pokok bunga ros jepun putih ni macam hidup segan mati tak mahu orang kata. Ada batang yang dah kering macam nak mati dah. Mungkin sebab musim panas haritu agaknya lah.

Ros Jepun senang tanam dan mudah hidup.

Bunga pun ada sekuntum je yang hidup kembang. Bunga ros jepun ni jenis tumbuhan hiasan yang senang nak hidup. Patahkan batang dan cucuk je kat tanah. Confirm boleh hidup punya.

Tapi kena pastikan makanan dia cukup lah. Cukup air dan juga cahaya. Tanpa makanan siapa pun tak boleh hidup.

Kat kampung, ada mak tanam dalam pasu gantung, ada yang tanam dalam tanah terus dan ada juga tanam dalam pasu. Ada juga yang tanam bunga ros jepun dalam botol.

Bila rimbun memang cantik lah dia. Nak cantik rimbun dan berbunga boleh gunakan baja baik untuk keluarkan bunga ros jepun. Itulah cara melebatkan bunga ros jepun dengan mudah dan berkesan.


30 comments

  1. lawa la kak pokoknya. teringin benar tanam2 gini. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lawa. Boleh je tanam Aien. Harga murah, tanam pun mudah cepat hidup.

      Delete
  2. Replies
    1. Tak pasti nama panggilan atau memang namanya bunga ros jepun.

      Delete
  3. Ros jepun ni comel..dulu ada trend tanam ros jepun dlm pasu gantung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sekarang masih lagi trend tanam pokok bunga ros jepun dalam pasu gantung.

      Delete
  4. Unik juga ros jepun ni kembang petang.
    Biasanya petang dah kuncup semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, saya pun pelik dia kembang waktu petang. Kecelaruan masa agaknya kot.

      Delete
  5. Setiap kali tengok ros jepun, akk teringat kenangan di kampung dulu. Rumah makcik akk tanam ros jepun keliling rumah. Bila kembang tu, subhanallah cantik macam hamparan karpet. Warna pula fuchsia, lovely sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat kak. kalau tanam banyak dan bunga dia rimbun, lawa betul kalau masa dia kembang tu. saya suka semua warnanya. fushsia tu lagi menyerlah warna dia.

      Delete
  6. sama laa..kita pun ada rose jepun putih ni.. bila tgk dia kembang, senyum lebar je :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pokok mak kat kampung. kat rumah sendiri tak tanam pokok ros jepun. kann..suka tengok bunga dia kembang. hati pun berbunga

      Delete
  7. Ros Jepun putih suci cantik menyerlah mudah di tanam.

    ReplyDelete
  8. Bunga ros Jepun ni kalau rajin tanam dan jaga, memang berbunga cantik, taman pun nampak lebih meriah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. kena tanam banyak baru cantik banyak bunga dia.

      Delete
  9. Dulu rumah arwah nenek akak ada ros jepun ni. Dapat kat akak terus tinggal pasu je huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunga ni kalau beralih tempat yang tak sesuai memang susah nak hidup kak. sabar je lah kan

      Delete
  10. aritu mama tanam mati. nampak sgt tangan panas. mama mmg suka ros jepun

    ReplyDelete
  11. akak punya da lama benar tak berbunga...kena bagi baja gak ni nampaknya..

    ReplyDelete
  12. cantik ros jepun nie.. Macam susah nak tengok yang warna putih ini.. Cantik pula..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.