Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Campur Nanas

Tuesday, July 14, 2020

Masak apa hari ni? Lama termenung dok fikir nak masak apa. Dalam peti ais ada stok udang dan ikan je. Ikan dah masak semalam. So masak lah udang lah pulak. Udang pulak nak masak apa ni? Tengok stok nanas ada lagi, stok santan ada separuh kotak lagi. Ting! Terus ada idea nak masak udang masak lemak nenas lah.

Nanas bukan nenas ye. Kalau google nenas lain pulak yang keluar nanti. Asyik masak udang goreng cili api berlada je kan. Kali ni tukar selera pula masak udang jenis berkuah pulak. Lagipun resepi udang masak lemak nanas senang je kot kan?



Kalau ikut style masak lemak cili api style johor ke negeri sembilan ke mudah je. Bahan-bahan sikit dan penyediaan pun mudah. Tak tahu masak pun kalau rajin masak menjadi je sebenarnya.

Bahan-Bahan

Udang
Nanas potong kecil
Santan (1 kotak kalau nak pekat)
Cili Api (ikut tahap pedas masing-masing)
2 inci Kunyit hidup
Garam
Air

Cara Penyediaan

Kisar/tumbuk cili api dan kunyit. Masukkan bahan kisar, santan, air, garam dan nanas. Didihkan dan biarkan sehingga nanas lembut sikit. Sambil tu boleh kacau-kacau kuah supaya santan tak pecah minyak dan kekal pekat.

Akhir sekali baru masukkan udang dan biarkan masak sekejap. Udang letak lambat sikit sebab taknak udang terlebih masak. Udang kan jenis cepat masak kan. 

Sukatan air tu ikut suka nak banyak mana. Kalau nak kuah pekat, jangan letak banyak air sangat ye. Fiza suka nanas tu lembut sikit sebab tu letak awal-awal. 



Macam tu lah masak udang masak lemak cili api campur nanas masak cara Fiza. Cara orang lain mungkin berbeza. Selain nanas boleh juga buat masak lemak udang kacang panjang. Takpun udang masak lemak tempoyak pun sedap juga.

Satu lagi menu udang berkuah, udang masak lemak cili api campur rebung. Perghhh sedap betul! Lama pulak tak makan rebung. Kalau kat kampung ni memang banyak stok rebung sebab mak suka simpan stok rebung.

Udang ni masak apa pun sedap kan? Tak pernah tak sedap. Fiza memang pencinta udang, sebab tu masak apa pun akan rasa sedap. Dulu kecik-kecik selalu makan udang galah, mak masak potong dua biar semua merasa.

Dan selalu masak lemak cili api sebab kalau tak dapat makan isi dapat kuah pun kira rezeki dah tu.

18 comments

  1. sedapnya maska lemak letak nanas. kami tengok nanas teringat dulu nak masak gulai ikan kering letak nanas, dah beli pastu nanas tertinggal kat kaunter. terkilan betul, sebab dah malas nak keluar lagi pegi beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak nanas campur ikan kering/ikan masin pun sedap tu. lama tak makan. aduhaii tak ada rezeki. Nanti beli lain okay.

      Delete
  2. Replies
    1. nak rasa sedap ke tak, boleh cuba masak nanti okay.

      Delete
  3. Udang masak apa2 pun sedap kan..akak goreng je ikut sedap tekak akak

    ReplyDelete
  4. Kalau anak2 akak ni masak lemak cili api mesti nak tumis darat. Kalau tidak slow je makan. Tumis bawang merah tu sampai garing betul2 tu yang diaorang paling tak sabar nak makan nasik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap juga tumis dulu tu. biasa masak ayam je baru fiza tumis. hihi. ni nak cepat masak dan senang. okaylah untuk tekak sendiri :)

      Delete
  5. tak pernah try lagi masak lemak campur dengan nanas. macam menarik jer. kena try ni lepasni hihi

    ReplyDelete
  6. Wahh sedap ni.. udang memang masak apa pun sedap!! Nyummy!! Senang resepi ni. Nanti saya cuba buat!

    ReplyDelete
  7. Masakan begini memang enak sungguh dinikmati waktu tengahari, time perut bergelora! Tentu habis licin tak tinggal kuah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju kak. makan pulak tu berkuah kan. licin sungguh pinggan.

      Delete
  8. sedap udg masak lemak nih..tp syg shida xmkn udang alergik huhuu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.