Dapat Sampul Putih Tapi Bukan Urusan Seri Paduka Baginda

Thursday, October 29, 2020

Husband balik, perasan dia pegang sampul surat warna putih dan letak atas meja. Tak pula rasa nak tanya siapa punya surat. Sebabnya surat-surat sampul putih yang selalu dapat tu biasanya nama penyewa sebelum sebelum ni. Kerap sangat dapat surat macam tu. 

Jenuh pulangkan pada post office dan tick kan belakang sampul penyewa dah berpindah. Tetap juga surat surat mereka sampai. Itu yang ignore je. 

Kadang-kadang surat sampul putih tu kad kahwin atau urusan seri paduka baginda BR1M (BSH). Tapi macam pelik pula bila sampul surat putih tu tebal semacam macam ada 'benda' je. Dan semestinya bukan urusan seri paduka baginda. 

Tulisan tangan yang cantik. Siapakah gerangan pengirim? Apakah yang ada dalam sampul surat putih ni? Bila dah buka...

Ada sekeping nota yang tertulis (seperti dalam gambar). Ohh baru lah teringat Kak Dana ada minta alamat haritu. 

Tasbih dan Mask Extender With Cute Button

Dalam sampul surat ada woven beg comel warna biru (tiada dalam gambar) dalam dia ada tasbih. Satu lagi plastik ziplock ada mask extender. Tasbih cantik bercorak marble warna kelabu, putih, hitam dan emas. 

Tasbih dan Mask Extender With Cute Button


Alhamdulillah. Terima kasih Kak Dana sudi kirimkan hadiah yang comel ni. Suka lah mask extender dengan butang owl dan butterfly yang comel ni. 

Lagi satu mask extender siap ada manik lagi. Sampai ada terselit beberapa labuci dan manik dalam sampul tu. Ke tercabut entah. Boleh lah kita jadikan dia props. Hihi

Kau orang kalau berminat nak tempah mask extender comel tu bolehlah tempah pada Kak Dana okay. Terima kasih banyak² Kak Dana atas kesudian bagi hadiah dan rajin juga singgah sini. 

Jom singgah blog Kak Dana
misshamakeupstore.blogspot.com

Semoga dimurahkan rezeki dan dilimpahi dengan rezeki yang berpanjangan. Aaminnn...

Notapink : Maaf kawan-kawan tak sempat blogwalking lagi, sehari dua ni tersibuk dengan urusan penting. Plus, pening kepala bila cuaca panas dua tiga hari ni.



27 comments

  1. Pemurah penulis-penulis blog.
    Semoga murah rezeki Dana.
    Selamat menggunakan hadiah tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai blogger yang pemurah suka bagi hadiah kan kak. Alhamdulillah.

      Aaminnn..Terima kasih kak. Akan digunapakai😉

      Delete
  2. Wah ada secret admire. hehe..
    Cute gila gambar burung tu.

    ReplyDelete
  3. WAHH bestnyer dpt freegift dari dana tuuuh., ;p

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...comel mask extender tu..

    ReplyDelete
  5. Itu lah kebahagiaan dunia blogging kalau kat Malaysia. Dah kat obersea mcm I ni dah payah pulak kwn2 nak post. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih pulak kita dengar. takpe, ada rezeki tak kemana dan tak salah alamat 😉

      Delete
  6. rezeki hehe.. best kan kawan2 bloggers kita semua pemurah..
    nanti nak kasi jugakla.. hadiah yang dari last year x dan lagi buat haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best dapat hadiah..kita pernah dapat hadiah dari awak. Terima kasih awak.

      Delete
  7. Kreatif dan rajin, sebab boleh jahit manik-manik atas mask extender tu.

    ReplyDelete
  8. Tahniah dapat hadiah. Moga bertambah erat ukhuwah antara blogger.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.