Peace Lily Bunga Putih

Saturday, July 18, 2020

Selamat pagi! Pagi sabtu yang indah. Lagi indah bila melihat kehijauan pokok. Biasanya kalau balik kampung, lepas sarapan mesti akan keluar kejap  sekitar kawasan rumah. Ada je aktiviti nak dibuat. 

Kadang tolong mak sapu sampah bersihkan dedaun gugur tu, susun pasu, pindah pokok dalam pasu. Tak habis buat kerja pagi, petang nanti sambung lagi. Memang tak bosan duduk kampung. Sebab tu mak mak kita lebih selesa duduk rumah sendiri kat kampung.

Kalau datang rumah anak-anak pun tak suka lama-lama. Risau rumah, risau kebun, bermacam segala risau. Lainlah kalau dah biasa duduk bandar. Duduk kampung, bercucuk tanam pun di kira terapi dan aktiviti sihat untuk mereka.

Sebenarnya orang dulu dulu bukan suka duduk diam. Ada je aktiviti nak dibuat. Sakit pun gigih lah nak buat kerja. Kira okay juga tu buat aktiviti yang menyihatkan keluar peluh. Cuma tu lah kita risau kesihatan mereka je lah.

Terbebel pulak dah. Kembali kepada topik lah ye. Ada yang suka peace lily? Kalau tanya Fiza, Fiza akan suka bila dia keluarkan bunga. Kalau daun sahaja nampak tak menarik. Demand pulak kan. Sebab tu tak ambil anak pokok peace lily ni.



Peace Lily Bunga Putih

Pokok bunga peace lily asalnya dari Asia Tenggara dan benua Amerika yang beriklim tropika. Sebab itu, peace lily ni sejenis pokok yang mudah tumbuh di Malaysia. Selain warna putih, peace lily juga ada berbunga warna merah dan juga kuning.

Peace lily boleh dijadikan pokok hiasan dalam rumah mahupun luar rumah. Yang penting kena pastikan tanah sentiasa lembap dan cahaya yang cukup. Macam biasa jenis peace lily tak boleh kena cahaya matahari secara terus melainkan ada filter.

Peace lily putih ni cantik ditanam di dalam pasu berwarna putih. Sesuai sangat. Bunga peace lily ni sangat sesuai juga tu dijadikan bunga tangan masa nikah dengan baju nikah warna putih. Nampak indah je moment tu. 



6 comments

  1. saya suka tengok teknik amik gambar tu..nampak macam pro

    ReplyDelete
  2. Sis ada sepasu, memang tanam dalam tanah aje, ada orang tanam dalam air je kan, tapi letak indoor, Sis letak je kat luar sana, kemain suburrr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, ada orang tanam dalam air juga kalau malas nak siram. Letak luar makanan dia cukup. air dan cahaya cukup memang subur hidup.

      Delete
  3. kat rumah sis lin ada ni, warna merah bunganya...terpikat pulak akak nengok...tunggu dia kasi anak pokok..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantiknya yang warna merah tu. harap ada rezeki lah dapat yang merah tu

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.