Cobek dan Ulek Batu

Thursday, October 22, 2020

Tahu tak cobek dan ulek? Kalau tahu bagus, 10 markah! Punyalah lama membodek mak kat kampung sampai mak pun dah naik fed up dengan pertanyaan anak bongsu dia yang sorang ni ha. Sudahnya mak cakap, ambillah.

Lama dah perasan cobek dan ulek batu kat longgokan barang tak pakai kat belakang luar rumah. Dari tak berguna baik bawa balik, gunakan untuk buat props. Nak guna buat sambal gesek permukaan batu dia tak berapa nak licin dah.

Tak best pula nak mengesek bahan-bahan tu nanti. Sebab tu lah dibiarkan sendiri kat luar belakang rumah tu ha. Kesian dia. 

Cobek dan Ulek Batu

Dah basuh siap-siap bungkus haritu, gigih lah bawa balik. Mujur saiz tak besar dan tak berat sangat. kalau batu giling tu memang tak lah nak bawa balik. Batu giling pun ada tapi dia punya penggiling tu entah kemana tak tahu lah.

Cobek dan Ulek

Cobek dan ulek adalah sepasang alatan sejak zaman purbakala untuk menggesek, mengulek dan melumatkan bahan-bahan masakan dapur, rempah ratus, jamu atau ubat-ubatan. Ulek juga dikenali dengan ulekan.

Cobek adalah mangkuk alas untuk mengulek. Ulek pula alatan tangan berbentuk memanjang yang digenggam untuk mengulek bahan.

Cobek dan ulek biasanya diperbuat daripada batu, kayu keras, seramik, tanah liat ataupun logam. Setakat ini baru pernah nampak cobek dan ulek batu, kayu dan seramik je. Jenis logam tak pernah nampak lagi. 

Walaupun cobek dan ulekan dah lama digunakan tapi zaman sekarang ramai memilih untuk menggunakan alu dan lesung, lebih dikenali dengan lesung batu. Kalau tak kena tak tahu nak kata lah.

Alu dan Lesung

Alu & lesung dan Cobek & ulek adalah dua alatan yang berbeza tapi fungsi dia lebih kurang sama. Alu dan lesung lebih kepada menumbuk bahan-bahan dalam proses melumatkan bahan-bahan masakan. 

Lesung adalah mangkuk alas untuk menumbuk. Alu atau dipanggil anak lesung alatan untuk menumbuk. Alu dan lesung juga diperbuat daripada batu, kayu dan seramik.

Harga Cobek Batu

Harga cobek batu Malaysia bergantung pada saiz. Pernah juga mencari di shopee, harga paling murah RM40 untuk saiz 20cm. Mostly harga boleh tahan juga mahalnya. Lagi besar lagilah mahal. Cobek batu asli kot kan?

Harga cobek kayu Malaysia mungkin lebih murah berbanding batu. Tapi macam kurang best guna kayu. Kalau kurang berat tu macam kena susah pula nak gesek bagi lumat. Kurang feel dia macam tu. 

Cobek dan ulek dalam bahasa inggeris dipanggil mortar dan pestle juga sama macam alu dan lesung juga.

Ada cobek ni memang best sangat buat sambal gesek. Kalau nak menggesek guna alu dan lesung a.k.a lesung batu macam payah sikit sebab alas dia melengkung macam mangkuk. 

Lebih sesuai menggesek bila guna cobek ni sebab permukaan alas lebih besar dan rata. Tengah mood marah ni seronok menggesek. Lumat terus bahan-bahan nak digesek tu agaknya. Haha



48 comments

  1. ooh dh lama x dengar., biasa org panggil lesung batu jeew., unik nih smpi melengkung tuuuh., dan gmbr pown ohsemm., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. lesung batu macam mangkuk. ini lebih kepada macam pinggan gitu.

      Terima kasih wak

      Delete
  2. Fiza cerita pasal ulek dan cobek ni tiba2 kakak teringat tahun 2011 jelajah Jakarta, Bandung dan Jogjakarta dengan Pak Dedi sbg tour guide kami di sana. Waktu nak balik naik flight, dia bagi kami setiap seorang benda untuk buat sambal ulek tu. Kami tujuh orang semuanya, mengangkutlah bawa naik flight sebab beg dah penuh dgn harta karun hasil menyoping!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cobek ni memang popular dan banyak di Indonesia. Kat sana mesti lagi murah tu kak. Best tu ada orang bagi cobek dan ulek ni. Susah nak dapat.

      Delete
  3. Sis ada ni, duk lee tersadai dalam lemari tu haa..
    Dulu beli sbb ada maid indon tu, ni dah takde, sendiri susah nau nak guna ulek tu hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat koleksi display pun lawa . cer try ulek hari hari sambal gesek kak.

