Masak Rendang Ayam Bila Teringin

Saturday, October 31, 2020

Tak ada angin tak ada ribut tak ada lagu raya, tiba tiba teringin nak makan rendang ayam. Craving gila! Sebab dah sebulan lebih tak beli ayam. Stok ayam yang ada dalam peti ais cuma stok ayam bahagian dada. 

Bukan diet, tapi lebih kepada nak masak simple simple dan mudah je macam masak black pepper chicken slice atau jadikan rencah masakan lain. Kebetulan last week ada beli ayam. 3 ekor sekali beli. Saiz ayam sederhana. 

Dapatlah satu bekas empat segi besar dan 2 bekas kecil. 1 bekas kecil tu dah siap-siap asingkan isi sahaja. Biasalah kalau beli ayam asingkan siap-siap bahagian isi. Sebab bahagian isi tu mesti tak laku kalau masak lauk. Boleh dijadikan rencah je lah.

1 bekas kecil haritu dah masak goreng berlada. Teringin nak makan gak tu sebab tu beli juga ayam. Masak untuk breakfast dan sekali menu untuk bekal husband. 

Tiba-tiba malam tadi teringin nak makan rendang ayam pulak. Masaklah 1 bekas besar tu. Esok boleh buat menu sarapan dengan lunch. Senang tak payah masak lagi. Panaskan je. Rendang ni kalau kita simpan sehari selepas masak tu dia akan jadi lebih sedap kan. 

Rendang Ayam Masak Cara Fiza


Daun kunyit adalah 2 helai yang baru muncul tanam haritu. Daun pun tak berapa nak besar. Ambil jugalah buat perasa. Itu nampak macam tak wujud dalam rendang ni. Mana lah tersorok si daun kunyit tu.

Puas hati dapat makan rendang ayam. Bila teringin kau kena rajin dan gigih nak masak baru menjadi. Sekarang mood jemu makan masakan sendiri. Kalau tanya husband nak lauk apa, tolo setolo tolo nya pun takpe!

tolo = telur
Orang nismilan kan!

Kalau tak de mood nak makan masakan sendiri, macam biasa order kat foodpanda or grabfood. Taklah selalu, cuma kalau terasa nak makan something je lah. Kalau hari hari memang tak jimat lansung lah. Seminggu sekali tu masih okay lagi lah kan. 

Nah, resepi rendang ayam mudah dan sedap. Tak hari raya pun boleh masak dan bila-bila masa. Tinggallah satu bekas ayam yang berisi bahagian isi je. Itu yang pening tu nak masak apa nanti. Buat rencah je lah jawabnya baru laku.

Masak rendang ayam ni sedap yang ada bahagian tulang-tulang. Terutamanya kepak! Ramai suka makan kepak ayam walaupun tak elok makan bahagian tu kan. Tapi kepak tu lah yang direbutkan selalunya. Boleh buat gaduh kalau tak dapat kepak dulu-dulu.

Kecik besar semua tak nak kalah. Kenangan berebut kepak dengan keluarga. Siapa dapat untunglah makan dengan muka ada senyum. Yang tak dapat, muncung sedepa terus hilang selera makan. Haha..



22 comments

  1. tu la klo tekak mengidam..mesti nak masak juga kan..heheh

    ReplyDelete
  2. Kak PC pun bila dah teringin,masak juga Fiza.Sekarang ni raya tak raya..puasa tak puasa kadang menu dah bercelaru.Ikut selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. kalau teringin, tak kira masa boleh makan. janji rajin nak masak.

      Delete
  3. Rendang memang sedap kalau dah sehari masak, meresap segala rasa. Lagilah yang betul-betul terbut minyak, kuahnya saha makan dengan nasi himpit pun dah cukup sedap!

    ReplyDelete
  4. alahai, why la rendang. terus kak pip nak makan....

    ReplyDelete
  5. hmmm...sedapnya! terbau2! hihi tapi tu lah, nak merendang ni tak berapa nak rajin..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak cepat boleh terus beli ready made je kak 😉

      Delete
  6. Salam fizah, nnt bagi add kt emel akk ye.
    azie.shukor@gmail.com.

    ReplyDelete
  7. Ayah Kak orang somban asal Kuala Pilah masakan ayam berlado memang selalu lah semonjak kocik. Tapi sekarang mak dah tak buek masakan berlado nanti ayah tak control makan hahaha....
    Rendang ayam sana kalau ori pakai macam2 daun herba gakkan.
    Pakai daun kunyit pun dah naik selera rendang ayam tu.
    Ni tengah husha ayam mana nak sembelih buat isi perut time PKPB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah kak tibo cakap noghori pulak dah. hihi..dia kalau dah sodap podeh memang tak control makan. oghang pilah suko lotak daun puding. ponah makan ko?

      sembelih ayam buat rendang sedap tu 😋

      Delete
  8. Wah sedapnya sis! Kebetulan I pun nak masak rendang jugak besok hehe. Sama macam sis tiba-tiba teringin 😂

    ReplyDelete
  9. Masak rendang ayam sekarang ni bukan la sesuatu yang sukar kan...dah jadi senang sangat..akak pun dah expert..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. lagilah sejak PKP ni semua orang dah pandai memasak.

      Delete
  10. Lama tak makan rendang... Sedapnya 😋

    ReplyDelete
  11. Akak memang suka rendang makan dengan nasi impit, nasi macam kurang.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.