      Delete
  4. ada nmpk kt restoran ayam gepuk pak gembus & ayam ketuk 3 jempol...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu mesti besar gabak saiz dia kan. Jenuh nak menggesek sambal.

      Delete
  5. Cobek dan ulek ni hasil dia tak fine dan lumat macam alu dan lesung kan? Boleh buat props kalau pos resepi lauk2 ni Fiza. Mesti cantik gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, tak fine tapi lebih sedap buat sambal gesek guna cobek dan ulek ni. Itulah motip kita, buat props gambar.

      Delete
  6. Replies
    1. hehe..sekarang orang suka guna blender. lagi cepat kerja masak :)

      Delete
  7. selalu cari benda ni kalau masuk kedai2, sebab amaze sangat kalau boleh buat sambal belacan guna tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambal belacan sedap lagi ditumbuk. ni buat sambal gesek sedaplah :)

      Delete
  8. 24 tahun kawin, lesung pun takde lagi :)
    Suka pulak tengok cobek ulek ni

    ReplyDelete
  9. Barang lama jangan di buang. Bagus jugak idea untuk buat props. Heehe.. Akak pernah guna suatu ketika dulu masa kecik² dalam darjah 6 macam tu. Sekarang ni tak taula mak letak kat mana. Hurmmm... Nanti nak carik jugaklah. Haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat props je la memandangkan keadaan batu yang tak berapa okay tu. Haa cari semula kak kot elok boleh guna.

      Delete
  10. Uniknya, bumbu dapur terasa lebih lezat jika diuleg menggunakan cobek dari batu daripada bumbu di blender pakai mesin.

    ReplyDelete
  11. Baru first time tahu tentang kewujudan dia. Barang rare ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah tahu. Rare susah nak jumpa. Tapi kat shopee banayak :)

      Delete
  12. First time cobek dan ulek nie... and first time jugak tengok benda tu... Barang rare nie... simpan lagi 10 tahun, kira antik and rare item...

    ReplyDelete
  13. lesung batu ni biasa yg suka lenyek melenyek cabai je suka pkai kan hehee..shida tumbuk aje..nk lenyek pn pkai juga lesung yg ade hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye shida, yang suka guna lenyek best guna cobek dan ulek ni. Guna lesung kurang feel

      Delete
  14. Kalau batu giling tu biasa la tengok.Benda ni tak pernah lagi tengok depan mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin di malaysia ni jarang orang guna. lagipun susah nak jumpa

      Delete
  15. Assalam...sangat sedap bila buat sambal penyet nie...done follow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..betul kak, sangat sedap buat sambal gesek ayam penyet. Terima kasih follow. done follow and BW ke blog juga :)

      Delete
  16. Wow...ada jual eh....bestny buat props...buat hiasan pun cantik dh tu...biasa tengok yg jenis kayu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat shopee ada banyak orang jual kak. Buat hiasan pun cantik. Yang kayu pun lawa juga kak.

      Delete
  17. Benda rare ni fizah... better selamatkan awal... nnt susah dah carik benda yang rare macam ni... btw gambar mabeles.. i like!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedang menyelamatkan dia. Mujur bertindak awal. hihi

      Terima kasih Kakmim

      Delete
  18. sy pun x tau nama alat ni dulu. smpi laa kwn serumah dr indon bw benda ni. tp yg dia bw tu dr jenis kayu. bla dia blk kg, dia bw trs. (cerita lama)😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda ni banyak di Indonesia, di Malaysia je guna lesung batu. Nasib dia bawak jenis kayu senang nak bawa. kalau batu, jenuh nak timbang berat luggage pergi balik.

      Delete
  19. oh itu namanya, akak semua akak panggil lesung hahaha adeh teruk nau general knowledge

    ReplyDelete
  20. tak pernah tahu pun pasal cobek dan ulek ni. kalau lesung batu selalu sangat tengok kat rumah..hahaha

    ReplyDelete
  21. sebelum ni mama cik tk ada guna. kalau cik tk malas nak giling-giling ni, pakai blender je. tak tahu la pula nama dia cobek dan ulek batu. panggil batu penggiling je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman sekarang orang guna blender je senang tapi kesedapan tu kurang sikit lah.

      Delete
  22. Cobek dan ulek begini memang best kalau nak buat lumatkan cili. Tapi, kekuatan kena pada wrist lah masa mengulek tu. 😊

    ReplyDelete
  23. Cobek dan ulek ini sha tak pernah guna.. Kalau batu giling tu pernah.. pergh!! berat wei nak menghentak pastu menarik.. tapi best..

    ReplyDelete
  24. Memang tidak pernahlah jumpa cobek dan ulek ini. Kurang popular berbanding penggiling. Tapi penggiling susah hendak guna. Rasa lebih mudah guna cobek dan ulek.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.